05.03.17
Begitu pantas sekali masa itu berlalu. Masih terbayang adegan si anak kecil berhingusan itu berlari-lari mengejar kawan sepermainannya.
"Jangan lah laju sangat!!! Alaa.. sampai hati tinggal aku.."
"Lambat.. lambat..wuuuu"
Rindu. Rindu untuk menjadi kanak-kanak itu kembali. Riang. Ceria. Tanpa masalah. ada pun masalah, masalah yang tidur lepas tu bangun terus lupa.
Kini, si anak kecil itu membesar menjadi seorang gadis, yang sederhana perwatakannya. Ramai yang menafsir pribadinya. Biarpun, dirinya lebih mengetahui.
#Sambungan ...
Seperti biasa, bangunan itu menjadi rumah ketiganya selepas bangunan jauh yang terletak di hujung dunia itu dan juga masjid yang menjadi tempat bertemunya mereka yang beriman. Mereka(bangunan) adalah saksi si gadis itu meluahkan segala rasa dan penat lelahnya seakan akan bangunan bisu itu memahami isi hatinya.
Kaki menyusun langkah dengan pantas dan penuh cermat, berjalan menuju bangunan itu lagi.
Tiba di sana, matanya meliar-liar mencari sesuatu. Meja. Ya meja untuk dia manfaatkan. Terus dia mencari bahan-bahan untuk tugasannya. Seusai itu, dilabuhkan punggung ke kerusi coklat itu dan tangan itu membelek satu persatu buku yang diambil. Tebal, sederhana tebal, dan nipis.
"Fuhh.. perlukan banyak pembacaan kalau nak sempurnakan tugasan ni.."
Ngomel dia sendirian.
Buku sederhana tebal yang bertajuk "Menata Keluarga Harmonis" itu dibuka. Satu persatu diteliti.
Menarik. Kupasan yang senang difahami. Khusyuk matanya melihat tulisan-tulisan Dr Muhammad Syafie Antonio dan teamnya sehinggakan tidak berganjak sedikit pun.
Kemudian, satu persatu kisah Lelaki Terpuji itu dibaca. Kagum.
"Masha Allah..subhanallah" , hatinya berbisik.
Benarlah insan yang diagungkan oleh Allah ini selayaknya kita jadikan teladan dalam hidup. Dalam semua perkara, disentuh dalam Islam.
Tanpa sedar, terasa air hangat mengalir di wajah molosnya. Tanpa sempat diseka, mata jernih itu sudahpun dilinangi dengan air mata kerinduan. Terasa dekat sekali dengan Rasulullah. Seolah dia sedang membayangkan detik-detik dalam buku itu berlaku di hadapannya.
Syahdu sungguh. Tatkala menghayati segala yang dilalui Sang Kekasih Allah, si penghuni syurga, yang telah bersusah payah, yang telah sakit, yang telah derita, yang telah sengsara semata-mata untuk membawa Islam kepada seluruh manusia. Membawa mukmin untuk merasa iman kepada Allah dan juga Rasul. Membawa rasa untuk mencintai ilmu. Dan membawa rasa untuk menulis perihal ini.
Ya Allah, bantu kami untuk menjadi umat Nabi Muhammad yang terbaik.. Sering kali kami kata kami rindu, tapi hati, anggota kami tidak membuktikannya.
Ya Allah, saksikanlah kami sedang berusaha untuk mengikuti Nabi dalam segenap perkara.
Ya Allah, syafaatkan kami dengan syafaat Nabi kerana kami belum tentu lagi terjamin tempat di syurga dengan amalan-amalan kami yang sedikit ini. Amin ya rabb.

Comments
Post a Comment