Entah mengapa tajuk ini mengetuk-ngetuk hati dan fikiran.
Apa-apa pun, inginku coretkan sesuatu buat pedoman diri dan sahabat-sahabat seperjuangan.
Bismillah.
Pada suatu petang di sebuah masjid, dalam keserabutan manusia bertali-arus di hadapanku, Rahsia bertanya kepadaku;
"Apa kaitan rahsia dengan cinta?".
Manakala Cinta pula bertanya;
"Apa kaitan cinta dengan rahsia?".
Masing-masing mengangkat bahu, sambil menunggu jawapan. Hmm, aneh bukan?
Aku tertunduk membisu, minta masa untuk berfikir dan bertafakkur. Ye, mungkin juga kerana baru sebentar tadi melalui satu kawasan yang mengembalikan nostalgia lama. Huhu.
Aku tersenyum sendiri. Saatnya untuk aku menyingkap hikmah di sebalik yang berlaku :)
Siapa kata aku tak pernah bercinta? Melangkah usia remaja, pastinya tidak terlepas dari cerita cinta. Dan teka teki cinta ini penuh rahsia. Hhe.
"Eh, cerita ni saya cerita dengan awak je tau. Jangan bagitau orang lain!"
Amboi, dengan "awak" je.
___
Hakikat cinta adalah penyerahan diri. Saat seseorang sudah bercinta, apa pun rahsianya dengan orang yang dicintai, tidak dirisaukan lagi. Dia berusaha menjadikan cerita itu hanya untuk dia. Dia je yang tau. Dia berusaha menyuburkan kasih sayang dengan cerita-cerita rahsianya. Hinggalah mencipta suasana; dialah orang terpenting dalam hidupku, dialah yang istimewa, dialah yang memahami liku-liku kehidupanku.
Ya, kehidupan bercinta menjadi bertambah indah dengan segala cerita rahsianya..
Aku kembali bertanya Cinta & Rahsia,
"Apakah benar orang yang bercinta itu berkongsi segala rahsia?
Atau...
dia berusaha merahsiakan identiti dirinya yang sebenar?"
Ye, dua yang berbeza.
Di dalam Surah At-Taubah: ayat 78, Allah swt berfirman yang bermaksud;
Nah, Allah menjelaskan kepada kita akan salah satu sifatNya. Dialah yang Maha Mengetahui segala perkara rahsia dan perkara-perkara ghaib.
Apakah ada yang lebih mengetahui rahsia kita, selain Allah?
Apakah ada yang lebih teliti dalam menilai siapa kita, selain Allah?
Apakah ada yang lebih tajam pendengarannya, mendengar lintasan-lintasan hati kita, selain Allah?
Tidak, tidak sama sekali. Sekalipun kita memiliki seseorang yang paling kita percaya, untuk bercerita segala cerita rahsia..tetaplah Allah yang lebih mengetahui rahsia di sebalik rahsia.
Bahkan, yang mencintai kita juga tidak mengetahui rahsia-rahsia Allah untuknya, apatah lagi rahsia-rahsia Allah untuk kita. Keep Calm.
Pulangkanlah segala teka teki kepada Allah pemilik segala rahsia.., yang jauh lebih mengenali siapa kita, baik buruk kita, kelebihan & kekurangan kita, keluhan-keluhan dan bisikan jiwa kita.
Di dalam Surah Yasin: ayat 11 Allah swt berfirman yang bermaksud:
Perhatikan baik-baik ayat 'semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan'. Baca lagi sekali dan renungkan. Di sini jelas menunjukkan sebuah suasana RAHSIA seorang insan.
"Alah, bukan ada sesiapa nampak pun, sukahatilah aku nak buat apa"
Hmm. Cuba renung dalam hati. Jika tidak kerana TuhanMu, tiadalah engkau memiliki kalbu. Sedangkan hati juga ciptaan Allah, mengapa mesti digunakan untuk perkara yang ditegah.
