Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya |
..19 JANUARI 2015..
Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal.
Pada tarikh itu...
Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku..
Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran, di samping kepayahan-kepayahan yang tak pernah aku lalui kecuali ketika fasa menghafaz Al-Quran, Allah masih mengizinkan dan membenarkan takdir meghabiskan hafazan 30 Juz Al-Quran itu buat diriku.. Allah..
__
Menghampiri setahun selepas majlis rehearsel khatam Al-Quran itu, Allah mentakdirkan sekali lagi aku benar-benar berada dalam Majlis Khatam Al-Quran.. antara percaya dan tidak, aku membiarkan jiwa ini larut mendengar bacaan surah-surah pendek dari Juzuk 30 dan ucapan-ucapan daripada para VVIP. Nostalgia setahun dan dua tahun yang lalu, benar-benar menyuburkan kembali semangatku untuk menjaga hafazan al-Quran. Mengalir lagi air mata ini dek tidak mampu menahan sebak atas rezeki ini.
__
Jika difikirkan, sungguh Allahlah yang menyusun takdir yang indah ini, setahun sekali berada dalam majlis Khatam Al-Quran, ibarat satu majlis pembaharuan azam dan tekad untuk tetap iltizam menjaga Al-Quran. Subhanallah.
Ketika salah seorang VIP jemputan mengatakan : "Untuk menjadi seorang penghafaz Al-Quran bukanlah sesuatu yang mudah. Jika anak-anak kita boleh diberi hadiah atas pencapaian 5A dalam UPSR atau 9A dalam PMR, maka dengan pencapaian menghafaz 30 Juz AQ, sewajarnya ibu bapa harini memberi penghargaan yang lebih istimewa buat anak-anak yang berjaya hafal 30 Juz AlQuran seperti membawa pergi umrah dsb."
Ye, tidak dinafikan aku sendiri perlu mujahadah menghabiskan 30 Juz AlQuran, tapi percayalah, ada yang jauh lebih sukar.
Iaitu 'kekal' untuk jadi hafizah.
Sebab sangat banyak yang perlu dijaga sepanjang perjalanan bergelar 'hafizah' ini. Menghafal AlQuran bukan satu destinasi, tapi ia adalah perjalanan panjang yang bermula dari satu langkah.
Mata.
Tak boleh pandang benda maksiat.
Telinga.
Tak boleh dengar benda maksiat.
Mulut.
Tak boleh cakap benda maksiat.
Hati.
Tak boleh bermaksiat.
Tangan kaki dan seluruh anggota badan.
Tak boleh 'tewas' pada maksiat.
Memang nak jadi hafiz dan hafizah adalah suatu yang menyeronokkan.
Sebab Allah SWT sendiri telah menjanjikan kelebihan demi kelebihan di akhirat kelak. Bahkan kita yang menghafaz ni, kitalah sebenarnya VVIP di akhirat nanti. Best kan ?
Tapi amanah yang digalas di bahu seorang penghafaz quran itu sebenarnya tidak mudah. Again, tidak mudah.
Teringat kata-kata seorang murabbi :
Yang terbaik itu bukanlah mereka yang belajar agama semata-mata tapi mereka yang 'amal' agama. Begitu juga dengan penghafaz quran. Yang terbaik itu bukan sekadar mereka yang belajar dan hafaz quran tapi mereka yang 'amal' quran dalam kehidupan seharian. Dan pesanan ini sentiasa saya ingat walau di mana jua saya melangkah.
Barisan banin berbaju merah sedang memperdengarkan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Annas. Momen paling sebak. |
Jauh di sudut hati, saya cemburu melihat kawan-kawan diploma yang kualiti hafazan mereka jauh lebih baik dari saya, kerana tempoh mereka berada dalam suasana menghafal AlQuran adalah 3 tahun berbanding saya yang hanya setahun setengah.
