Skip to main content

Ada apa dengan Hantu Kak Limah 2?


ABSTRAK

Filem Hantu Kak Limah 2 (HKL) 2  yang mula ditayangkan pada 9 Ogos lalu mencatatkan rekod kutipan tayangan atau disebut ‘Box Office’ filem Melayu dengan kutipan tertinggi. Memandangkan pada hari pertama ia telah berjaya mengaut kutipan sebanyak  1.8juta. Ia menjadi faktor penarik kepada penonton filem sebelumnya, arahan Mamat Khalid ini iaitu Zombie Kampung Pisang. Berikut ialah data yang saya kumpul :-

Masa tayangan beserta kutipan yang diraih.
Pratonton ( Sneak Preview): RM650,000
Hari pertama: RM1 800,000    (RM 1.8 juta)
Minggu pertama: RM13 600, 000 (RM 13.6 juta)
Minggu kedua: RM 20 000,000 (RM20 juta)
Hari ke 18 ( terbaru): RM32 500,000  (RM32.5 juta)

        Sebagai seorang yang baru kali kedua, menjejakkan kaki ke panggung wayang, penulis tidak dapat membandingkannya dengan komedi seram yang lain bahkan menurut salah seorang ‘team’ produksi , genre komedi seram ini tidak dikenali di Indonesia. Mungkin ramai yang menganggap seram dan lawak itu sukar diadun dalam sesebuah filem.  Sebagai pelajar alQuran dan asSunnah, saya mencemburui akan bidang perfileman ini yang terus mendapat tempat di hati kita. Saya cuba mengupas menurut perspektif berbeza dan mengajak kita lebih beramal dengan apa yang kita tontoni.

SINOPSIS
 Baca sinopsis penuh di sini: https://ms.wikipedia.org/wiki/Hantu_Kak_Limah_3

     Antara watak yang mencuit hati penonton dengan unsur jenaka mereka ialah empat sekawan, Husin, Wani, Yeh Sekupang dan Khuda yang kemudiannya berkahwin dengan Kak Limah. Selain itu, Nayan dan Ustaz Solihin. Kisah bermula dengan perkahwinan Khuda dengan Kak Limah dan kawan-kawannya dalam keraguan turut mengetahui bahawa Khuda telah berkahwin sebelum itu.

    Tidak berapa lama, Kak Limah ditemui meninggal dalam keadaan yang menakutkan di sebuah kebun. Dalam pada masa yang sama Khuda, Husin dan Wani tiada di rumah. Penduduk kampung kemudiannya bersepakat menunggu kepulangan Musalman, anak Kak Limah sebelum dikebumikan. Sejak itu, ramai yang menjadi mangsa gangguan ‘roh’ Kak Limah. Nayan diantaranya. Setelah dikebumikan, ‘hantu Kak Limah’ masih lagi menghantui penduduk Kg. Pisang dan Ustaz Solihin mengambil langkah ingin menghapuskan ‘hantu Kak Limah’.

     Tidak berjaya dengan misi mereka, Husin memanggil ayah Eton yang merupakan bunian, dan rombongan bunian pun menjelma. Setelah itu, barulah diketahui bahawa yang mengganggu mereka adalah bunian, Noraini yang mencemburui Khuda berkahwin lain dan dia tidak dapat hidup bahagia dengan Khuda yang berstatus manusia.



KELAINAN YANG WAJAR DIPUJI

1.KOMEDI SERAM

Menyentuh genre filem ini sendiri, pastinya dua kehendak penonton telah dipenuhi. Penulis mengakui seramnya menjadi, lawaknya juga menjadi. Menurut kupasan oleh Pengarah Filemnya, lawak mengarut ini adalah satu genre baru dan bagi menepis kritikan negatif netizen,beliau berkata dalam seni wayang kulit juga turut menampilkan tukang karut dan menjadi adat Melayu.

    Selain itu, bukan sahaja remaja yang mengunjungi pawagam untuk menonton HKL2 malah mereka yang berkeluarga. Ketika di pawagam, ada seorang kanak-kanak ceria duduk di sebelah penulis mengajuk kelakuan lawak yang dipertayangkan namun tidak dapat  dipastikan apa yang dibuatnya ketika rupa‘hantu Kak Limah’ memenuhi ruang skrin .Manakala, di barisan hadapan saya, remaja lelaki 6 sekawan.

      Baiklah, sangat rugi jika kita tidak mengaitkan dengan ilmu agama yang menjadi jalan hidup kita. Zaman ini, ramai juga yang berpemikiran ‘kenapa semua perkara kena kait dengan agama ?, Be realistic!’ Jika ada sesuatu isu, dan dikaitkan dengan Sirah Nubuwwah misalnya, dikatakan ‘kenapa dibandingkan dengan Nabi?’ Itu tazakkur namanya. Zikir akal. Use it or lose it! Cuba mengingati Allah dan Rasul dalam setiap sisi hidup.

