Skip to main content

SIAPA SANGKA?

Assalamu'alaikum.

Sengaja ku tulis 'perbualan' ini sebagai memori yang tersemat.

"za, kita tengah rindu someone. Dia nak pergi jauh dari kita. sedih. So status wasup kita sekarang 'miss the mssing one'. Berakal tak? hehe"

"hahaha. macam agak tak berakal.. Awak letak laaa status yang Ilmiah sikittt. Letak 'expect less hurt less' ke, tak pun awak letak love je, bagus jugak"

"haha alamak2 okkk, love je okk. XD expect blabla tu status awak"

 ***

Sesekali ingin aku tanyakan apa khabar dia disana?  Alhamdulillah diriku baik-baik saja walaupun kaki sakit tersepak kulit durian. Sungguh durian zaman sekarang merupakan spesies suka main di tengah jalan. Maka berhati-hatilah kalian. Durian yang dipersalahkan walhal diri ini yang gopoh.





10 JUN, JUMAAT
Genap tiga minggu pemergian dia. Masih segar diingatanku gelak tawanya pada 'study week' dulu. Soalan kurang bernasku ditertawakan oleh dia. Hanya saat itu! Dia ketawa dalam kelembutan, bicara dalam sopan walaupun saat itu matanya bersinar bak bintang berkelip kerana lemah dayanya. Seringkali kegigihanku terserlah ingin berbual-bual dengannya, akhirnya bicaraku tetap sendirian. Dia mendengar cumanya dia terpejam. Rupanya dalam gurauan itu, 'miss the missing one' itu adalah dia. Siapa sangka?

Sudah pasti rindu pada sahabat itu sentiasa ada. Adapun kehilangan adalah pemutus kebahagiaan. Sama ada kita yang pergi meninggalkan dia  atau dia yang pergi meninggalkan kita. Namun, Rasul Allah telah pun menunjukkan keperibadiannya ketika mana Baginda kehilangan orang tersayang bermula dari bapa Baginda sejak Baginda di alam rahim, diikuti ibunya Aminah, datuknya, bapa saudaranya lalu diuji lagi kehilangan kekasih hatinya, Saidatina Khadijah. Baginda tetap tersenyum, Baginda tetap dekat dengan Tuhannya. Diriku pasti saat ni arwah sedang bergembira. Bergelak tawa barangkali. Pastinya gembira itu tiada tanding taranya dengan gembira dunia. Maka, aku harus tetap tersenyum, bangkit lantas mengikut jejaknya.

Teman, telah datang kepada kami bulan istimewa, bulan yang penuh dengan kemuliaan, keberkatan. Tinggal kami sahaja yang memilih ingin menjadi insan berjaya atau sebaliknya. Hari ini sudah pun tanggal 5 Ramadhan, sesungguhnya kami tidak tahu bagaimana nasib kami, bagaimana pandangan Tuhan terhadap kami. Semampunya kami bersangka baik dengan Allah Taala.

Teman, lagi sekali kami ingin bangkit, lantas mengikut jejakmu. Kau sudah pun tenang di sana. InshaAllah. Moga kita bertemu kelak! Allah yubarik fihaa!


 Kata ayahku, kematian adalah pengajaran terbaik.

Salam Jumaah. Ramadhan Kareem!

Aom Phiyada
5 : 15 pm



 



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...