Skip to main content

RUDY HABIBIE : AIR MATA SANG MATA AIR



“Didiklah anakmu dengan sungguh-sungguh, karena ia akan hidup di sebuah masa selain zamanmu,”
( Ali bin Abi Thalib )


Kalau diikutkan filem Rudy Habibie ini dari tahun lepas sudah didorong dan dipromosi untuk menonton filem ini tapi masih tak kesampaian. Sampaikan saya ingat akhir semester pendek, ada yang menyempat berjenaka buat parodi gambar Rudy Habibie di kelas. Tapi waktu itu tiada apa yang saya tahu melainkan hanya nama sang “pria mahasiswa”. Ada juga rancang untuk ditonton secara jamaei bersama sahabat-sahabat lain, namun Rudy Habibi tidak menjadi pilihan di saat akhir atas faktor-faktor tertentu ( ada permintaan filem lain iaitu Sang Murabbi). Akhirnya, saya memilih masa yang tepat untuk meneroka filem berlatarkan “bahtera sang mahasiswa” ini secara fardhi. Hari itu aadalah hari jumaat penghulu segala hari dan petang itu sungguh mendamaikan.


Adapun filem ini dikreditkan langsung kepada Bekas Tokoh Presiden Indonesia yang ketiga iaitu Pak Bacharuddin Jusuf Habibie dan ternyata ianya cerita benar yang dilakonkan semula di atas pementasan karya agung. Sejak dari awal penceritaan, mata saya menalar terus plot-plot filem ini, dan ternyata berjaya menggamit hati, terutama ketika pesawat-pesawat Jerman yang berlegar-legar di medan kediaman Rudy dan keluarga tercintanya. Sungguh epik!

Apa yang boleh saya katakana, karakter Rudy Habibie secara am hampir komprehensif , hampir lengkap “pakejnya” dan secara keseluruhan Rudy megukir tiga peribahasa indah ini,

-       Bagaimana acuan begitulah kuihnya
-       Laksana siang di saat siang, bagaikan rahib saat malam
-       Jinak-jinak merpati, sudah dekat terbanglah dia.



1)      Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Jadilah seperti mata air. Jika air yang keluar dari sana jernih, maka semuanya akan ikut jernih. Jika yang keluar dari sana kotor, maka semuanya jadi kotor.
-Ayah Habibie-

Begitulah Sang Rudy. Di usia setahun jagung sudah mula memahami kehidupan bahkan tarbiyyah dari ayahnya sungguh terkesan pada akhlaknya. Diulangnya untuk Rudy menjadi mata air kerana  mata air itu jernih persis manusia yang beri manfaat pada orang lain. Bahkan, pada saat ayahnya menoleh ke belakang sebelum mulai solat, tatapan matanya makin dalam  dalam memberi tanda perpisahan. Belum sempat menyempurnakan solat, sujud itu sudahpun menjadi sujud terakhir buat ayahnya. Walaupun hiba menyelebungi Rudy dan adik-adiknya, dia langsung menggantikan posisi imam dan menyempurnakan solat tersebut. Kata ibunya, Siti : “Aku tahu nak kalau kamu itu memiliki hati yang kuat. Kamulah orang yang menggantikan ayahmu menjadi imam ketika tahu bahwa dia meninggal.”. Ayah Habibi ternyata berhasil menyebatikan hasil gaulan acuannya menjadi kuih yang enak persis Rudy !


2)      Laksana Singa saat Siang dan Rahib saat Malam

Setelah meningkat usia belia,  Rudy mendapat asas pendidikan di sebuah Universiti di Bandung. Kemudian beliau menyambung pengajian di RWTH Aachen University, Jerman, di dalam bidang kejuruteraan kapal terbang. Beliau ditampilkan sebagai seorang pelajar yang amat pintar dan tangkas , melompat kelas beberapa kali. Jika kalian perhatikan, tatkala dia berada di medan berjuang menegakkan hak, suaranya lantang malah tidak takut apa kata orang. Jika ditasybihkan dalam bahasa Arab , ayat mudahnya “  رودي كالأسد في الشجاعة”. Rudy itu seperi singa dalam keberanian ! Masih ingat senario senior-senior jahatnya menyuruh Rudy memesan makanan yang rumit menunya? Nah, ternyata dengan ukiran dibibir, pesanan-pesanan tersebut tiada satu pun yang salah, malah sempurna siap dihidangkan bahkan  Rudy juga ditawarkan makanan percuma tiga hari berturut-turut.

