Pertengahan Januari
ialah kemuncak musim syita’ di Mesir dan sekitar tanah arab. Waktu ini
kebiasaannya semua penuntut ilmu khususnya di Azhar sedang bertungkus lumus
dengan imtihan faslul awwal. Di mana-mana sahaja semua kelihatan sedang
bergelut dengan nota atau buku yang mengandungi muqorror(silibus) yang perlu
dihafal lumat sebelum hari peperiksaan menjengah.
Ruangan
masjid-masjid juga sering penuh dan menjadi tempat pilihan untuk
muzakarah dan menghafal kerana bebas Wifi dan bahan
kunyahan(makanan). Masakan tidak, sausana sejuk seolah-olah berkrompomi
dengan perut agar meminta dipenuhi setiap masa.
Kata guru kami Sidna
Syaikh Fauzi Kunati hafizahullah ketika dalam darsnya di Jami’ Azhar, “Tolabul
ilmi akan bersedia memahamkan, menghafal, muzakarah sepanjang masa
sejak hari pertama dia mempelajari mana-mana kitab tetapi tolabul
imtihan akan belajar di penghujungnya, habis imtihan habislah segala
yang dihafalnya.”
Begitulah di Azhar
as-Syarif, ketulenan tentang jati diri seorang penuntut ilmu Islam sangat
dititik beratkan oleh para masyaikhnya. Kerana iman datangnya dengan ilmu. Rasulullah sallallahu alaihi wasalam
sendiri menerima wahyu pertama dengan tuntutan Iqra’. Sifir yang biasa, apabila sudah
mempunyai ilmu maka iman yang terbina akan kukuh maka seterusnya manusia hidup
penuh kesejahteraan.
Baik, terus kepada
tajuk.
Setiap daripada kita
akan melalui empat fasa dan tempoh yang paling singkat ialah fasa kedua iatu
sekarang, kehidupan dunia. Telah mendahuluinya sebelum itu fasa di alam ruh
yang kita disoal ‘alastu birabbikum?’.
Selepas dunia berbaki
lagi dua fasa. Fasa ketiga sebahagian mereka sedang menjalaninya sejak
beribu-ribu tahun, sebahagiannya baru memasukinya semalam dan tinggal kita di
sini masih menunggu giliran, iatulah alam barzakh. Kehidupan dunia walaupun
adalah yang paling pendek tetapi ia menjadi penentu nasib kepada beribu-ribu
tahun seterusnya yang tempohnya sang malaikat juga tidak mengetahui bila akan
tamat. Fasa terakhir, ialah fasa ganjaran. Ahwal kita di sana bergantung atas
apa yang sedang kita sibukkan sekarang.
Jadi teman, bagaimana
ingin menyikapi dunia dan seisinya?
Ambil sekadarnya
sahaja? Seperti yang selalu kita dengar?
Maulana Imam Duktur
Ali Jumaah, bekas mufti Mesir merangkap guru kepada sekalian guru-guru kami di
Azhar mengajarkan agar cintailah dunia! . Lakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam segenap
hal sama ada kerjaya, pelajaran, kekeluargaan apatah lagi hal ibadah. Cinta
dunia bukan bermakna memenuhi kehendak selera dan syahwat bahkan itu cinta yang
palsu dan rapuh. Kerana asas diciptakan manusia adalah kekal dan bukan fana’.
Cinta kepada kehidupan bahkan membuatkan kita menjaga adab dan budi sesama
insan, semut, pohon kurma, bahkan makhluk pejal seperti batu.
Untuk membentuk rasa
cinta seperti itu kita perlu belajar dan renungan ilmu yang dibimbing oleh
insan-insan yang ada disiplin ilmu dan amalnya. Faham agama dan cinta yang
dibawa oleh guru-guru di Azhar mirip dengan apa yang dijelaskan oleh ilmuwan
tanah air Syed Naquib al Attas. Ruku’ dan sujud kita bukan keterpaksaan tetapi
kesukarelaan yang terbentuk daripada rasa syukur dan keberhutangan kita pada
Tuhan yang Esa atas penciptaan serta kurniaan hidup dan nikmat yang maha
banyak.
![]() |
Maulana Imam Duktur Ali Jumaah hafizahullah |
TAA’YUSH
Ok mari gerakkan
sedikit kaca mata kita.
Rasulullah sallallahu
alaihi wasalam telah meneladani kita dengan satu konsep yang dinamakan
“taa’yush” atau inggerisnya coexistence yang bermaksud kewujudan bersama atau
keharmonian. Bagaimana Islam melentur(baca: berfleksibel) bersama kehidupan
yang berbeza ragam manusia dan tuntutan semangat zaman. Islam itu ada padanya
wahyu yang mutlak dan tidak berubah dan Islam padanya juga keringanan. Taa’yush
berdiri atas mawazin(pertimbangan) antara dua perkara iatu nusus(wahyu) dan
mawaqif(situasi).
