Ada apa pada malam hari? Masihkah ada beza pada malam dan siangku? Sebagaimana matahari dan bulan saling melengkapi? Sebagaimana siang dan malam saling melengkapi? Mampukah malamku merawat lelah dan lukaku pada siangnya? Aku rindu malam-malam itu, Malam di mana hatiku hidup dan diterangi, Meluah rasa dan puas mengadu, Memohon petunjuk dan yakin Dia sentiasa memandu, Ketika kuat diuji atau hari-hari sunyi, Aku mahu setia padamu! Tapi ada bisikan menerjah, Bagaimana kamu menagih kasih pada yang ghaib? Ibarat melepas rindu pada seorang yang terhijab! Manakah rupanya yang sentiasa kamu idamkan?, Api rindumu tak akan terpadam! Aqal dan naqal sudah berbicara, Tidak mengapa walaupun kekasihnya itu di balik tabir, Sementara hatinya merasa puas dengan menyebut-nyebut, dengan tidak mengharapkan selainNya, dengan menzahirkan cintanya, sehingga perkara itu menjadi sebati dengan dirinya, Tidakkah penat si kekasih menunggu jawapan? Betapa tidak! Hati yang berm...
"Biar mati dalam memberi, demi raih redha Ilahi."