Skip to main content

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

 

KEHIDUPAN BERPERSATUAN
Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k. 
Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti;
Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb. 
Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya:
- SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani.
- INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik. 
- OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah. 
- INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah. 
- SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC. 
- NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemantapan ukhuwah ahli IQRaC. 
- JAMUAN PERPISAHAN- makan-makan.

Namanya mungkin berbeza bergantung kepada pimpinan tapi asasnya, setiap tahun ada bentuk program yang sama.
Di samping itu, ada program anjuran peringkat DQ seperti SUKFAZ (Sukan Huffaz). Ahli IQRaC yang sedikit ini perlu bertanding melawan pelajar-pelajar diploma dan ijazah.

PERGAULAN 
Kelas tasmik semestinya berasingan mengikut jantina. Namun untuk kelas madah, ada yang bercampur. Dan akan lebih banyak perlu berkomunikasi antara lelaki dengan perempuan semasa mengendalikan program-program persatuan. 
Masing-masing kena pandai jaga batas pergaulan dan hati.
KEWANGAN 
Setiap bulan, pelajar akan menerima elaun daripada JAKIM. Zaman saya, RM365 sebulan dan naik sikit masa sem 3 kepada RM450. Biasanya tak banyak pun keperluan yang perlu dibeli semasa belajar di DQ, selain makanan harian dan buku-buku. Jadi, kalau siapa yang bakal masuk DQ, jimat-jimat duit untuk benda keperluan dan yang bermanfaat untuk dilaburkan (seperti program ilmou, buku, program kebajikan dsb).

Pokok legend


 KAWASAN MENARIK 
- Tasik di belakang Pusat Islam (masjid). Sebenarnya tasik buatan. Kalau ada hari jiwa tak tenang atau stress, boleh la duduk tepi tasik, mengaji, berusrah, picnic atau hanya berangan merenung pemandangan yang bergunung-ganang dan berkabus.
- Pusat Islam DQ: Sebenarnya masjid tapi nama rasminya Pusat Islam DQ. Beralaskan permaidani dan sekarang dah ada pendingin hawa. Rehal-rehal pun banyak disediakan untuk kegunaan pelajar. Ada koridor terbuka untuk tengok tasik kalau otak dah tepu. Ada mesin gedegang (ops vending machine) dan kedai runcit untuk beli aiskrim kalau nak. (Okay selain aiskrim, ada la jual makanan runcit lain, baju, kopiah, al-Quran dsb).
- Pasar malam Kuala Kubu Bharu. Ada kebenaran outing istimewa untuk ke pasar malam. Jadi kalau nak tukar selera makan, boleh la ke pasar malam atau kedai-kedai yang ada di kawasan Kuala Kubu Bharu. 
 
PENGANGKUTAN
- Prebet atau teksi sapu. Ada senarai prebet berdaftar yang dibenarkan masuk ke dalam kawasan DQ untuk kemudahan pelajar. Biasanya naik prebet untuk ke stesen KTM KKB atau ke pekan. 
Sebagai langkah keselamatan, dinasihatkan kepada pelajar perempuan yang ingin naik prebet, seboleh-bolehnya elakkan naik seorang kerana pemandu prebet semuanya pakcik2. Carilah sorang atau dua orang kawan naik sekali, tambang pun semakin murah kalau ramai-ramai.
- Kereta Sewa. Ada yang ditawarkan oleh pensyarah, ada yang oleh pelajar Ijazah, ada yang dari syarikat luar di kawasan KKB. 
- Basikal: Semasa saya mengunjungi DQ pada 2015/16, ada basikal-basikal wakaf yang boleh dipinjam. Biasanya, banin yang menggunakan basikal di kawasan DQ. Ada juga yang bawa basikal sendiri.

RAKAN PUSAT ISLAM (RAPI)
RAPI ialah persatuan yang membantu pihak pengurusan Pusat Islam dalam mengurus Pusat Islam. 
Antara program yang ada atau RAPI perlu uruskan: 
- Kuliah-kuliah Subuh & Maghrib: Cth; uruskan hebahan tentang kuliah menerusi jadual-jadual kuliah dan viral di Whatsapp, sediakan jamuan ringan untuk penceramah lepas kuliah dsb. 
- Kelas mengaji untuk kanak-kanak dan dewasa hari Ahad.
- Setiap hari Jumaat pula, perlu rapikan masjid (tapi biasanya pakcik cleaner dah buatkan) dan kira hasil kutipan duit tabung. 
- Program Ihya' Ramadhan: ada tadarus al-Quran, makanan percuma untuk berbuka. 
- Bantuan Banjir di Kelantan: Kami kena asingkan barang-barang bantuan yang diberi dan bungkus balik dsb. Ada juga yang pergi jadi sukarelawan di Kelantan. 
- Jamuan untuk Ahli RAPI: Ustaz rajin melayan ahli-ahli RAPI. 
Jadilah ahli RAPI kalau berpeluang, dapat pengalaman baru!

Padang (lokasi penggambaran biasa untuk gambar batch)

Sekian sahaja. Terima kasih sebab baca panjang-panjang. Moga maju jaya.

*Disclaimer: Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman sepanjang 2014/2015 yang lalu. Segala maklumat mungkin ada perubahan seiring dengan masa. By the way, DQ dah lain pengarah, jadi ada perubahan dalam cara pimpinannya. 
Hah, satu lagi DQ dah ada lagu hehe.

Auni B.
9.43 pm
28 Oktober 2016

Comments

Post a Comment