Masalan seperti apa
yang pernah diceritakan Maulana Imam Ali Jumaah hafizahullah, bahawa ketika
Islam datang dengan tuntutan tauhid kepada Tuhan yang satu, Rasulullah
sallallahu alaihi wasalam masih melangkah ke hadapan Kaabah untuk solat padahal
di kiri dan kanannya berdiri al Latta dan al Uzza. Bahkan tiada arahan untuk
menghancurkan patung-patung tersebut dengan segera. Setelah hampir 20 tahun
selepas itu barulah dihancurkan apabila Islam sudah diterima ramai. Lihatlah
bagaimana nabi hidup dan bertaa’yush dengan umatnya.
Jika di Mesir iatu
sekitar Medan Tahrir terdapat puluhan patung di tiang-tiang
banggunan. Orang mempersoalkan kenapa tidak dihancurkan patung-patung tersebut?
Sidna Syaikh Ali bertanya kembali adakah patung-patung itu dijadikan sembahan?
Adakah ada upacara tertentu yang memuji dan menyucikan patung tersebut atau ia
hanya tidak lebih sekadar tinggalan jajahan Perancis dahulu kala yang semakin
meluntur warnanya setiap hari?
Sidna Syaikh
menceritakan bahawa beliau tetap menerima jemputan muktamar atau konferens
antarabangsa di hotel-hotel mewah yang terhidangnya arak dan makanan haram. Apa
yang dilakukan ialah beliau menghadiri jemputan dan melaksanakan
tanggungjawabnya membentang kertas kerja lalu pulang tanpa menjamah segala yang
diharamkan.
Beliau tidak
mengambil tindakan memboikot perjumpaan tersebut atau memprotesnya kepada pihak
penganjur. Maslahah yang lebih besar ketika itu ialah menyampaikan suara Islam
di tengah perjumpaan umat yang perlukan pandangan Islam. Haram masih haram dan
jalan kepadanya sentiasa mesti dihalang tetapi apabila bertembung dengan
tuntutan maka bertaa’yushlah !
Contoh mudah dan
lebih dekat ialah anjing.
Ya benar, telah
dirawayatkan oleh sebuah hadith yang sahih di dalam Sahih Bukhari bahawasanya
malaikat rahmat tidak masuk kerumah di mana terdapat di dalamnya anjing dan
tidak langsung mengingkari kebenaran hadith, akan tetapi semua orang di dunia
ini mengakui akan kehandalan anjing dalam khidmat menjaga keselamatan. Maka
kita tidak boleh mencemuh jika terlihat ada dalam kalangan kita yang memelihara
anjing atas dasar tujuan tersebut.
Akibat kegagalan
taa’yush boleh membawa kepada tindakan-tindakan ekstrim yang menyebabkan
timbulnya golongan-golongan mencemarkan nama Islam seperti Daesh dan
sebagainya.
Inilah cara hidup
Islam. Disiplin dengan syariat tetapi tetap meraikan keadaan umat. Sangat
banyak contoh dan mustahil untuk ditulis di sini. Cara yang terbaik adalah
dengan meluaskan bacaan pada Seerah Nabi dan pada sabiqin. Selepas banyak
mengamatinya nescaya anda akan berasa takjub dengan cara-cara mereka hidup pada
zaman mereka. Akhir kalam, baca, baca dan terus membaca. Apabila runsing
tanyalah kepada ahlinya.
Semoga kita terus
hidup dengan cara yang betul dengan rahmat Tuhan dan syafaat Nur Muhammad
sallallhu alaihi wasalam.
![]() |
Gambar terakhir hehe. Suasana dars bersama Syaikh Fauzi Kunati hafizahullah di al-Azhar. Syaikh seorang warganegara Pantai Gading sedang menyiapkan master. |
Wallahua’lam =)
Tulisan,
Afifah Ali, insan
yang mengharapkan hari-hari tuanya nanti tidak membosankan.
11 Januari 2018/ 12
Rabiul Akhir 1439H
Hayyu Sabiek,
Kaherah.
Maulana Imam Duktur Ali Jumaah hafizahullah
Ya benar, telah
dirawayatkan oleh sebuah hadith yang sahih di dalam Sahih Bukhari bahawasanya
malaikat rahmat tidak masuk kerumah di mana terdapat di dalamnya anjing dan
tidak langsung mengingkari kebenaran hadith, akan tetapi semua orang di dunia
ini mengakui akan kehandalan anjing dalam khidmat menjaga keselamatan. Maka
kita tidak boleh mencemuh jika terlihat ada dalam kalangan kita yang memelihara
anjing atas dasar tujuan tersebut.
Gambar terakhir hehe.
Sausana dars bersama Syaikh Fauzi Kunati hafizahullah di al Azhar. Syaikh
seorang warganegara Pantai Gading sedang menyiapkan master.
Comments
Post a Comment