Skip to main content

Manfaatkan kedua ibu bapamu!


"Hang tengah buat apa tu?"
 "Emm.. tak buat apa pun"

" Hang tengah buat apa tu?"
"Baca ni"

"Hang tengah buat apa tu?"
   " Baca blog ni!"


Cuba bayangkan bahawa soalan ini ditanya oleh rakan yang berada di samping pembaca sekarang. Apakah jawapan berserta nada yang bakal mengiringi setiap soalan yang berulang itu? Ada 4 jawapan MCQ ( Multiple Choice Questions) disediakan.

A. Mendiamkan diri
B. Jawab dengan nada suara yang meninggi
C. Jawab dengan mimik muka meluat
D. Jawab dengan penuh kasih sayang

     *Pesanan: Jangan lorekkan jawapan, ini bukan kertas OMR( Optical Mark Recognition):)

Mungkin iklan raya Petronas suatu ketika dahulu sedang bertamu di ingatan pembaca sekalian.
tonton iklan petronas di sini

"Abah, ni burung apa?"
"Burung murai nak.."

"Burung apa?"
"Burung murai.."

Soalan anak kecil itu dijawab dengan penuh latif oleh ayahnya tanpa jemu.

                                                        Kredit kepada I'm blogger.

Sedarkah kita bahawa ada insan di atas muka bumi ini yang Allah telah wajibkan kita untuk memuliakan mereka hatta dalam bicara? Mereka meninggikan suara kepada kita tidak mengapa tetapi apabila kita yang meninggikan suara dan berkata 'uh' kepada mereka, kita telah mengundang kemurkaan Allah Jalla wa A'la. Merekalah yang anda dapat bayangkan di skrin gajet anda sekarang. Bayangkan jika mereka yang bertanyakan kita soalan yang menjadi mukadimah coretan ini? Adakah kita mampu menjawab dengan memilih jawapan D?


 Mak Abah,
Ummi Abi,
Mama Papa,
wo de ma ma (我的妈妈) wo de ba ba (我的爸爸)  
            
 *dikreditkan kepada kawan saya, Hui Min.


Sungguh, memuliakan dan menghormati ibu bapa merupakan tanda ketinggian akhlak. Semakin berakhlak seseorang kepada ibu bapanya, semakin bertambah darjat seseorang kepada kesempurnaan akhlak dan semakin rapat kedudukannya dengan sebaik -baik teladan, Rasulullah S.A.W.

Wahai pembaca sekalian,
Telah bermain persoalan ini dalam minda daku, lantas memandu penulisan aku hari ini.
Aku tertanya-tanya betulkah cahaya cinta yang sepatutnya mengisi ruang hati ini berada pada maqamnya dan menetap di situ?

"Satu- satu saya sayang Allah, dua- dua sayang Rasullullah, tiga-tiga sayang ibu ayah, 123 sayang semuanya"    Petikan daripada nasyid kanak-kanak

Aku dapati ada kala mudah sekali aku menolong ibu bapa, menyiapkan tempat tidur mereka dengan penuh kasih, pada waktu sama, berat benar aku solat witir sebelum tidur.

Ada waktu, terutama sekali waktu aku kehilangan abang sulung yang disayangi, beberapa hari selepas pemergiannya, aku rasa berbeza sekali keadaan hati ini. Amal baik dibuat tanpa perlu mujahadah yang kuat.Terasa benar erti sebuah kehidupan. Ibadat menjadi nikmat. Hati aku telah dilunakkan dengan sebuah peringatan kematian.

Lantas, siapakah yang utama di hatiku? Mengapakah Allah mengajar kita melalui RasulNya doa agar kita mencintai Allah dan dicintaiNya? Tiada pula doa agar aku mencintai ibu bapa dan dicintai mereka. Bukankah kedua-duanya fitrah?



Ya benar, apa yang dapat aku fahami sebelum menelaah karya Imam Ghazali dan ulama lain yang berbicara tentang kesufian adalah fitrah mencintai Tuhan perlu dijaga kerana ada syaitan dan nafsu yang berusaha menyeleweng dan mencintai ibu bapa merupakan wasilah untuk mencintai Allah dan Rasul.

