Skip to main content

Aku dan Malam

Ada apa pada malam hari?
Masihkah ada beza pada malam dan siangku?
Sebagaimana matahari dan bulan  saling melengkapi?
Sebagaimana siang dan malam saling melengkapi?
Mampukah malamku merawat lelah dan lukaku pada siangnya?

Aku rindu malam-malam itu,
Malam di mana hatiku hidup dan diterangi,
Meluah rasa dan puas mengadu,
Memohon petunjuk dan yakin Dia sentiasa
memandu,
Ketika kuat diuji atau hari-hari sunyi,
Aku mahu setia padamu!

Tapi ada bisikan menerjah,
Bagaimana kamu menagih kasih pada yang ghaib?
Ibarat melepas rindu pada seorang yang terhijab!
Manakah rupanya yang sentiasa kamu idamkan?,
Api rindumu tak akan terpadam!

Aqal dan naqal sudah berbicara,
Tidak mengapa walaupun kekasihnya itu di balik tabir,
Sementara hatinya merasa puas dengan menyebut-nyebut,
dengan tidak mengharapkan selainNya,
dengan menzahirkan cintanya,
sehingga perkara itu menjadi sebati dengan dirinya,

Tidakkah penat si kekasih menunggu jawapan?
Betapa tidak! 
Hati yang bermunajat itu merasa tindak balas dalam sanubarinya.
Merungut dan melenting saat diuji?
Jarang sekali.

Siangku,
Aku bergaul dengan kerabat dan taulan , 
Aku berbual aku bercanda,
Aku belajar ,aku bekerja,
Pendek kata, pembakaran kalori begitu aktif saat itu,
Matahari juga aktif membakar hidrogen saat itu,
Mampukah tenaga yang aku hasilkan memberi impak baik?
Sebagaimana matahari membantu fotosintesis.

Malamku, 
Era universiti bukan penghalang,
Untuk aku menjadikannya waktu rehat dan refleksi,
Apabila baik malamku, baiklah siangku.



  Wahai pembaca sekalian,

Jangan pernah lelah menongkah lentingan dan omelan dari hati. Kekadang hati melenting,

"Kenapa jalan ini terlalu sukar dan dpenuhi ranjau? Bukankah niat dan azamnya hanya untuk Allah?

  Semua yang aku buat tidak menjadi? Sampai bila aku perlu bergantung pada orang lain?"

Ya. Syurga itu mahal. Tetapi tahukah kita? jalan yang lebih ranjau dan mungkin serupa telah dilalui dengan penuh tenang dan cemerlang oleh mereka yang datang sebelum kita. Bahkan mereka berjaya mengeluarkan potensi diri yang besar atas segala constraints. Inilah rahsia mereka ,

Allah berkata dalam Surah Dzariyat:
(17). كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ
Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam;


(18). وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah).
  


Saya lewat dalam mengenal nikmat qiyamulail ini. Masih segar dalam ingatan, minggu itu Allah masukkan cinta dalam hati saya pada qiyamulail ini.Ketika itu saya baru menjejak ke alam sekolah menengah. Saya hendak sangat solat malam. Sehinggakan pada hari yang saya telah niatkan untuk bangun malam sebelum melelapkan mata,terbangunnya saya dari tidur, saya menangis kerana menyedari waktu sudah tidak mengizinkan.

Saya rindu hati itu. 

Kenangan kedua, saya sudah mampu melepasi tahap mujahadah "dari katil". Setibanya saya di pintu hadapan asrama ,saya dapati pintu itu masih dipintal dengan besi. Saya sudah bersiap hendak ke surau yang terletak berdekatan asrama puteri. Ditambah suasana hening awal 5.30 pagi itu, hati saya sudah mula hendak menangis. Tiba-tiba pengetua sekolah, Ustaz Ya datang membawa kejutan.

" ha, yang lain belum bangun?," 
sambil merungkaikan rantai besi di pagar asrama.

Rupanya , tiada mangga berkunci pun di situ, hanya rantai besi yang dipintal! Diri ini sudah rasa teruji dan tertipu!

Perkara kedua, saya terkecuali tatkala satu asrama puteri ( aspuri) kecoh sebab ustaz naik asrama dan kejutkan pelajar guna hangar.

Kenangan ketiga, malam itu telinga saya menangkap kata-kata Ustaz Hassan, tenaga pengajar di Darul Muallij seperti biasa. 

"Pukul berapa pun kita bangun, solat dua rakaat"

Saya ingatkan itu kalam biasa , rupanya ada spell
Keesokannya, apabila saya terkejut jaga dari tidur, saya teringat akan kata-kata ustaz dan diberi kekuatan untuk melaksanakannya.

Wahai sahabat sekalian,

Tidak kisah apapun pengalaman kita dan Qiyamulail ini, ramai dari kalangan salaf atau orang soleh yang datang sebelum kita telah menjadikannya amalan dan mereka meraih kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Selain itu, consistency itulah yang akan memproduksikan kenangan terindah.


Berkata Ali Bin Bakr :
Selama 40 Tahun tak pernah ada sesuatu yang menyedihkan aku selain daripada terbitnya fajar

Kata hikmah yang lain berbunyi:

" Kelazatan bermunajat itu bukanlah berasal dari dunia, tetapi berasal dari syurga yang dirasakan Allah kepada para walinya"





_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Konklusinya, saya simpulkan bahawa:

1- Allahlah yang memegang hati kita, tempat iman bertakhta. Telinga yang sama saya miliki tatkala mendengar nasihat, ada kala saya mampu mempratikkannya, adakala tidak.Mohonlah taufiqNya dan berusaha meningkatkan iman agar ia berfungsi sebaiknya.

Allah berkata: وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
 Ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya 

2- Para sahabat dan salafussoleh ( orang soleh yang datang sebelum kita) pada hemat saya, telah melepasi tahap heart purification. Maka mereka mampu mengeluarkan potensi diri yang hebat dan menjadi suri teladan untuk generasi seterusnya.Zaman ini, saya sebagai contoh masih dalam proses pembinaan modal insan dan memerlukan tempoh yang agak lama untuk dibentuk disebabkan faktor zaman bahkan faktor yang datang dari diri saya.

Wallahua'lam

Sumber rujukan: Buku keluaran UTM bertajuk: Pembangunan modal insan menurut perspektif al-Quran .


-ummu sajidah-
5:44PM



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...