Skip to main content

Hati Gajah Hati Semut.

Sikat rambut, mestilah guna comb,
Assalamualaikummm...
eh? hmm biarkaann .


"Hati gajah hati semut". Siapa pernah nengok hati gajah? hati semut? ok saya pun tak pernah. kbye
*semut takde hati* 

Hari ni kita nak cakap tentang ... *bunyi drum* 
'Courtesy' !
Courtesy ni dia lebih kurang 'budi bahasa' atau 'ihsan' lah. Sebelum tu nak minta ampuun kalau gaya, laras bahasa, grammar dan seangkatan dengannya, tidak ok sangat dalam post kali ni. Al maklumlah kami ni dari macam- macam pe'el dan gaya.. jadi kena terimalah ketidakharmonian dalam gaya penulisan kami.. hewhew.

So semua orang mesti pernah tengok/buat/saksikan event2 yg menyayat, menyentuh hati  dekat sekeliling anda2 semua. Something that touches your heart and changes your style consequently. Banyak sangat kita dapat tengok, belajar & contohi bila keluar dan bergaul dengan orang ramai. 

Contoh, I adore the way Syed Azmi did his charity deeds as he looks everything around him as good opportunities for him to help people even though it's the smallest or easiest thing for us. kita nampak benda tu kecik je, tapi sebenarnya bawa kebaikan pada hidup seseorang. i was inspired by his project '#tamakpahala'. Banyak dah event2 yang dia buat dah membuka minda masyarakat termasuklah bagi makanan kat pekerja2 angkat sampah, feed the homeless & buat aktiviti dengan the homeless(ok ramai pun dah buat benda ni), belanja abang posmen, dan jugak projek #freecanteen- belanja warga2 sekolah makan pada waktu rehat.

ok, apalagi?! siapa yang tak kenal lagi figura ni sila visit FB dia. lekaih2. 
Selain dari Syed Azmi, ade jugak TheTelekungProject, yg mulakan aktiviti charity dia, dgn cuci telekung dkt masjid2 / surau2. Nampak remeh je kan benda tu? Tapi cuba bayangkan, kita masuk surau2 masjid2 mana2 kadang2, telekung dia kita sendiri macam tak nak sangat pakai sebab keadaan dia yang, masyaAllah.. tapi diorang ni, boleh nmpak benda tu sebagai satu jalan untuk buat baik, yang kita sendiri terlepas pandang..  The Weekenders pun best jugak! Mereka setiap minggu, akan keluar pergi rumah anak2 yatim ke, orang tua ke, untuk masak and buat aktiviti macam2 dengan orang2 kt rumah tu.. best kan? Tapi Weekenders ni lain sikit. Bukan mereka yang sediakan makanan dan pass the food, tapi diorang sediakan makanan tu, bersama2 orang dekat rumah tu..  Masak sama-sama, memotong menumis membakar sama2. best kan?kadang2 daki bukit sama2.. apa saja aktiviti, asalkan weekend depa terisi dengan benda bermanfaat.

Jadi, macam yang boleh kita tengok, there are so many opportunities for us to make good, and be good to others. Macam2 pe'el orang yg menginspirasikan dan menyadarkan diri ini ya kawang2..
Eh? Ni nak bincang apa sebenarnya ni ya ampun suka lari topik T_T

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mana ada lari topik pun.. hehe.
Sebenarnya, individu & kumpulan2 kat atas ni lah yang berjaya tunjuk nilai 'ihsan' dalam keputusan & tindakan mereka. Ok tak mau hurai panjang-panjang pasal ihsan ni sebab banyak diskusi dan huraian tentangnya dalam buku-buku sekolah agama kita, serta buku-buku sekolah agama adik kita malah dalam kitab-kitab banyak juga. termasuklah juga kalau anda2 semua search di google.  

Courtesy costs nothing but buys everything.


Family.

