BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
"Kenapa kami CUBA untuk menulis?
Mungkin tajuk ini lebih tepat dengan tujuan blog post pertama blog ini dibuat.
Rata-rata daripada kami (sisterbears) bukanlah ada pengalaman menulis yang serius apatah lagi menulis tulisan ilmiah yang mengangkat mana-mana idea ilmuwan sebagai dasar perbahasan. Tetapi dalam kalangan kami ada yang berpotensi menulis renungan bersahaja yang mampu menyentuh perasaan manusiawi. Ada dalam kalangan kami sering mencoret puisi yang bukan biasa-biasa dan dalam kalangan kami juga tidak putus-putus menulis untuk saling ingat mengingatkan tentang tanggungjawab menjaga Al-quran.
Blog ini bakal dijadikan medan untuk meneruskan kelangsungan silaturrahim yang bermula di bumi Darul Quran pada awal tahun 2014. Di samping untuk menyampaikan pesan-pesan kepada diri kami dan juga sahabat-sahabat di luar. Ini medan bebas bagi kami berkongsi perasan dan cerita, tadabbur Al-quran, pandangan isu semasa mahupun resensi buku. Diharapkan Allah menilai usaha kecil ini.
Ok. Berbalik pada tajuk.
Sudah ma'ruf begitu banyak buku yang menceritakan tentang perihal menulis tetapi di sini tetap ingin dikongsikan tiga perkara menarik tentang menulis. Sebelum itu penting untuk dimaklumkan saya bukanlah orang yang sudah lama dalan aktiviti menulis. Saya bersama sahabat-sahabat yang lain masih bertatih dan kami mengharapkan kematangan dan kualiti tulisan akan bertambah seiring usia blog ini. In shaa allah, mohon doa daripada semua.
Baiklah, perkara pertama yang ingin dibicarakan ialah
KEPERLUAN
Imam Burhanuddin Azzarnuji dalam karyanya Ta'lim Muta'alim di Toriqi Ta'alum menyampaikan bahawa waktu seorang penuntut ilmu bukan sahaja perlu dipenuhi dengan membaca dan menghafal tetapi juga dengan menulis. Menulis kembali pelajaran dan hafalan yang diterima dan juga perkara-perkara di luar pembelajaran. Sudah menjadi budaya orang-orang dahulu untuk membawa buku dan botol tinta kemana sahaja mereka berjalan. Mereka akan menulis apa sahaja perkara ilmiah yang ditemui.
Seperti orang selalu berkata membaca bukanlah suatu hobi tetapi keperluan begitulah juga dengan menulis. Menulis perlu untuk menguatkan ingatan bahan bacaan kita dan membantu untuk membina kesalingan antara bahan bacaan yang pelbagai.
Jika melihat di sisi yang lain, kita perlu melambakkan tulisan-tulisan yang membina di alam maya. Biar masyarakat sedar bahawa masih ada anak muda yang berkemahuan dan mampu untuk menghasilkan tulisan-tulisan yang jernih. Selera masyarakat yang selalu terdorong ke arah isu picisan dan tidak berpenghujung perlu segera diubah.
Saya jadi teringat kata-kata Tuan Sayed Munawar dalam sebuah konvensyen yang pernah dihadiri bersama beberapa sahabat IQRac yang lain. "Hari ini untuk bijaksana tidak perlu membaca buku kerana buku sudah wujud dalam realisma yang pelbagai. Sekarang orang membaca Facebook, jika kita mempunyai daya saringan yang baik Facebook menawarkan ilmu yang sangat besar."
Jadi jalan kita semakin mudah. Tugas kita hanyalah memperbanyak bahan bacaan yang baik di sana dengan menulis dan kemudian kita tinggalkan pula pada masyarakat untuk memilih yang baik atau buruk. Inilah keperluan yang dimaksudkan, keperluan kepada diri dan kepada masyarakat.
Perkara kedua,
BUDAYA ILMU
"Nak tulis apa?"
Ini persoalan yang sering saya alami dan saya yakin ianya juga dihadapi oleh orang-orang mahu cuba menulis. Suka dikongsikan di sini seorang penulis yang masyhur dari negara seberang iatu Eko Prasetyo ada memberi beberapa penyelesain. Pertama, membiasakan diri untuk membawa buku nota kemana sahaja. Idea yang cerdas tidak selalu kekal di minda, apabila sampai ia perlu segera dicatat. Biarpun tidak tersusun asalkan kita sudah tidak melupakannya kerana hal itu boleh diurus kemudian.
Kedua, memperkaya pengetahuan. Manusia semakin hari semakin bijak. Mereka dahagakan sesuatu yang konkrit dan mesra pembaca. Maklumat yang dihidangkan perlulah tepat dan dalam bahasa yang tidak membosankan. Kemahiran ini hanya boleh diasah dengan luasnya pembacaan. Yang terakhir ialah memperbanyak diskusi positif bagi mendapatkan idea-idea yang rencam. Selain bermanfaat sebagai budaya yang sihat, perbincangan dalamnya juga sedikit sebanyak menyumbang idea dalam penulisan.
Jika diperhatikan kesemua di atas merupakan rantain budaya ilmu yang menakjubkan. Menulis mengajar kita menjadi seorang yang cermat dan hormat akan tradisi ilmu. Budaya ini perlu terus disuburkan dan kalau bukan kita, siapa lagi?
Perkara ketiga,
MAGIK HIDUP

Bukankah dengan menulis kita dapat mendamaikan antara dua sahabat yang berseteru, meluluhkan perasaan kekasih yang kita cintai dan menyuntik semangat orang yang pernah jatuh takut kepada berani melangit?
Bukankah juga dengan menulis kita dapat membugar idea yang luar biasa, menggegar pemimpin yang alpa dan menyampaikan suara orang-orang lemah?
Pena makhluk yang magik. Ia begitu mempengaruhi kehidupan manusia.
Lalu kenapa lagi kita tidak cuba menulis?
Sebelum mengakhiri post pertama ini, suka saya luahkan satu perkara yang berlegar di fikiran. Apa sebenarnya yang mencetuskan blog ini untuk dimulakan?
Cari punya cari baru teringat, beberapa minggu yang lepas sahabat kami Zafirah Haziqah telah dijemput lebih awal ke pangkuan Ilahi. Ramai daripada kami tergerak untuk menulis tribut dan kisah-kisah kenangan bersama arwah sepanjang hidupnya, di sinilah tercetusnya idea daripada Saudari Auni Baharin untuk mengumpul dan mengaktifkan aktiviti penulisan sahabat-sahabat melalui blog Aksara Sisterbears.
Arwah ada sumbangan tersendiri dalam usaha ini dan arwah akan kami ingat sehingga hari pertemuan nanti. Semoga beliau sentiasa tenang disana. Al fatihah.
Wallahua'lam.
Afifah Ali
3.09 pagi
3 Jun 2016
Kaherah, Mesir.

Vdescriomushi Dan Hacker https://wakelet.com/wake/KbO25W6i4Wcy-03PSSQTR
ReplyDeletebreathracmofan