Skip to main content

Yeah! Pressure is good




Yeah! Pressure is good


         Petang itu, Pak Su Syauki singgah di salah sebuah rumah anak buahnya setelah kepenatan memandu dari ibu kota ke tempat kerja sementaranya. Begitulah kehidupan seorang pekerja yang kerap outstation. Ziarah rumah saudara jika ada masa terluang menjadi kewajipan. Dia seorang bapa saudara yang sangat disukai oleh anak- anak kecil bahkan anak-anak saudaranya yang sudah menginjak dewasa turut senang mendekatinya. Anak-anak kecil mungkin suka sekali menjadikan Pak Su ‘’haiwan tunggangan ‘’ mengelilingi rumah dek kerana tubuhnya yang sasa. Manakala yang belasan tahun suka mendengar fakta-fakta trivia tetapi ilmiah yang terpacul dari mulutnya jika bersama perjalanan pacuan empat rodanya.

 Pak Su bertanya dengan loghat utaranya yang masih berbaki, ''Ani, awat matahari dah tak dak kat luar tu? ''

Ani menjawab tanpa berfikir panjang “sebab dia malu!’’

''Hahahha ,  Ani kata matahari malu,''geli hati Pak Su mendengarkan jawapan itu, mungkin kerana jawapan itu datang dari seorang yang telah berumur dua dekad bukannya budak tadika lagi.

Itulah antara bualan seorang pak cik dan anak buahnya yang sudah malu mendekatinya setelah dia berumah tangga. Kalau masih belum berpunya dahulu, seronoklah diajak anak-anak buahnya ke mana-mana.Kisah si pak cik dan anak buahnya bukan titik persoalan ana hari ini namun, persoalan si pak cik yang akan menjadi titik pemula bicara kita seterusnya.

 Kenapa matahari dan bulan silih berganti? Kenapa arah kiblat diubah Allah? Kenapa bunga layu dan mati? Kenapa si ulat menjadi rama-rama? Begitulah roda kehidupan yang sentiasa berubah dan begitu juga kalamNya menyebut:

“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. « sebahagian ayat Surah Fussilat : 37 »

Maka, bukan main-main persoalan pak cik tadi, apa sahaja yang disebut Allah pasti mengandung hikmah buat bekalan hayat. Perubahan berlaku setiap saat. Fizikal dan jasad berubah apatah lagi perasaan, emosi, kepercayaan, keyakinan yang merupakan unsur – unsur ghaib dan tersirat.

Lihat saja jari - jemari  pembaca sekalian, satu ketika dulu  tangan kita yang mungil hanya sesuku tapak tangan ayah, sekarang? Sekarang jika dilihat tangan sahaja, mungkin diteka milik puluhan umur orangnya.  Niat misalan kepada benda abstraks juga boleh berubah. Diri yang menulis coretan ini mungkin ikhlas awalnya tetapi setelah di "like" ramai? Apatah lagi jika yang meng ‘’like’’ itu orang yang mencuri hatinya.(hihi, saja nak lihat anda tertawa)

Begitulah nature perubahan. Perubahan boleh membawa kebaikan dan kadang kala statik itu lebih baik.Kita juga lebih senang bertanyakan dan meneliti perubahan yang berada di luar sana tapi jarang sekali kita melihat dan mengambil pelajaran daripada  perubahan yang berlaku dalam kehidupan sehari- hari kita.

Teman- teman, apakah perubahan dalam dirimu yang dapat kau banggakan di depan Rabb kelak?

Sudahkah sifat mazmumah yang terzahir ketika di sekolah menengah masih kau bawa di alam universiti?

Jika dilakukan identifikasi sifat-sifat itu, adakah ia satu senarai panjang atau pendek?
Moga ia terlupus sebelum kita dijemput ilahi.

Allah berkata dalam Quran dan kalamnya adalah formula untuk kita menongkah badai kehidupan dunia dengan bahtera taqwa yang tidak dapat disangkal sama sekali. 

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Lihat. Allah berkata tidak aku ubah ‘’apa yang ada’’ pada suatu kaum sehinggalah mereka yang berusaha mengubahnya.’’Apa yang ada ‘’ inilah menjadi tembok penghalang kepada kita untuk bertemu Allah dengan qalbu salim di akhirat kelak.


Menurut suatu fakta tentang ‘’Why people change ?’’,ada tiga faktor yang membuatkan seseorang mampu mencetus transformasi diri;

1.     Seseorang itu telah belajar banyak perkara.
2.     Seseorang itu telah terlalu menderita dengan keadaannya sebelum itu.
3.     Seseorang itu bosan dengan ragam kehidupannya yang sama.

Adakah anda salah seorang daripada mereka? Tidakkah anda sedar ujian dan mehnah kehidupan yang Allah anugerahkan itulah yang menjadikan anda tidak seperti air yang bertakung, mengalir mencari kejernihan dan kesucian?  Bukankah dengan ujian hidup yang Allah beri itu membuatkan anda semakin humble kepada Allah? Nah, inilah jentera gergasi yang boleh merobohkan tembok penghalang antara anda dengan Allah! Yeah, pressure is good! 



Kendatipun begitu, tidak bermakna kita perlu meminta diuji hebat semata-mata untuk melihat perubahan diri. Kadang kala ada yang penat kerana usahanya untuk berubah tidak membuahkan hasil. Namun, ketahuilah ketika mana anda rasa sangat susah dan perit untuk dapat menjadi seorang yang tidak ditakuk lama, itulah ujian yang hebat untuk anda! Allah rindu tangisan anda,  Allah cemburu jika anda sibuk dengan selainNya, Allah ingin setiap saat hati yang mahu patuh padaNya itu kenal erti tanda –tanda kekuasaanNya dalam merubah keadaan hamba-hambaNya mendekatiNya.

Lantaran itu,wahai jiwa-jiwa yang telah dilunakkan Allah s.w.t, ayuh kita berlari kepadaNya! Jika sekarang kita masih berlengah melakukan perubahan dan masih menunggu ujian hebat dari Allah untuk mengubah diri maka ketahuilah kita sombong!Masih ada walau sebesar biji sawi sifat sombong dalam diri. Kita tidak betul- betul mahu hidup mengenaliNya dan berserah diri padaNya.

Jika sebelum ini, jika kita jarang mentadabbur Quran, maka usahalah memahami mutiara- mutiara dari Quran kerana bagaimana mungkin dikatakan kita cinta Quran jika kita tidak selalu rindu dan ingin berlama-lama  dengan Quran?

Jika selama ini nahi munkar kita hanya dengan hati, usahakanlah maqam kita ditinggikan agar kelak iman kita tidak terikut lemah dek membiasakan melihat dosa  berlaku dan membiarkannya berlaku.

Berubahlah. Allah Maha Kuasa mengubah kalian menjadi seorang yang tidak pernah kalian bayangkan. Siapa tahu anda calon syurga tanpa hisab kelak?

Ana sudahi tasyji’ ini dengan ayat terakhir surah al-Ankabut agar dijadikan azimat perubahan diri kita ke arah yang lebih baik. Salam Ramadan Karim.Taqabbala Allahu minna wa minkum.


 ‘’Dan orang – orang yang berjihad untuk ( mencari keredhaan ) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah beserta orang- orang yang berbuat baik.’’  

Comments

  1. Sangat menyentuh hati. Jazakillahulkhair. Yeah, pressure is good!😊

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kattang ah ummu sajidah kitee, mantop

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...