Skip to main content

RINDU




Dulu semasa aku baru keluar dari Kolej Al-Quran (KQ) dan berhijrah ke alam kampus universiti awam, aku sering terkenang-kenang akan suasana di Kolej al-Quran. Senandung rindu aku nyanyikan melalui aksara-aksara digital di dinding blog aku. Kadang-kadang rindu itu membuak-buak sehingga menimbulkan rasa sayu dan hiba yang mendalam. 

Kenapa? Keserabutan menyelubungi minda dan hatiku bila dikelilingi suasana yang begitu mudah terdedah kepada maksiat dan mencabar prinsip hidupku di alam kampus. Cahaya mulai kelam dan gelap menyelubungi. Lama-kelamaan aku mulai tertekan dalam menentukan batas diri. Aku terperangkap dalam jaring keraguan. Segala kenangan damai dan manis yang lalu juga sering datang ke mindaku, menambahkan rasa terkilan dan rindu yang menghiris. Lalu, aku membuat  kesimpulan bahawa; Terlalu berpaut pada kenangan tidak akan membuahkan faedah melainkan ia menjadi pendorong untuk membuat perubahan hari ini. 

Kemudian, aku memutuskan untuk tidak lagi bersedih dalam kenangan dan bangkit mencari cara untuk mengubati kerinduan. Apabila aku mulai mencari kembali suasana yang damai, perlahan-lahan rindu itu mulai terubat. 

Ketika aku duduk bersila di atas karpet merah gelap masjid dan bertemankan al-Quranku yang berwarna kuning, aku menemui cebisan refleksi kenangan lalu. Telinga aku juga menangkap bunyi dengungan orang mengaji bak dengungan sekawan lebah dalam masjid yang riuh. Namun, bila masjid mulai lengang, beberapa suara yang masih gagah mengalunkan ayat al-Quran bergema-gema lembut di ruang masjid.  Dulu di KQ, aku juga dalam posisi begini; bersila menghadap rehal kayu dan mengaji sehingga kering tekakku. Cuma kini, kekerapannya berbeza. 

Beberapa hari selepas itu, aku ternampak pula seorang pelajar perempuan mengaji di tempat duduk di kawasan gelanggang permainan blok asrama. Ada al-Quran kecil di tangannya dan botol air besar di sampingnya. Jarang benar aku melihat pemandangan begini di kampus. Kalau di KQ dulu, pemandangan begini sering kali dapat dilihat. Pagi-pagi lagi, sudah ada beberapa orang yang mundar-mandir sambil mengulang ayat al-Quran di gelanggang, atau bersila di kaki lima atau duduk di wakaf.  Ada yang masih bertelekung putih, ada yang sudah lengkap berjubah uniform masing-masing. 

Baru-baru ini juga, angin di kampus bertiup kuat dari kebiasaannya. Lembut benar mengelus pipiku dan membawa pergi segala kekusutan bersamanya. Padahal kebiasaannya hanya cahaya matahari terik yang menyimbahi bumi kampus dan tiada angin yang bertiup. Malah, jika cuaca terlalu panas, aku sanggup menggunakan payung untuk ke sana ke mari. Dulu di KQ, ada suatu musim yang angin bertiup garang sekali sehingga terasa seperti boleh diterbangkan. Tudung besarku pasti terkibar-kibar dek angin itu. Namun begitu, bunyi bisikan dan kadang-kadang siulan angin itu sebenarnya mendamaikan. Mengapa? Sebab ia muzik asli ciptaan Tuhan. 

Sedikit demi sedikit, aku mulai nampak cebisan daripada memori dulu dalam kehidupanku hari ini. Walau cebisan memori itu tidak persis seperti di KQ dulu, memadai buat aku. Aku mulai sedar bahawa rinduku yang paling mendalam bukanlah kepada kenangan fizikal di KQ, namun kepada hatiku yang dulu. Damai dan tenang.
 
Selamat mencari kedamaian, wahai diri. Walau kau pernah kehilangannya dulu, tak pernah terlambat untuk kau mencarinya lagi. InsyaAllah kau akan menemuinya dalam hati-hati orang yang ikhlas ingin kembali kepada Allah. Teruskan pencarianmu dan jangan pernah putus asa.  
 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...