Pesan VIP jemputan lagi : "Jadilah seperti ikan yang HIDUP kerana meskipun suasana di sekitarnya masin, kemasinan itu tidak mempengaruhi dirinya sedikit pun, dan janganlah jadi seperti ikan yang MATI, kerana meskipun ia telah digoreng dan dimasak, kita tetap perlu menambah garam untuk menjadikannya masin."
Hakikatnya, para huffaz alQuranlah yang perlu mencipta dan membentuk suasana yang baik, bukan larut malah tenggelam dalam suasana yang amat mencabar di zaman ini.
Kalau kita lihat hari ini. Berjuta-juta orang Islam, kita jumpa belajar bidang agama. Duduk pondok, madrasah, tahfiz, bahkan ada yang sampai menjelajah jauh ke Mesir, Jordan, Yaman dan sebagainya. Tapi bila mereka balik ke tanah air berapa ramai penuntut ilmu yang benar-benar jadi 'manusia' bermanfaat buat ummah? Tidak ramai.. Sebab mereka belajar sekadar belajar, bukan belajar untuk amal.
Inilah yang anak muda selalu lupakan.
Kita belajar untuk kepentingan CGPA
Kita belajar untuk kepentingan ibu bapa.
Kita belajar untuk kepentingan masa depan.
Kita belajar untuk kepentingan dunia.
Kita lupa belajar Lillahi Ta'ala.
Kita lupa belajar untuk 'amalkan'.
Kita lupa dan kita lalai.
Kita selalu terkandas.
Kalau kita lihat, anak kecil berusia 15 tahun di negara Jepun mereka telah berjaya mencipta robot mirip manusia tapi budak 15 tahun di Malaysia mereka telah pun berjaya mencipta manusia. Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun.
Ya Allah.
Sesungguhnya negara Malaysia adalah negara Islam tapi masih bermaharajalela maksiat di negara ini, walaupun majoriti penduduknya adalah Islam.
Ampunilah kami Ya Allah.
Kasihanilah kami Ya Allah.
Peliharalah kami Ya Allah.
Izinkan kami 'sempat' bertaubat sebelum mati.
Izinkan kami 'sempat' memperbaiki diri sebelum mati.
Izinkan kami 'sempat' beramal dengan Al-Quran sebelum mati.
Allahumma Amin.
N.H
11.25pm
11 Februari 2017
Akak. Sambunglah menulis lagi 😠saya bakal jadi pelajar pensijilan dq 21-22 tapi tk banyak sumber boleh saya jumpa :(
ReplyDeleteFarisyah,awak dpt dq ke ? Boleh emel saya ?
DeleteYconssiinna Amber Brown https://wakelet.com/wake/WW0fV2yCH45OFgv_xDyLw
ReplyDeletemyoficorlent
akak, saya dapat tawaran pensijilan tahfiz utk 23-24, boleh saya tahu mcm mana kehidupan dkt dq?
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, saya aishah, bekas pelajar tahfiz program ulul albab di sbpi rwg (2015), saya menghafaz al quran shingga tingkatan 4 dan sy telah diuji dgn sakit yg perlukan sy ulang alik ke hospital dan akhirnya hujung tahun tingkatan 4(2018), sy terpaksa kluar dr sbp dan brsekolah biasa dan ambik sijil spm biasa tnpa bhs arab, skrg saya tgh smbung degree sy di unimap perlis tp dlm course business, tapi kak saya mmg brhasrat utk hbiskan hafazan sy dan sy prlu suasana yg tepat dan guru klu nk teruskan, jadi sy skrg sdg brfikir2 utk brhenti degree dan ambil paper bahasa arab wktu spm akan dtg dan nk mohon sijil tahfiz dq-uia ni tapi sy tgh brfikir2 lg, apa pandangan akak ye?
ReplyDeleteAssalamualaikum.. macamna nak jadi hafizah, di usia yg sdah masuk 20 an ni.. nak msuk tahfiz sya rsa sya tak layak sbb umur dan sya takda ambil bhasa arab smsa spm.. bacaan sya lancar tapi ilmu tajwid saya xda.. mcmana dn drmana sya nak mula ?
ReplyDelete*ilmu tajwid saya kurang baik*
Delete