"Kamu tak akan dapat (kesan)... kalau kamu tak (buat...)"
"This is so (conclusion) because that is so( premise)"
"طريقة الحنيفية هي تكوين القواعد الأصولية بناء على فروع" (ilmu usul fiqh)
Kamu tak akan dapat merasai hidangan ilmu kalau kamu tak baca sehingga tamat:)
Betapa banyak sunnah Ilahi yang boleh kita tadabbur di sekeliling kita. Antaranya, apa yang saya leraikan dari kotak pemikiran saya saat ini.
Setiap benda ada pasangan dan untuk mendapatkan sesuatu ada syaratnya.
Malangnya, kebanyakan orang tidak berusaha melunaskan tuntutan kepada sesuatu yang dikehendaki. Tidak dinafikan, tuntutan itu mestilah sesuatu yang berat dan menuntut tuntutan yang lain seperti pengorbanan dan keikhlasan .
Kata-kata hikmah Arab ini cukup menghunus hati ketika menyerang idea saya:
ترجو النجاة ولم تسلك مسالكها * إن السفينة لا تجري على يبس
Kamu hendakkan keselamatan tetapi kamu tak mengikut caranya,
Sesungguhnya kapal tak berlayar di atas daratan.
Nah, selama ini kau jadi nakhoda kehidupan yang cerdik tak? Masih berlayar atas daratan?
Ha...Orang Visual (baca: orang yang cenderung memahami dengan melihat sesuatu) jangan lama-lama bayang berada atas kapal tu! Tak bergerak pun.
Baiklah, cukuplah kita berfalsafah sedikit pagi ini.
Jom kita berfikir dengan sesuatu yang lebih tinggi dari falsafah kehidupan.
Allah swt berkata dalam awal juzuk keempat:
(لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبون)
Literally, maksudnya ialah kamu tidak akan mendapat kebaikan selagi kamu tidak mendermakan sebahagian dari apa yang kamu cintakan.
Dari segi mufradat, البر dan الخير yang bermaksud kebaikan mempunyai titik persamaan bahkan perbezaan.
البر:الخير و اتساع في الاحسان
al-birr : kebaikan dan lebih merangkumi ihsan
الخير: حسن لذاته أو لما يحققه من نفع أو سعادة
al-khair: kebaikan yang dilihat pada zatnya dan apa-apa yang mendatangkan manfaat dan kebahagiaan.
Wahai sahabat sekalian, apakah konklusinya?
Al-birr adalah lebih tinggi dari alkhair kerana ia menuntut ihsan dan keikhlasan dalam beramal.
Seperti istilah بر الوالدين , Allah swt menuntut kita menyantuni ibu bapa sebaiknya selain menghormati mereka.
Berbalik kepada ayat Quran yang menjadi fokus perbincangan, kita tak akan naik ke darjat al-Abrar atau yang melakukan al-birr (baca: kebaikan kerana tiada kosa kata yang dapat menggantikannya), selagi kita tak memberi sesuatu yang kita sukai.
Suatu hari, teman saya memberikan kupon minuman Mosha( baca: minuman yang sedap dan popular di UIA gombak) yang dia perolehi setelah membantu seorang senior sebagai research participant. Sedangkan dia tak pernah lagi beratur dan menikmati minuman itu sebelum ini.
Sahabat saya yang menerima kupon itu sangat terharu.
Begitulah yang dituntut ilahi dalam infaq. Dalam pelajaran sekalipun, kita tak cemerlang selagi tak beri apa yang ilmu tuntut kita infaqkan padanya.Dalam menegakkan Islam, kita tak akan betul-betul menjadi pembantu agama Allah swt jika tidak menginfaqkan masa kita untuk berdakwah.
Ayuhlah kita jadikan hari-hari kita adalah hari-hari yang menyaksikan amal kita kepada ilmu dan al-Quran yang dihafal.
Sesungguhnya Allah swt dengan sifat al-HadiNya telah mengajar saya melalui kematian mak saudara saya di Makkah pada 1 Disember yang lalu. Al-fatihah kepada al,-marhumah Asma binti Yahya.
Beliau tidak belajar seperti kita. Tak habis belajar sekolah rendah lagikan masuk universiti. Mengambil upah menjahit dan order barangan dari stokis. Beliau tidak berkahwin lain setelah berpisah, menghabiskan hampir 5 dekad usianya dengan keluarga kami, mengasuh anak-anak saudaranya sehingga besar. Belajar agama melalui corong-corong radio siaran Kedah fm dan televisyen setelah melaksanakan tugas memasak dan menjahit. Ini semua berdasarkan kebatasan yang ada pada beliau. Tetapi, kematian beliau adalah sebaik kematian yang pernah saya saksikan.
Ilmu beliau tidak tinggi, tetapi saya menyaksikan amal ilmunya. Natijahnya?
Allah memanggil beliau setelah menunaikan umrah wajib, , sudah meminta maaf dengan kaum kerabat sebelum dan semasa menunaikan Umrah, beliau mandi dan solat Isyak seperti biasa pada malamnya, menghembuskan nafas terakhir pada satu pertiga malam Jumaat, meninggal pada hari kelahiran Nabi saw (12 Rabiulawal mengikut pendapat yang masyhur), jenazah masih lembut setelah waktu Subuh berganti Asar berada di bilik mayat, disolatkan jutaan orang di Masjidil Haram dan dikebumikan di tanah haram, perkuburan Syarai'.
SubhanAllah... kamu tak akan dapat kebaikan dalam menuntut ilmu selagi tak beramal!
-Ummu Sajidah-
اللهم بلغت فاشهد
22/12 11.12am
Terima kasih jannah :)
ReplyDelete