Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ,
sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan.
Saya merupakan bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini.
RINGKAS MENGENAI PROGRAM
Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ.
PERMOHONAN
Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputusan peperiksaan percubaan SPM akan digunakan untuk permohonan. Syarat kelayakan akademik bagi program Persijilan agak tinggi berbanding program Diploma. Syaratnya mungkin berubah mengikut keadaan semasa. Boleh rujuk pautan ini: (www.darulquran.gov.my)
Mula-mula, kena kemukakan secara atas talian (online) di laman web DQ. Kemudian, tunggu sama ada permohonan anda diterima atau tidak. Jika permohonan diterima, anda akan dipanggil untuk sesi temuduga.
SESI TEMUDUGA
Ada dua sesi atau panel dalam temuduga tersebut ; satu daripada pihak DQ, satu lagi daripada pihak UIA.
Perkara paling penting yang perlu siap sedia ialah kemampuan untuk hafaz al-Quran dan kesungguhan. Nanti akan diberi masa beberapa minit (saya dulu, dalam 20-40 minit) untuk menghafaz. Sebaiknya usaha habiskan hafaz 1 muka penuh. Sebab apa? Menghafaz al-Quran dalam setahun setengah ialah satu proses yang agak laju dan tidak semua orang mampu buat. Perlu tahu kemampuan anda.
Selain itu, semasa temuduga, yakinkan penemu duga tentang hasrat jitu untuk belajar di DQ dan hafaz 30 juzuk al-Quran. Sebab setiap tahun, ada pelajar yang keluar dari program ni untuk tawaran lain. Biasanya dulu-dulu sebab tawaran belajar di luar negara, tapi zaman ekonomi tak stabil ni wallahua'lam.
SUASANA PEMBELAJARAN
Kami akan dibahagikan kepada beberapa kelas atau halaqah tasmi' dan setiap halaqah akan ada pensyarah tasmik. Setiap hari, sepatutnya, kami perlu menghafaz 2 maqra baru (atau lebih kurang 5 muka surat) dan memperdengarkan kepada pensyarah tasmi'.
Kelas tasmik hafazan berjalan daripada pukul 8.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Ada waktu rehat pada pukul 10.00 pagi untuk makan atau solat dhuha.
Pensyarah tasmik memainkan peranan yang sangat besar untuk menentukan sistem dalam halaqah tasmik masing-masing, ada kebebasan. Contoh: adakah perlu tasmik hafazan lama setiap hari atau hanya pada hari Jumaat?
Kelebihannya, pensyarah boleh mengenal pasti kekuatan pelajarnya secara individu dan memotivasikan mereka untuk menghafaz dengan cara yang sesuai dengan diri masing-masing.
Denda?
Bergantung kepada pensyarah tasmi'. Paling biasa, kena mengulang di luar kelas atau berdiri kalau tasmik lambat sangat dsb.
Hasil daripada berbual dan pemerhatian dengan rakan-rakan huffaz, sama ada daripada DQ atau institusi lain (seperti Imtiaz, MITST dsb), semakin tegas pensyarah, semakin dedikasi anak muridnya. Tapi apa pun berbalik kepada semangat dan usaha pelajar sendiri.
KAEDAH HAFAZAN
Bebas. Pensyarah tasmik hanya boleh mencadangkan cara-cara untuk menghafaz, di samping program orientasi oleh senior yang juga menyentuh tentang cara-cara hafazan. Tapi pelajar perlu berusaha sendiri untuk mencari dan mencuba kaedah hafazan yang sesuai untuk diri masing-masing.
Jangan putus asa mencuba, saya pun baru jumpa kaedah hafazan yang sesuai semasa sem 2 (Perit kot).
IADAH/MENGULANG/MURAJA'AH
Mengulang hafazan lama ialah suatu perkara yang amat amat penting dalam hafazan al-Quran. Isu yang sering timbul dalam kalangan pelajar Persijilan Tahfiz DQ, ialah kurangnya mengulang hafazan lama.
Bagi sesetengah pelajar, mungkin disebabkan kepayahan mereka untuk menghafaz hafazan baru (kerana merasakan menghafaz 5 muka surat sehari amat mencabar), maka mereka sedikit sebanyak mengabaikan hafazan lama. Bagi yang lain, mungkin kerana malas, lalai dengan perkara lain.
Masing-masing lebih tahu sebab apa dirinya kurang mengulang.