Ayuh, sahabat! Ciptalah sebanyak mungkin amalan rahsia bersama Allah, saat-saat rahsia kita bersama Allah, cerita-cerita rahsia kita bersama Allah..in shaa Allah, ketenangan demi ketenangan akan Allah hadiahkan untuk kita. Kekuatan dan keazaman untuk taat Allah akan semakin bertambah. Hingga akhirnya Allah kurniakan rasa CINTA yang membuak-buak kepadaNya dan RINDU untuk bertemu denganNya.
Dan yang paling kita tunggu-tunggu adalah apabila Allah sendiri mengumumkan dan mengisytiharkan; inilah hamba yang menCINTAI-Ku sepenuh hati dan menyerahkan dirinya untukKu..maka, Aku berikannya sebaik-baik pembalasan iaitu keredhaanKu dan Syurga yang kekal abadi. Amiin Allahumma Amiin.
Ye, begitulah RAHSIA & CINTA melakarkan cerita buat kita.
Indahnya rasa CINTA itu, apabila banyak RAHSIA kita dikongsi & dinikmati bersama Allah :')
.
.
.
N.H
12.00am

"Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib."
Nah, Allah menjelaskan kepada kita akan salah satu sifatNya. Dialah yang Maha Mengetahui segala perkara rahsia dan perkara-perkara ghaib.
Apakah ada yang lebih mengetahui rahsia kita, selain Allah?
Apakah ada yang lebih teliti dalam menilai siapa kita, selain Allah?
Apakah ada yang lebih tajam pendengarannya, mendengar lintasan-lintasan hati kita, selain Allah?
Tidak, tidak sama sekali. Sekalipun kita memiliki seseorang yang paling kita percaya, untuk bercerita segala cerita rahsia..tetaplah Allah yang lebih mengetahui rahsia di sebalik rahsia.
Bahkan, yang mencintai kita juga tidak mengetahui rahsia-rahsia Allah untuknya, apatah lagi rahsia-rahsia Allah untuk kita. Keep Calm.
Pulangkanlah segala teka teki kepada Allah pemilik segala rahsia.., yang jauh lebih mengenali siapa kita, baik buruk kita, kelebihan & kekurangan kita, keluhan-keluhan dan bisikan jiwa kita.
Di dalam Surah Yasin: ayat 11 Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia"
Perhatikan baik-baik ayat 'semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan'. Baca lagi sekali dan renungkan. Di sini jelas menunjukkan sebuah suasana RAHSIA seorang insan.
"Alah, bukan ada sesiapa nampak pun, sukahatilah aku nak buat apa"
Hmm. Cuba renung dalam hati. Jika tidak kerana TuhanMu, tiadalah engkau memiliki kalbu. Sedangkan hati juga ciptaan Allah, mengapa mesti digunakan untuk perkara yang ditegah.
![]() |
Innallaha Ma'anaa |
Ayuh, sahabat! Ciptalah sebanyak mungkin amalan rahsia bersama Allah, saat-saat rahsia kita bersama Allah, cerita-cerita rahsia kita bersama Allah..in shaa Allah, ketenangan demi ketenangan akan Allah hadiahkan untuk kita. Kekuatan dan keazaman untuk taat Allah akan semakin bertambah. Hingga akhirnya Allah kurniakan rasa CINTA yang membuak-buak kepadaNya dan RINDU untuk bertemu denganNya.
Dan yang paling kita tunggu-tunggu adalah apabila Allah sendiri mengumumkan dan mengisytiharkan; inilah hamba yang menCINTAI-Ku sepenuh hati dan menyerahkan dirinya untukKu..maka, Aku berikannya sebaik-baik pembalasan iaitu keredhaanKu dan Syurga yang kekal abadi. Amiin Allahumma Amiin.
Ye, begitulah RAHSIA & CINTA melakarkan cerita buat kita.
Indahnya rasa CINTA itu, apabila banyak RAHSIA kita dikongsi & dinikmati bersama Allah :')
.
.
.
N.H
12.00am
Comments
Post a Comment