Ya.. Dalam alQuran dan hadis Nabi juga ada seakan-akan unsur ‘komedi’ dan ‘seram’.  Konsep galakan dan peringatan, syurga dan neraka, berita baik dan berita buruk sentiasa ‘dimainkan’. Contohnya,  Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani telah meringkaskan karya Imam Ibn Hafiz al-Mundziri iaitu kitab Mukhtasar at-Targhib wa at- Tarhib dan di dalamnya terdapat pelbagai ‘kitab’. Kitab pakaian, kitab makanan dan kitab hudud antaranya. Semua aspek tersebut dididik manusia dengan galakan dan peringatan. Takut dan gembira diadun bersama.

2.LAWAK  MERENTAS MASA.

       Filem yang melalui penggambaran di Taiping, Perak ini penulis menyukai kerana latar belakang alam, rumah dan barangan lama yang menarik. Iklan air minuman Joy  zaman  80–an yang menjadi nyanyian Nayan serta karya lawak P. Ramlee barangkali memenangi hati mereka yang melalui zaman itu. Tidak hairanlah penulis berjumpa seorang nenek dari 'hall' pawagam yabg sama. Sebagaimana cerita sejarah yang dimainkan TV3, Razia Sultan yang menarik penulis untuk menonton antara lain kerana latar belakang istananya yang tersergam. Tempat penggambaran HKL2  memang menggerunkan dan katanya ramai juga krew yang sakit tiada bersebab setelah bekerja di tempat-tempat keras tersebut.

   Malu juga apabila kita meneliti ungkapan Syed Qutb mengenai sebuah Surah dalam alQuran, tatkala kita hanya mampu menghayati sebuah filem.

"Surah yang memasukkan aqidah ke dalam qalbu dengan pelbagai cara, membawa bersamanya pengaruh alam, psikologi dan sejarah".

Nak tahu Surah apa? Teruskan membaca.

3. LAWAK MERENTAS TEMPAT.

     Antara lawak yang merentas tempat bagi penulis contohnya, Hussin menyebut drama Korea Man to Man ketika memanggil Kak Limah ke bawah  untuk melihatnya memijak tanah atau pun tidak. Mano- a –mano, bahasa Sepanyol juga disebut.  Bahasa lokal yang utama tentunya bahasa Perak. Melalui perkataan ‘Awok’ yang bermaksud ‘saya’ dalam bahasa Perak, saya mengagak bahawa Taiping terletak di kawasan tengah Perak. Hal ini kerana kawasan hulu ada loghat yang berbeza. Selain Awok,  Aye, Teman juga bermaksud ‘ saya’.

       Baiklah, sekarang mari kita kenali Surah yang menyebut tentang kerabat ‘hantu Kak Limah’.  Dalam al-Quran ada dua tempat sahaja yang menyebut tentang jin atau makhkuk halus ini. Surah al-Ahqaf yang penulis muatkan komen Syed Qutb di atas dan Surah al-Jin. Surah al-Ahqaf tentang jin yang telah beriman pada zaman Nabi Musa a. s manakala Surah al- Jin ialah jin yang baru memeluk Islam. Persamaannya adalah untuk menegur kafir musyrikin akan kerasnya hati mereka tatkala jin juga sudah memperakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

3. BERMOTIF

      Antara motif ilmiah yang ditonjolkan dalam HKL 2 adalah larangan berkahwin dengan makhluk yang berlainan alam. Menurut jumhur ulama, perkahwinan antara manusia dan makhluk halus adalah tidak sah berdalilkan ayat yang selalu menjadi sebutan kita jika menyebut ‘ Sakinah dan Mawaddah’ dalam perkahwinan.

(وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ)
[Surat Ar-Rum 21]

Dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa antara tanda kebesaranNya  Dia menjadikan kita berpasangan dan dari jenis diri kita sendiri.


    Banyak kemudaratan jika manusia berkahwin dengan bunian. Jika bergaduh melibatkan dua golongan pula. Golongan malaikat paling ramai di bumi ini, kedua adalah jin, dan kita ketiganya. Sebagaimana Nabi tidak menggalakkan kita berkahwin dengan kaum kerabat kerana besar kemungkinan terputus ikatan keluarga jika berlaku perselisihan faham rumah tangga.

Selain itu, penonton dapat mengenali jin. Antara ciri-ciri jin yang diketengahkan dalam filem ini  ialah:

1. Jin ini banyak jenis. Antaranya bunian, menurut kisah benar memang alam mereka mewah, serba kuning,perempuan mereka  cantik-cantik. Baca lebih  di sini:
http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1406-al-kafi-li-al-fatawi-siri-ke-479-apakah-itu-bunian


2.Boleh menyukai manusia dan suka mengganggu manusia.