Berusahalah untuk memenuhi cinta kepada Allah dan Rasul di setiap ruang hati kita. Tauhid adalah benih kebaikan. Cinta dan pengorbanan ibu bapa adalah sekelumit cerminan cinta dan kasih sayang Allah dan Rasul kepada kita.

Lihatlah hikmah Allah menjadikan manusia di muka bumi tidak kesepian dan tanpa ikatan kekeluargaan. Bayangkan bahawa anda lahir seperti bayi dalam filem The Boss Baby.

                                                                    The Boss Baby
Bayi-bayi dihasilkan seperti barangan di kilang dan mampu berfikir seperti orang dewasa dengan meminum cairan formula tertentu. Sudah tentu kasih sayang dan ikatan itu tidak utuh kerana pengorbanan yang menemani sangat sedikit. Mungkin sahaja istilah keluarga itu wujud kerana perbezaan fizikal kerana masing-masing tidak mempunyai nasab. Oleh itu, istilah silaturrahim bukan untuk seluruh umat Islam tetapi untuk mereka yang mempunyai talian darah dengan diri kita.

Aku akhiri post ini dengan sedikit nukilan khas buat ibu bapaku tercinta :
Nor Haraza dan Ismail

Tujuan di Sebalik Pinjaman.

Mak Abah,
Sebelum senyumanmu itu,
Rohku telah bertemu Allah,
Di hadapanNya aku bersaksi,
"Benar, Engkau Tuhan Kami"                    
(Surah al-a'raf ayat 172)
Setelah rohku dan sebahagian darimu bersatu,
Setelah kejadian disempurnakan,
Aku dilahirkan ke dunia,
Setelah senyuman itu,
Kau didik daku mengenal dan mengingati semula,
Janji hamba dan anak seorang hamba.

Mak Abah,

Terima kasih atas didikan Islam ini,
Terima kasih kerana mengenalkanku,
Kepada segala benih kebaikan,
Tanpanya taatku padamu sia-sia,
Tanpanya cintaku padamu tidak mahal,
Terima kasih kerana menyimbah nurani tauhid,
Benih segala kebaikan.

Mak Abah,

Saat kecilku,
Raut wajahmu ku tatap,
Namun ia tenggelam,
Ingatanku belum mampan,
Rengekan dan tangisan,
Menjadi suaraku menagih kasihan,
Kau beri seluruh jiwa dan keruan,
Pengorbanan dan kasihmu menjadi cerminan,
Rahimnya Allah pada insan,
Selagi kecil tiada taklifat dan bebanan.

Mak Abah,

Jika 25 November itu menjadi saksi,
Luluhnya hati seorang ibu dan ayah,
Melihat pemergian anak yang membesar dalam dakapan,
Ketahuilah bahawa,
Rasulullah juga kehilangan,
Kehilangan anak isteri yang menjadi rantai perjuangan,
Kesemua putera pembawa berita gembira itu,
Kembali ke negeri baqa' di hadapan baginda,
Merindukan penyambung perjuangan,
Kita di akhir zaman.

Mak Abah,

Aku masih menagih didikanmu,
Usah dalam munajat cuma engkau mengadu,
Tegurlah dan nasihati aku semahu,
Usah gundah kasihku buatmu,
Jika Allah dan Rasul disebut selalu,
Jika Allah dan Rasul pencetus mahu,
Waktu senjamu tidak akan sendu.

Mak Abah,

Saat di padang mahsyar nanti,
Diriku sudah tidak mengenalimu,
Segala ikatan yang tertaut beredar,         
( Surah A'basa : ayat 34-37)
Hanya cinta kita pada Allah dan Rasul,
Bakal beredar pada paksinya,
Bakal mentautkan kembali,
Ikatan kekeluargaan kita,
Di sepatah kalimah pilihanmu untukku,
Jannah.

Mak Abah,

Andai aku pergi dulu,
Moga kau berjaya menempuhi ujian ini,
Maafkan daku atas segala kekurangan,
Anak dan harta adalah hiasan
Anak dan harta adalah pinjaman,        
( Surah Kahfi : ayat 46)
Andai pula kau pergi dulu,
Moga amal solehku menemanimu,
Amal itu menjadi harapan,
Tujuan di sebalik pinjaman,
Pertemuan yang pernah diceritakan.        ( Surah Ra'du : ayat 23 -24)

-----



Ummu Sajidah
6 Oktober 2017
Jumaat 
2:57PM



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...