Ayu, sang Puteri Solo mengajak Rudy secara personal untuk beliau menyertai Persatuan Perhimpunan Pelajar (P.P.I). Waktu itu, beliau sibuk menyiapkan tugasan binaan kapal terbangnnya sehingga Rudy bertanya, “adakah dengan aku menyertai PPI,dapat menyelesaikan masalah ini?”. Tapi akhirnya dia sedar bahawa persatuan salah satu platformyang baik untuk menyebarkan cita-cita dan mengumpul tenaga. Akhirnya dia sendiri bersetuju untuk terlibat langsung dalam P.P.I bahkan dilantik sebagai Presiden. Otaknya Rudy itu sungguh terkehadapan, sehinggakan pada awal pertemuan sudah dibentangkan misi masa depan Indonesia ( khusus bahagian aeroangkasa) tapi lumrah perjuangan, dia diherdik dan diremeh-remehkan oleh sahabat perjuangannya sekali. Dia tidak peduli tapi tetap jitu dengan cita-cita besarnya itu demi negara tercinta.

Semegah-megah sifat pejuang dalam diri Rudy, air matanya turut jatuh ke tanah Jerman itu. Air mata pertama, apabila dia dapat tahu wang kiriman ibunya tidak berjaya sampai. Menanggung hiba kerana perlu mencari sumber untuk makan minumnya sendiri, tambahan ibunya dirumah perlu berjimat cermat. Air mata kedua, apabila namanya tidak tersenarai dalam calon yang lepas ujian. Dia merasakan sudah gagal dan tidak bermanfaat. ( padahal terlepas pandang bahawa dia calon kedua terbaik, dan namanya berada paling atas). Air mata terus lagi mengalir apabila Seminar Pembangunan ditentang oleh pihak kerajaan dan pihak Jerman menganggapnya ancaman pada negara tersebut. Setiap kali air mata itu mengalir, bukanlah  manusia yang menjadi sandaran utamanya  tetapi Allah yang Maha Mendengar ( setiap kali dalam sujud dan doanya. ). Setiap kali susah, terus mencari Tuhan untuk mohon kekuatan. Adapun paling tidak mengadu dan meminta restu dari bondanya. Walaupun Rudy sering sebut dia ingin menjadi mata air, ingin menjadi mata air, seolah-olah dia masih gagal, padahal dia sedang menjadi mata air yang hebat pada sekeliling. Inilah dikatakan “Hablu Minallah Wa Hablu Minannas”.


3)      Jinak-jinak merpati, sudah dekat terbanglah dia.

        Walupun Rudy itu penuh dengan aura perjuangan, namun hatinya tetap halus.Dia juga punya
perasaan cinta. Seorang gadis Poland bernama Ilona telah menjadi gadis yang menambat hati
Rudy buat seketika waktu. Adapun Ilona menjadi obsess terhadap Indonesia, dia boleh
berbahasa Indonesia, tahu tentang hal ehwal Indonesia sehingga boleh menjadi teman rapat
Rudy yang pintar. Namun demikian, walaupun tampak kuat penangan kisah dua hati ini, tidak
semestinya berkakhir dengan ikatan yang suci.

 Ilona berkata :-

“Tak perlu minta maaf, Rudy”
“ Saya sudah melihat kesemuanya”
“ Faktanya, kamu mencintai Indonesia”
“Masalahnya kamu mencintai Indonesia”
“ Solusinya…

Rudy mencelah “ Saya Mencintai Indonesia” Saya Percaya Indonesia
Dan dari kamu saya banyak belajar bagaimana kamu mencintai saya. Ya.”

Ilona lantas membalas :
“ Tidak. Pada akhirnya, cinta saya tidak utuh untuk kamu Rudy”.
“ Cinta saya tidak akan pernah sebesar cinta kamu untuk Indonesia”

Rudy itu seperti merpati, hatinya jinak dan penuh dengan cinta. Namun secantik mana pun gadis di depannya, dia akan tetap terus terbang membawa diri untuk realisasikan cita-cita besarnya. Kerana pada hakikatnya dia tahu apa yang dia perlu lakukan, dan dia tahu apa yang orang lain perlu dari dirinya. Kita juga akur  kesungguhan menggapai harapan menuntut yang namanya pengorbanan. Rudy memang kelihatan akrab bersama Ilona, namun makin akrab hubungan itu bukan mengajarnya untuk bersama, namun belajar untuk terbang membawa erti kebebesan negaranya bersama integriti. Moga-moga masih wujud rijal seperti Rudy!

Hakikatnya saya bukan sempurna untuk olah semua ini. Malah sekali tidak. Namun setiap kali saya ulang menulis coretan imbasan Rudy ini, saya pasti teringat pada sahabat-sahabat saya yang menjadi mata air pada mata saya. Saya mahu kredit titipan coretan ini buat sahabat-sahabat tercinta kerana mereka sering jadi mata air dalam hidup saya. Saya berdoa moga kalian dan saya dapat  terus menjadi ummah yang bermanfaat pada agama dan negara!


Demikianlah Air Mata Sang Hamba menjadi Mata Air Permata Ummah!


Izzatti Izudin
5.34 pm
Al-Kajangi Al-Khususi








  

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...