Jika zaman penulis belajar ilmu perubatan Islam sekejap dahulu, penulis kenallah istilah jin asyik, 'secret admirer' .  Mereka ini ialah jin yang telah jatuh hati kepada manusia dan mendatangkan permasalahan kepada hidup manusia. Contohnya ,sukar mendapatkan jodoh.Ha.. Oleh itu, kita mestilah menjaga aurat ketika bersendirian juga. Mereka melihat kitetapi kita tidak dapat melihat mereka. Sangat baik diteruskan, adat orang dulu-dulu iaitu mandi menggunakan kain basahan. Walaupun kita tidak mandi di sungai lagi. Doa masuk tandas yang sangat asas itu jangan ditinggal.

"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan-syaitan" 

Di samping itu, jangan buat- buat tak tahu ya wahai diri. Kita muslim, ada doa ketika melihat perkara yang menakutkan, mana tahu balik dari tonton HKL, memerlulan ini, Oppss .




Ini bukan soal trivia. Beriman dengan perkara ghaib. Ramai juga yang kuat ibadahnya tetapi sukar mempercayai adanya makhluk halus. Atau jika menghadapi sesuatu sakit, untuk mengelak menuduh golongan jin, mereka sedaya upaya untuk mengelak mencuba Perubatan Ruqyah atau tradisional yang syar’ie. Jika ke hospital dan tiada sebarang diagnosis penyakit, cubalah yang alternatif. Walaupun sebenarnya, tiada istilah perubatan yang alternatif.

KEBIASAAN  YANG WAJAR DICELA.

Ada dua perkara yang tidak disukai iman menurut pandangan penulis. Pertama, isu aurat dan berpegangan tangan antara bukan mahram. Bertudung tapi masih berpakaian ketat atau ' tabarruj'. Sehingga perempuan juga menjadi seperti barang promosi. Kedengaran ''Yang ini nama apa?' 'kata Remaja lelaki di barisan hadapan penulis saling menyoal tentang pelakon wanita itu. Dalam dunia perfileman, adegan ini menjadi pembakar kepada sudut pandang positif yang hadir. Penulis menyeru karyawan di luar sana agar sedaya upaya menggabungkan daya kreatif dan tuntutan agama kita yang lengkap ini. Ini tidak mustahil. Dan sebagai yang mempunyai kesedaran hidup beragama, marilah kita keluar dari zon selesa, mendekati mereka.

Selain itu, satu perkataan ini agak mencemar pemikiran penulis kira, jika ia disebut kerap kali dan sewenangnya . ‘ Naik Steam’ atau ‘ naik syahwat’ yang penulis fahami, sangat busuk dibau malaikat jika ia telah menjadi ‘bahasa penyedap mulut’. Seperti 'Ate' dalam loghat Perak. Alangkah busuknya, jika seseorang itu memberitahu bahawa dirinya telah naik syahwat dengan seseorang tanpa segan silu. Di manakah malu yang sepatutnya membaluti iman?  Dalam skrip filem ini, ada ungkapan ‘ .. dengan hantu kak limah pun aku naik steam’ .

         Menyentuh  kritikan netizen akan adegan menghisap rokok pula, Mamat Khalid menerangkan bahawa ‘censorship’
( tapisan filem) yang terlalu ketat adakala bagus tetapi harus mengikut konteks . Adegan merokok tidak akan membuatkan seseorang terikut-ikut ,itu hanyalah sifat watak yang tak ditonjolkan.

KONKLUSI
Sebagai tanda kita bersyukur dengan nikmat Allah berikan iaitu tidak membuka hijab pandangan kita, agar dapat melihat makhluk ghaib yang menakutkan itu sehingga kehidupan kita menjadi kucar-kacir, marilah kita lebih' advance'dalam mengizinkan mata kita menonton sesuatu. Kita tahu ada manfaat pada sesuatu filem, tetapi kita masih belum tahu memanfaatkannya. Rugi!  Tiada manfaat yang lebih besar daripada kita mengamalkan nilai baik yang kita tontoni.

SELAMAT MENONTON YANG BAIK-BAIK DAN BERAMAL BAIK!

Rujukan:
Kompas 114: Mohd Syaari Ab Rahman
Indahnya hidup bersyariat :Ismail Kamus

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2011/10/36660/bolehkah-berkahwin-dengan-orang-bunian.html&ved=2ahUKEwjqkO6D_JPdAhWJuI8KHfECCHMQFjAOegQIBhAB&usg=AOvVaw0Rq_MwVhms88hmcrUpjl6o

http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fenomena-hantu-kak-limah-filem-simple-juga-berintelek-183572

Comments

  1. Suka sgt kak😊kupasan yg sgt menarik.

    ReplyDelete
  2. Masyaallahhh Jannah. Penulisan yang sngt mantap! Paling menarik bilamana filem seperti ini dikaitkan dgn AlQuran dan Sunnah. Alhamdulillah , tahniah Jannah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...