Celikkan mata. Buka hati buka minda. Peka dgn keadaan sekeliling. Tengok ibu bapa kita layan atuk nenek kita macam mana. Perhati cara layanan mereka kat adik beradik. 
Masak makan, sembang kopi, ambil gambar, riadah petang, konvoi sefamily, semua tu event2 yang dapat imarahkan suasana. Depa buat macam tu depan kita bukan saja-saja. Tapi untuk pupuk NILAI. Nilai kasih sayang. Nilai raikan darah daging. Nilai tak berkira dengan duit ringgit, masa. Alah gaduh sikit2 tu, biasalah... 'Penyeri' kata orang. Kita kita. Kita dari sekarang lah kena perhati, praktis. Belajar cara untuk value ibu bapa kita. Senang. Masa-masa akan datang, taklah kekok. Kongsi rezeki, suka duka,rasa sedih rasa bahagia. Biar rasa gembira dapat berbakti pada family, lahir dalam diri. 

Kawan.

Jumpa mak ayah kawan kita, salam. Memang segan.. Tapi ini cara kita hargai sahabat. (Tengok keadaan lah. Jangan menonong beria sangat pergi approach tak kena gaya hihi)

Hormat kawan. Jangan malukan depan orang ramai. Ingat KARMA.

Jaga hati. Jangan bagi dia sedih sorang2. Sakit dia, ambil berat. Belikan ubat ke, tuamkan ke, bawak pergi klinik..
Kalau tak tau nak pujuk @ dia tak nak cerita,cuba peluk/comfortkan dia cakap Allah ada.. Semua org ada masalah. Allah bagi ujian yang kita BOLEH hadapi.

Hutang, kalau boleh jangan smpai orang tu minta.. Kita yang kena ingat hutang kita. Sebab ada orang yang spesis tak sampai hati nak minta hutang.

Roomate bawa makanan, basuh lah bekas, pinggan mangkuk sama-sama. Tanda terima kasih kita.

Jangan condemn barang2 dia, mungkin kawan awak ni sejenis yang bersederhana.. Zuhud gittuhh.. Eh entah2 dia betul2 susah? 

Awak suka lagu tamil, kawan awak tak suka. Ha janganlah paksa suruh telinga dia dengar jugak lagu tu. *contohhh*


Eh macam2 pulak esey memesan. Maap la ye. Almaklumlah tengah dalam jam ni..
Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh lain, individu2 lain yang kita kena tunjuk courtesy kita pada mereka. . You name it. Taknaklah senaraikan semua sebab awak semua lagi arif bab berbudi bahasa ni.Semua idea2 atas ni hanyalah serpihan2, berdasarkan pemerhatian sendiri. Just my two cents. Nak terima, sila lah. Tak paksa :) Kalau tak setuju, boleh lah komen di bawah @ dekat ruangan shoutbox ye :) Nak pm pun bolehh.

Oklah, setakat ni saja. Semoga semua yang membaca, mendapat kebaikan dari penulisan ini dan mendapat hidup yang bahagia dan berkat, di dunia dan akhirat. 

Moga Allah redha. Assalamualaikum

Small bee, 
SaffShuk


Comments

  1. Courtesy ialah satu kajian kritikal dalam antropologi. Namun, courtesy secara rambang dan tidak tersusun boleh membawa kerugian kepada masyarakat.Maksud "secara rambang" di sini ialah pemberian ihsan tanpa objektif yang berkesan. Contoh, seorang peminta sedekah hidup dengan courtesy orang lain. Jika dia terus hidup dengan hal ini, circle of poverty beliau akan diwarisi oleh anak-anaknya pula kerana beliau telah menjumpai "comfort zone" ini. Lihat bagaimana asalnya courtesy tanpa objektif yang membawa kepada cabaran-cabaran dalam circle of poverty seperti cabaran pendidikan, tempat tinggal, makanan berkhasiat dll.

    Kita perlukan ramai Syed Azmi yang benar-benar memahami bagaimana, untuk jangka masa yang panjang, nilai courtesy yang baik itu perlu diteliti supaya tidak membawa kepada mafsadah apabila ia bertindak balas dalam sebuah sistem sosial. (Marilah berbincang dan berfikir)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...