Keretaku sudah terparkir elok di tepi jalan utama. Kebiasaannya aku lewat sedikit mengambilnya dari sekolah. Tapi hari ini aku dapat hidayah untuk datang lebih awal. Kerusi plastik biru di kantin itu aku capai, walaupun sudah berdaki-daki. Ye lah, sembilan tahun lalu, kerusi yang sama juga yang aku gunakan semasa rehat di sekolah rendah itu.Kanak-kanak perempuan kecil yang berkulit cerah itu baru sahaja melangkah keluar daripada kelas. Tangannya erat menggenggam sahabat baiknya, Sarah yang sama pendek dengannya. Langkah-langkah kecil mereka mulai mendekati kantin.Sarah sudah pun menemui maknya yang sudah menunggu dari tadi. Aisyah tersenyum-senyum di sebelah Sarah, sambil menggelengkan kepala apabila mak Sarah bertanyakan sesuatu. Tudungnya sudah terkehadapan sedikit, kurang kemas daripada pagi tadi.Aku diam sahaja memerhati, saja, supaya Aisyah yang perasan aku yang duduk di situ. Renungan mataku kepada Aisyah akhirnya berbalas. Senyumannya makin lebar menampakkan baris giginya yang cantik, melainkan satu gigi di depan yang baru gugur."Berat tak beg Aisyah?", aku tanya sambil berjalan seiring dengannya."Nak bawak? Bawaklah. Hehe", lalu siap menghulurkan begnya yang besar bergambar Princess Sofia kepadaku.Aku pun mulai menggalas beg ungu itu dan memimpin tangan kecilnya melintas jalan dan ke kereta.
Melihat adik kecilku di sekolah, membuatkan aku terasa ada aura keibuan yang menyelinap. (Ugh poyo). Mereka anak-anak yang masih suci, yang perlukan perhatian dan olesan warna-warni ke atas jiwa fitrah mereka.
Selain ibu bapa, adik-beradik juga memainkan peranan penting. Abang dan kakak mempunyai sentuhan besar juga terhadap adik-adiknya.
Ubah perspektif pandangan kita terhadap adik; bukan setakat adik yang manja (walaupun hakikatnya, ya) tapi seseorang yang perlukan bimbingan dan juga pendidikan. Ya, kita boleh bereksperimentasi dan berlatih skil "pendidikan"/pentarbiyahan menerusi adik-beradik kita sendiri, terutamanya yang masih kecil.
Cadangan saya; apabila di rumah, luangkan masa bersama adik-beradik dengan cara yang lebih menyeronokkan dan berfaedah. Cuba kurangkan masa merrka bersama televisyen dan gajet dan mula buat aktiviti hands-on. Cadangan-cadangan saya ini mungkin lebih sesuai kepada adik-adik yang bersekolah rendah dan tadika.
Sebagai contoh, lakukan aktiviti bersama:
1. Masak
- Buat sesuatu yang boleh mereka lakukan dengan tangan mereka sendiri; menguli, membentuk doh, potong dengan alat yang selamat, tuang cecair dsb. Buat bentuk-bentuk yang menarik seperti kartun arnab dan sebagainya. Dapat makan pulak tu, best.
- Buat sesuatu yang boleh mereka lakukan dengan tangan mereka sendiri; menguli, membentuk doh, potong dengan alat yang selamat, tuang cecair dsb. Buat bentuk-bentuk yang menarik seperti kartun arnab dan sebagainya. Dapat makan pulak tu, best.
2. Ajarkan hafazan al-Quran
- Luangkan sedikit masa untuk membantunya menghafaz. Sediakan buku hafazan; buku matematik petak kecil sudah memadai, dan mashaf al-Quran yang ada terjemahan dan tulisannya bersaiz sederhana besar. Jangan lupa bekalkan kesabaran sekali kerana anak kecil mudah bosan.
3. Ajarkan bahasa
- Jadikan pengalaman membeli-belah anda lebih bermakna. Ajarkan bahasa baru sambil menunjukkan barang-barang di kedai. Mungkin perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Mereka pun seronok bila dapat tengok dan pegang sendiri apa yang dipelajari depan mata.
4. Bercerita
- Ini perlukan imaginasi dan semangat mungkin. Kalau mahu lebih visual dan senang, gunakan buku kanak-kanak yang bergambar menarik untuk membantu. Senang sahaja; kalau anda bukan jenis yang spontan, baca sahaja daripada buku itu dengan nada yang sesuai dengan isi cerita. Bersedia untuk menjawab soalan yang pelbagai daripada anak kecil, kadang-kadang tak tercapai dek akal. Cabarannya juga, bagaimana untuk memudahkan penjelasan kepada kanak-kanak.
5. DIY
- Buat barang-barang DIY (Do it Yourself) bersama mereka. Banyak video di Youtube yang boleh dijadikan rujukan. Contoh: Modifikasi barang-barang terpakai seperti kotak, botol, majalah lama dsb menjadi bahan yg lebih berguna. Permainan tanpa kos untuk adik2 seperti kereta mainan, barang masak-masak dan perabot untuk anak patung.
Ringkasnya, gunakan imaginasi, kreativiti dan semangat keanak-anakan dalam dirimu. Akhir kata, have fun!
23 Jun 2016
12.46 pm
Auni B
(bukan parent lagi, tapi bakal insyaAllah peace yo)
Comments
Post a Comment