![]() |
credits to its owner |
"Ah! Penatnya jalan," tubuh Ainin dihempaskan ke katil.
"Isya' masuk pukul berapa? "
"Entah la, kene rajin tengok i-solat,” balas Akillah.
*Perancis*
Ya. 3 hari berada di bumi Eiffel Tower ini, tiada kedengaran walau satu azan
berkumandang. Tubuh-tubuh yang penat tadi merehatkan diri sementara menunggu
waktu isya'.
"Kita kena cari masjid yang dekat dengan kita, solat jamak zohor asar
sekali jamak maghrib isya, nanti senang sikit jalan-jalan kalau dah jamak
takdim," ujar Ainin.
"Masjid paling dekat 2 km, 35 minit berjalan kaki," kata Akillah sambil
melihat Maps di dalam telefon pintarnya.
"Dalam ni kata 'Your location is on your right', tapi kenapa tak nampak
pun masjid? " kata Akillah sambil menoleh ke sekeliling untuk mencari masjid.
Siapa sangka, masjid yang sungguh bersih ini, dan layanan peramah penghuninya terselindung di sebalik bangunan-bangunan tinggi dan hanya lorong kecil tersedia untuk memasuki pintu utama masjid. Indah, bersih, teratur. Itu ungkapan pertama aku apabila melangkah masuk ke dalam masjid itu. Ruangan atas untuk perempuan, ruangan bawah untuk lelaki. 30 minit lagi masuk waktu maghrib, tetapi jemaah lelaki sudah pun memenuhi ruang bawah. Ada yang membaca quran, ada yang berzikir dan ada yang merintih.
Siapa sangka, masjid yang sungguh bersih ini, dan layanan peramah penghuninya terselindung di sebalik bangunan-bangunan tinggi dan hanya lorong kecil tersedia untuk memasuki pintu utama masjid. Indah, bersih, teratur. Itu ungkapan pertama aku apabila melangkah masuk ke dalam masjid itu. Ruangan atas untuk perempuan, ruangan bawah untuk lelaki. 30 minit lagi masuk waktu maghrib, tetapi jemaah lelaki sudah pun memenuhi ruang bawah. Ada yang membaca quran, ada yang berzikir dan ada yang merintih.
--------------------------------
*Switzerland*
"Ishh, dia kata you have arrived, mana masjid nya," keluh Ainin.
*Switzerland*
"Ishh, dia kata you have arrived, mana masjid nya," keluh Ainin.
Masjid yang dicari ialah surau Pusat Kebajikan Orang Islam Luzern. Tempat
orang Islam di Luzern berkumpul, belajar dan ada segelintir yang tinggal di situ.
Kami berkenalan dengan isteri Imam dan menyertai
kelas mengajinya. Ada yang sudah berumur tapi masih gigih belajar mengaji. Biarpun
bacaannya seperti budak baru kenal huruf tetapi masih punya usaha untuk belajar
al-Quran.
Kami diraikan dalam suasana sederhana. Mereka
dengan relanya menyajikan kami makanan milik mereka dan membenarkan kami
menggunakan dapur mereka untuk masak.
--------------------------------
*Amsterdam*
"Mana masjidnya, tak ada pun," Ainin mengeluh setelah berjalan sejauh 1.5km.
*Amsterdam*
"Mana masjidnya, tak ada pun," Ainin mengeluh setelah berjalan sejauh 1.5km.
Masjid Fatih, Amsterdam. Rupa luarannya tidak
seperti masjid, ukiran dalaman juga bukan seperti masjid, kerana dahulunya masjid ini ialah gereja agung rakyat disini,
sehingga menjadi mercu tanda daerah. Kagum. Tiada ungkapan boleh dikatakan.
Islam berjaya menjadikan gereja agung kepada masjid. Dewan utama gereja dijadikan
ruang solat lelaki, platform utama paderi dijadikan ruang solat wanita, dan
bilik-bilik di situ dijadikan kelas-kelas mengaji.
--------------------------------
Eropah sesungguhnya memukau mata yang memandang,
panorama indahnya seperti di alam khayalan. Sesiapa yang mempunyai masalah
pasti akan terlerai, sudah tentu menenangkan jiwa dan minda. Kemajuan Eropah
sekarang adalah kerana mereka telah merasai pahitnya zaman kegelapan Eropah dahulu.
Sejarahnya cukup panjang dan kini sudah menjadi silibus dalam subjek Sejarah.
Walaupun begitu, tidak mudah menjadi orang Islam di
benua Eropah. Masih ada dalam kalangan penduduk Eropah yang mengalami
Islamophobia. Pernah kami dijeling oleh orang disana, ada juga yang memandang
kami dengan sinis. Tidak semua tetapi segelintir daripada mereka. Setiap kali
kami mengajukan soalan kepada penduduk Islam sana ' Is it hard to live here?”. Jawapannya
seperti sudah ada dalam skema, 'Really hard'.
Mencari makanan halal juga susah. Azan yang
berkumandang di masjid tidak kedengaran jika di luar, hanya boleh didengari bila
berada di dalam masjid. Masjid atau surau juga terletak di dalam bangunan,
lorong-lorong kecil atau bukan bangunan masjid.
Tetapi mereka masih istiqamah menjalani kewajipan
sebagai seorang Muslim. Mereka masih solat berjemaah di masjid termasuk kaum
wanita. Mereka akan mengadakan kelas mengaji selepas maghrib dan sedikit
tazkirah selepas Isya. Walaupun penduduk negara mereka malah pemimpin sendiri
masih ada yang tidak menerima Islam, mereka tetap menongkah arus itu dengan
iman.
Jika dibandingkan di Mesir, masjid itu boleh
dicari di mana-mana. Setiap langkah kaki menapak, pasti menjumpai masjid.
Tetapi, di sini, masjid jauh dari tempat tumpuan, jauh di pedalaman.
Dalam media dunia sekarang, Islam dipandang
daripada sisi yang negatif. Islam itu teroris, Islam itu tidak benar, Islam itu
sempit. Belum lagi cerita orang Islam sendiri menjadi masalah kepada agamanya
sendiri. Jika dilihat, masih banyak lagi perkara luaran yang aku dan kau perlu
perbaiki dan ubah. Tetapi…
"Tegakkan lah Islam di dalam dirimu, necaya, tertegak Islam didunia."
Perubahan perlu mula dari
dalam. Sedarlah kalian, dunia sudah di penghujung, apakah sumbangan kita kepada
Islam? Apakah usaha kita mengajak manusia kepada Islam? Membaca-membaca juga, tapi
berjalan melihat dunia dan bekerja untuk Islam pun perlu juga.
Catatan oleh :
Gadis Pengembara,
25 Mac 2017.
*Auni bukan penulis post ini. Tolong postkan je ;)
Catatan oleh :
Gadis Pengembara,
25 Mac 2017.
*Auni bukan penulis post ini. Tolong postkan je ;)
Comments
Post a Comment