Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Review movie

RUDY HABIBIE : AIR MATA SANG MATA AIR

“Didiklah anakmu dengan sungguh-sungguh, karena ia akan hidup di sebuah masa selain zamanmu,” ( Ali bin Abi Thalib ) Kalau diikutkan filem Rudy Habibie ini dari tahun lepas sudah didorong dan dipromosi untuk menonton filem ini tapi masih tak kesampaian. Sampaikan saya ingat akhir semester pendek, ada yang menyempat berjenaka buat parodi gambar Rudy Habibie di kelas. Tapi waktu itu tiada apa yang saya tahu melainkan hanya nama sang “pria mahasiswa”. Ada juga rancang untuk ditonton secara jamaei bersama sahabat-sahabat lain, namun Rudy Habibi tidak menjadi pilihan di saat akhir atas faktor-faktor tertentu ( ada permintaan filem lain iaitu Sang Murabbi). Akhirnya, saya memilih masa yang tepat untuk meneroka filem berlatarkan “bahtera sang mahasiswa” ini secara fardhi. Hari itu aadalah hari jumaat penghulu segala hari dan petang itu sungguh mendamaikan. Adapun filem ini dikreditkan langsung kepada Bekas Tokoh Presiden Indonesia yang ketiga iaitu Pak  Bacharuddin Jusu...

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK : HAYATI DAN PELERAIAN YANG MENGHIDUPKAN

"Berbahagialah siapa yang selalu ingat hari akhir, beramaluntuk menghadap hari perhitungan  dan merasa puas dengan ala kadarnya. Sementara ia ridha sepenuhnya dengan pemberian Allah." (Saidina Ali R.A) { VERSI YANG PANJANG, MOGA SETIA MEMBACA SETIAP BAIT AYAT}    Untuk tulisan kali ini saya akan buat sedikit imbasan kembali tentang sebuah filem yang sudah ditayangkan satu dua tahun lepas iaitu Tenggelamnya Kapal Vanderwick. Benar, agak lewat sebenarnya untuk mengulas tentang penceritaan agung filem ini kerana tidak lagi menjadi trend terhangat, namun saya rasa tidak ada masalah untuk kita ikuti kembali hikmah disebalik kisah percintaan pertengahan jalan antara Zainuddin dan Hayati ini. Sudah lama saya simpan olahan cerita ini cuma tidak diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Terima kasih kepada page Iqra IIUM kerana berkongsi video pendek TKV ini dan akhirnya menginspirasikan untuk saya menulis semula.    Sebenarnya saya tidak berniat untuk sem...

“ SYTD : SATU LANGKAH, NAFAS BARU”

Jika engkau ingin dimudahkan Allah untuk mendapatkan sesuatu yang engkau cintai, maka teruslah mengejar sesuatu yang Dia cintai. -Ahmad bin Hanbal-      Saya yakin sekarang ini antara yang menjadi tatapan minda  dan jiwa terhangat bagi orang ramai ialah filem yang berjudul Syurga Yang Tak Dirindukan. Ya ya saya tahu signifikan bagi filem ini ialah poligami, kasih sayang suami isteri dan sebagainya. Haa, tapi itu bukan fokus saya dalam coretan kali ini, bahkan jauh. Saya pesan awal-awal supaya minda kita bukan sekadar cetek mencari sang sempurna dalam hidup sahaja. Hee. Bagi yang sudah menonton, terutama yang berstatus pelajar dan penuntut ilmu pasti perlu lebih jauh mendapat ibrahhya selain hal-hal yang saya sebutkan sebentar tadi.       Saya akan melayarkan minda anda untuk mendapatkan dua kata kunci dalam cerita ini dan diikuti dengan satu natijah. Menarik bukan?        Jika kita imbasi kembali plot pertengaha...