Bismillah...
Lately ni, banyak sangat kerja. Biasalah. Normal bagi student. Sebab dah akhir-akhir sem ni memang semua kerja baru nak buat. Banyak sangat.. T-T
Kan?
Kan?
Tapi, yang banyak rasa terkilannya sebab ramai orang suka judge. Judge bila tak sependapat dengan idea dia. Well, tak sependapat tu, tak apa. Tapi, luahkan 'tak sependapat' tu dengan cara yang baik.
Kadang, kata-kata yang paling menyakitkan. Mudah terasa. Aku memang salah sorang jenis yang mudah terasa. Kalau kamu nak cakap 'elleh, chill ah.. benda kecik je kut'
Oke. Maybe bagi kamu, benda tu kecik. Bagi orang lain, tak. Orang ada pelbagai pendapat. Give and take lah.. jangan terlalu ikut kepala. Jangan terlalu pijak kepala orang jugak. Semua orang busy. Semua orang stress. Semua orang ada cara tersendiri nak hilangkan stress. Kalau kamu kata,
'semua orang pun stress, tak perlu lah nak naik hangin or buat muka bagai'
Ok, then, how 'bout this?
'kalau stress, tak dibenarkan ke nak masam muka atau bersedih?' :)
Boleh. Memang boleh. Dan kena fikir secara rasional kalau nak stress. Tapi, kadang, manusia ni, akan ada satu masa, dia tak fikir rasional. Kadang, manusia ikut perasaan. Itu, fitrah kehidupan. :)
Well, kamu patut sedar, hidup dekat atas dunia ni, bukan milik sesiapa. Kamu, bukan Tuhan untuk men'judge' orang. Kamu hanya 'hamba' yang perlu terima 'hamba' yang lain.
Rasa nak tulis entry ni sebab semua orang pernah di'jugdge' walaupun mungkin pada hakikatnya, dia tak menjudge pun sesiapa. Tapi, biasalah, manusia ni ada je benda dia rasa tak puas hati. Mungkin kena sama-sama muhasabah balik. Sebab, benda-benda yang 'terasa' ni, bukan sebelah pihak je yang terasa sebenarnya. Both sides akan sama2 terasa. :)
Maaf salah silap.. Wallahua'lam :)
Comments
Post a Comment