Skip to main content

Posts

Ada apa dengan Hantu Kak Limah 2?

Recent posts

FALSAFAH AL HAYAH

Pertengahan Januari ialah kemuncak musim syita’ di Mesir dan sekitar tanah arab. Waktu ini kebiasaannya semua penuntut ilmu khususnya di Azhar sedang bertungkus lumus dengan imtihan faslul awwal. Di mana-mana sahaja semua kelihatan sedang bergelut dengan nota atau buku yang mengandungi muqorror(silibus) yang perlu dihafal lumat sebelum hari peperiksaan menjengah. Ruangan masjid-masjid  juga sering penuh dan menjadi tempat pilihan untuk muzakarah dan menghafal kerana bebas Wifi dan bahan kunyahan(makanan). Masakan tidak, sausana sejuk seolah-olah berkrompomi dengan perut agar meminta dipenuhi setiap masa. Kata guru kami Sidna Syaikh Fauzi Kunati hafizahullah ketika dalam darsnya di Jami’ Azhar, “ Tolabul ilmi  akan bersedia memahamkan, menghafal, muzakarah sepanjang masa sejak hari pertama dia mempelajari mana-mana kitab tetapi  tolabul imtihan  akan belajar di penghujungnya, habis imtihan habislah segala yang dihafalnya.” Begitulah di Azhar as-Syarif, ketulenan ten

RINDU

Dulu semasa aku baru keluar dari Kolej Al-Quran (KQ) dan berhijrah ke alam kampus universiti awam, aku sering terkenang-kenang akan suasana di Kolej al-Quran. Senandung rindu aku nyanyikan melalui aksara-aksara digital di dinding blog aku. Kadang-kadang rindu itu membuak-buak sehingga menimbulkan rasa sayu dan hiba yang mendalam.  Kenapa? Keserabutan menyelubungi minda dan hatiku bila dikelilingi suasana yang begitu mudah terdedah kepada maksiat dan mencabar prinsip hidupku di alam kampus. Cahaya mulai kelam dan gelap menyelubungi. Lama-kelamaan aku mulai tertekan dalam menentukan batas diri. Aku terperangkap dalam jaring keraguan. Segala kenangan damai dan manis yang lalu juga sering datang ke mindaku, menambahkan rasa terkilan dan rindu yang menghiris. Lalu, aku membuat   kesimpulan bahawa; Terlalu berpaut pada kenangan tidak akan membuahkan faedah melainkan ia menjadi pendorong untuk membuat perubahan hari ini.  Kemudian, aku memutuskan untuk tidak lagi bersedih d

Kamu tak akan dapat kebaikan...!

"Kamu tak akan dapat (kesan)... kalau kamu tak (buat...)" "This is so (conclusion) because that is so( premise)" "طريقة الحنيفية هي تكوين القواعد الأصولية بناء على فروع"  (ilmu usul fiqh) Kamu tak akan dapat merasai hidangan ilmu kalau kamu tak baca sehingga tamat:) Betapa banyak sunnah Ilahi yang boleh kita tadabbur di sekeliling kita. Antaranya, apa yang saya leraikan dari kotak pemikiran saya saat ini. Setiap benda ada pasangan dan untuk mendapatkan sesuatu ada syaratnya. Malangnya, kebanyakan orang tidak berusaha melunaskan tuntutan kepada sesuatu yang dikehendaki. Tidak dinafikan, tuntutan itu mestilah sesuatu yang berat dan menuntut tuntutan yang lain seperti pengorbanan dan keikhlasan . Kata-kata hikmah Arab ini cukup menghunus hati ketika menyerang idea saya: ترجو النجاة ولم تسلك مسالكها * إن السفينة لا تجري على يبس Kamu hendakkan keselamatan tetapi kamu tak mengikut caranya, Sesungguhnya kapal tak berlayar di atas daratan.

Dan Masa Terus Berlari

Credits to its respective owner Mindanya yang kian tumpul Katanya yang kian tak teratur Mengingatkan aku Yang maha bijaksana bukan kita  Kedut seribu tangannya Perlahan derap langkahnya Mengingatkan aku Usia muda tak selamanya  Masa kian suntuk Hari-hari sudah terkubur Usia juga pantas berlalu Membawa bersama kemudaan kita Malanglah kita yang sentiasa leka Rugilah kita yang sentiasa alpa Bila jarum masa berlari Kita masih kaku di sini.   21 April 2017 11.03 pm Petaling Jaya.

Frequently Asked Questions versi Perang Hati

1. "Kenapa asyik aku yang kena buat kerja? Kenapa asyik aku yang diberi tugas dan amanah? Sedangkan ramai lagi yang boleh buat. Kenapa aku?" Sebab Allah sayang kat awak. Allah nak bagi peluang awak berbakti lebih dari orang lain. Kata ulama': Kalau nak tahu kat mana darjat awak di sisi Dia, tengok kat mana Allah letak kita. Cuba kita fikir, jawatan besar dalam syarikat mesti untuk orang yang dipercayai kan.Bila makin susah tugas, makin berat posisi, makin beban kerja, berbahagialah. Sebab ini bermakna Allah percayakan kita untuk galas. Jangan siakan kepercayaan Dia pada kita. Banyakkan berdoa supaya Allah bimbing dalam setiap tindakan kita :) 2. " Kenapa Allah pilih aku sedangkan aku terlalu banyak dosa, aku tak layak untuk diletakkan di posisi ini.." Satu, bersyukurlah kerana awak sedar akan dosa, tetapi sedar sahaja tak cukup. Usaha, tinggalkan dosa - dosa tu. Kedua, pandanglah sudut hikmah. Mungkin dengan posisi ini, awak akan lebih terjaga da

Manfaatkan kedua ibu bapamu!

"Hang tengah buat apa tu?"  "Emm.. tak buat apa pun" " Hang tengah buat apa tu?" "Baca ni" "Hang tengah buat apa tu?"    " Baca blog ni!" Cuba bayangkan bahawa soalan ini ditanya oleh rakan yang berada di samping pembaca sekarang. Apakah jawapan berserta nada yang bakal mengiringi setiap soalan yang berulang itu? Ada 4 jawapan MCQ ( Multiple Choice Questions) disediakan. A. Mendiamkan diri B. Jawab dengan nada suara yang meninggi C. Jawab dengan mimik muka meluat D. Jawab dengan penuh kasih sayang      *Pesanan: Jangan lorekkan jawapan, ini bukan kertas OMR( Optical Mark Recognition):) Mungkin iklan raya Petronas suatu ketika dahulu sedang bertamu di ingatan pembaca sekalian. tonton iklan petronas di sini "Abah, ni burung apa?" "Burung murai nak.." "Burung apa?" "Burung murai.." Soalan anak kecil itu dijawab dengan penuh latif oleh ayahnya tan