Walaupun mungkin sesetengah pensyarah tidak memperuntukkan waktu tasmik untuk mengulang hafazan lama, tapi itu sebenarnya bukan alasan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih.
SILIBUS/MUQARRAR
Untuk pelajar Persijilan Tahfiz, kami hanya ada 3 semester untuk habiskan hafazan. Setiap semester lebih kurang dalam 5-6 bulan. Kalau tak habis silibus/muqarrar hafazan sebelum tibanya musim peperiksaan, pelajar tidak dibenarkan untuk mengambil peperiksaan, dan akibatnya mungkin perlu keluar dari DQ. Pada zaman saya dahulu, muqarrarnya ialah
Sem 1: Juzuk 1-10 (exam 10 Juzuk)
Sem 2: Juzuk 11-22 (exam 22 Juzuk)
Sem 3: Juzuk 23-30 (exam 30 Juzuk)
Kami juga perlu menyiapkan buku tahriri. Asasnya, kami diberikan satu buku kosong yang mengandungi helaian-helaian kertas yang mempunyai bilangan baris yang sama dengan al-Quran mashaf Uthmani. Kemudian, kami perlu menulis ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz. Sebaik-baiknya, kedudukannya perlu persis seperti dalam al-Quran; ayat permulaan dan akhir dalam setiap helai perlu seperti dalam al-Quran.
Semasa peperiksaan, kami akan diuji dengan hafazan secara lisan dan bertulis. Setakat yang saya ingat, untuk kedua-dua ujian tersebut, kami diuji dengan awal juzuk, awal surah, awal maqra' dan surah-surah amalan harian yang ditebuk.
SUBJEK/ MADAH LAIN?
Antara soalan lazim yang selalu orang tanya mengenai DQ ialah "belajar tak subjek agama lain?"
Ya, kami belajar, tapi peruntukan markah untuk madah/subjek selain hafazan lebih rendah. Hafazan tetap menjadi fokus utama. Jika dilihat dari segi jam kredit, subjek Hafazan AQ Syafawi (lisan) & Hafazan AQ Tahriri (bertulis) adalah yang paling banyak jam kredit iaitu 6 jam kredit. Kedua-duanya sahaja sudah 12 jam kredit. Jadi, jika prestasi anda terhadap dua subjek ni kurang baik, kemungkinan besar mybbkn pointer keseluruhan CGPA sgt sedikit.
Antara subjek selain AQ yang saya belajar semasa di DQ ialah Aqidah, Adab Hamalatul Quran, Fiqh Ibadah dan Bahasa Inggeris. Kelebihannya, format peperiksaan Bahasa Inggeris yang ditawarkan sama seperti English Placement Test (EPT) di UIA. Jadi memudahkan pelajar Persijilan untuk score EPT nanti.
MAJLIS ILMU TAMBAHAN
Banyak!
- Kuliah-kuliah di Pusat Islam. Ada yang lepas Subuh dan lepas Maghrib. Kuliah-kuliah ini menyentuh pelbagai subjek agama antaranya, Aqidah (kitab Aqidatun Najin), Ibadah, Tasawuf, Tahsin bacaan al-Quran dsb bergantung kepada slot yang ditetapkan. Ada jadual yang telah disusun oleh Pusat Islam setiap bulan.
- Program Ilmu anjuran persatuan pelajar-pelajar diploma, ijazah serta maktabah (perpustakaan). Contoh: Kuliah Fiqh Mar'ah (fiqh wanita), Bedah Buku dsb.
- Liqo Asar di Surau (banat). Berkumpul di surau dalam bulatan dan bagi tazkirah secara bergilir-gilir. Satu peluang yang baik untuk kenal pelajar-pelajar lain.
- Rausyan Fikir. Dianjurkan oleh Biro Tarbiah IQRaC sekali seminggu. Berfokus kepada isu-isu semasa seperti GST.
Sekian untuk bahagian pertama. Bakal bersambung insyaAllah.
*Disclaimer: Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman sepanjang 2014/2015 yang lalu. Segala maklumat mungkin ada perubahan seiring dengan masa. By the way, DQ dah lain pengarah, jadi ada perubahan dalam cara pimpinannya.
Auni B
2.10 pm
Disunting oleh Husna Izzat

macam mana dalam sehari tu akak nak cover masa utk cari modal baru, iadah modal minggu tu dan iadah juzuk lama?
ReplyDeletepescaile_dzuAtlanta Aaron Clay https://wakelet.com/wake/47kL9i66BjIzDxA-uAcIe
ReplyDeletewreakadfpowout