Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Refleksi

Frequently Asked Questions versi Perang Hati

1. "Kenapa asyik aku yang kena buat kerja? Kenapa asyik aku yang diberi tugas dan amanah? Sedangkan ramai lagi yang boleh buat. Kenapa aku?" Sebab Allah sayang kat awak. Allah nak bagi peluang awak berbakti lebih dari orang lain. Kata ulama': Kalau nak tahu kat mana darjat awak di sisi Dia, tengok kat mana Allah letak kita. Cuba kita fikir, jawatan besar dalam syarikat mesti untuk orang yang dipercayai kan.Bila makin susah tugas, makin berat posisi, makin beban kerja, berbahagialah. Sebab ini bermakna Allah percayakan kita untuk galas. Jangan siakan kepercayaan Dia pada kita. Banyakkan berdoa supaya Allah bimbing dalam setiap tindakan kita :) 2. " Kenapa Allah pilih aku sedangkan aku terlalu banyak dosa, aku tak layak untuk diletakkan di posisi ini.." Satu, bersyukurlah kerana awak sedar akan dosa, tetapi sedar sahaja tak cukup. Usaha, tinggalkan dosa - dosa tu. Kedua, pandanglah sudut hikmah. Mungkin dengan posisi ini, awak akan lebih terjaga da...

Manfaatkan kedua ibu bapamu!

"Hang tengah buat apa tu?"  "Emm.. tak buat apa pun" " Hang tengah buat apa tu?" "Baca ni" "Hang tengah buat apa tu?"    " Baca blog ni!" Cuba bayangkan bahawa soalan ini ditanya oleh rakan yang berada di samping pembaca sekarang. Apakah jawapan berserta nada yang bakal mengiringi setiap soalan yang berulang itu? Ada 4 jawapan MCQ ( Multiple Choice Questions) disediakan. A. Mendiamkan diri B. Jawab dengan nada suara yang meninggi C. Jawab dengan mimik muka meluat D. Jawab dengan penuh kasih sayang      *Pesanan: Jangan lorekkan jawapan, ini bukan kertas OMR( Optical Mark Recognition):) Mungkin iklan raya Petronas suatu ketika dahulu sedang bertamu di ingatan pembaca sekalian. tonton iklan petronas di sini "Abah, ni burung apa?" "Burung murai nak.." "Burung apa?" "Burung murai.." Soalan anak kecil itu dijawab dengan penuh latif oleh ayahnya tan...

Istiqamah hingga Akhirnya..

Hari ini semua adik beradik telah pulang ke tempat masing-masing, ada yang belajar , ada yang kerja..Tinggal lah Naura bersama kakaknya, sebelum kakaknya juga akan pulang pada esok hari.   “Kak cik.. Jom tengok cerita My Girl malam ni..” Ajak Naura. Tetiba rasa macam nak tengok cerita kelakar.. My girl – cerita drama bersiri korea yang bergenre komedi ,Saje nak habiskan masa bersama kakak.  “Naura, dulu kan.. kak cik ada sorang kawan ni.. Dia hafizah jugak.. Pastu dia selalu bebel kalau dia tertengok iklan cerita, sebab dia kata nanti mesti ada ayat yang dia lupa. Tu baru iklan. Kak Cik hairan dengan Naura, boleh pulak nak tengok cerita..Tak takut ayat hilang ke..?” Jawapan balas dari kak cik menjadikan dapur itu sunyi seketika. Naura menyambung tugasan menyiapkan juadah petang, Kak  cik terus membasuh pinggan. Sepi. Tiada lagi bicara selepas itu.      Badan dihempaskan ke atas katil. Matanya memandang kipas angin yang li...

P. O. S. I. T. I. F

Busyra termenung panjang mengenangkan Ramadhan yang bakal pergi.  Bagaimanakah keadaan dirinya sepanjang ramadhan ini..  Tarbiyyah apakah yang dilalui untuk bulan ini? Ramadhan kali ni banyak Allah uji tentang berbaik sangka dan positifkan diri.. Banyak kali diri terpaksa berperang sesama sendiri, sisi positif berlawan dengan sisi negatif. Setiap kali tiba waktu cuti, Busyra akan menghadapi kerisauan yang sama. Macam mana nak terus komited walaupun di rumah.  Dan macam biasa, sisi positif akan muncul "Ah Busyra.. boleh je kat rumah pun.. kau susun la masa kau.. bila time semua kerja, haa buat la kerja tu jugak" Haah. betul.. sebenarnya kita boleh buat dengan syarat hati kita ada bersama. Orang melayu, orang putih semua kata benda sama, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Takkan aku nak jawab bila Allah tanya, "Busyra, kenapa kau tak jalankan amanah kau?" "Sebab saya ada kat rumah.. saya tak sempat nak buka semua group " Monolog Busyra sendi...

RAMADHAN, SUDAHKAH AKU MENGHARGAINYA?

Koh koh! Dua kali batuk itu menghentikan hirupan sup yang enak. "Pediihh", jerit Awfa. "Arghh..panaass" "Air air.. tapi pediih" "Panas...panas..fuh fuh" Tangannya laju mengipas-ngipaskan anak tekak. Entah berapa kali, mulut tak berhenti menjerit kalimah itu. Tekak terasa panas menggelupur, namun tidak tahu cara untuk meredakannya. Semua wajah yang memandangnya kaget dengan reaksi Awfa. Bila diberi air, Awfa kepedihan. Bila diberi buah, Awfa sukar untuk menelan. “Abang letak apa dalam sup ni? Cili ke?”, ummi jadi serba salah kerana tidak mampu membantu. “Bawang… Cili.. Minyak.. ahh pedihh”, Awfa cuba menerangkan tetapi dia juga gagal mengenal pasti punca sakitnya. "Sabar Awfa...sabar", pesan ummi. Hanya itulah kalimah yang akhirnya membuat jiwanya sedikit reda. Dia telan air bersama titisan air mata yang mengalir. Dia telan air liur sekerap mungkin demi mengurangkan derita sang anak tekak ketika waktu sah...

Kejarlah cinta Pemilik Cinta, duhai sayang.

Seakan keberkatan itu mulai hilang dari detik ke detik, dari hari ke hari, sehingga suatu masa kita merasakan jiwa kita telah mati... Fitrah kita adalah hidup bertuhan. Jika tidak dipenuhi fitrahnya, maka jadilah jasad kaku tanpa nyawa. Hati mengeluh resah tatkala sendirian. "Ahh.. Kenapa kau lari wahai cahaya yang menerangi kegelapan? Kenapa kau makin menjauh? Kenapa???!" Sedarlah bukan Dia yang menjarakkan diriNya darimu. Tapi, lihatlah bagaimana kamu sekarang dan apa yang telah kau perbuatkan sehingga ke hari ini? Sehingga dirimu makin menjauh dari Tuhan. Tuhan itu dekat. Tuhan itu selalu ada. Tuhan itu melihat. Tuhan itu mendengar. Tapi kenapa tidak kau merasakan itu di dalam hatimu. Mana tempat Tuhan di hatimu. Saat hidupmu dihimpit kesenangan duniawi, Saat hidupmu dihiasi keindahan yang hakikatnya itu melalaikan. Jarang kau sebut nama Tuhanmu. Jarang kau membaca surat cinta Tuhanmu. Jarang kau menzahirkan syukurmu melalui perbuatan. J...