Skip to main content

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK : HAYATI DAN PELERAIAN YANG MENGHIDUPKAN


"Berbahagialah siapa yang selalu ingat hari akhir, beramaluntuk menghadap hari perhitungan  dan merasa puas dengan ala kadarnya. Sementara ia ridha sepenuhnya dengan pemberian Allah."
(Saidina Ali R.A)

{ VERSI YANG PANJANG, MOGA SETIA MEMBACA SETIAP BAIT AYAT}

   Untuk tulisan kali ini saya akan buat sedikit imbasan kembali tentang sebuah filem yang sudah ditayangkan satu dua tahun lepas iaitu Tenggelamnya Kapal Vanderwick. Benar, agak lewat sebenarnya untuk mengulas tentang penceritaan agung filem ini kerana tidak lagi menjadi trend terhangat, namun saya rasa tidak ada masalah untuk kita ikuti kembali hikmah disebalik kisah percintaan pertengahan jalan antara Zainuddin dan Hayati ini. Sudah lama saya simpan olahan cerita ini cuma tidak diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Terima kasih kepada page Iqra IIUM kerana berkongsi video pendek TKV ini dan akhirnya menginspirasikan untuk saya menulis semula.

   Sebenarnya saya tidak berniat untuk semata-mata membuat review ibrah tetapi saya cuba untuk menggunakan idea yang terlintas di minda untuk merealisasikan ibrah yang saya mahu capai dalam filem ini. Untuk kali ini saya akur, plot twist saya kali ini majoritinya meperlihatkan liku-liku percintaan itu sendiri berakir. Namun bukan berkonsepkan membabi buta, tetapi percintaan yang menghidupkan dan rasional.

   Jika kita lihat, spotlight filem agung karya Buya Hamka ini lebih mendominasikan watak Zainuddin yakni dia seorang pria bukan bangsawan bangkit daripada kesakitan yang amat dalam akibat tertolak cinta tulusnya buat Hayati. Adapun kebangkitannya luar biasa kerana bisa membangun semula medan ilmu dengan karya-karya agungnya untuk membuka minda masyarakat di sekitarnya. Walaubagaimanapun, aku tidak mahu gembar-gemburkan watak yang namanya Zainuddin kerana yang harus diketengahkan ialah Hayati. Saya ulang, Hayati.

   Kerana apa ? Kerana di seluruh penceritaan TKV, Hayati tidak merasa kebahagiaan yang hakiki dalam hidupnya malah watak ini saya kira banyak ditunding khilaf dan berdosa kerana menyakiti sang pria yang tulus jiwanya. Malah ya, Hayati dikatakan lebih memilih pria yang kaya raya bernama Aziz untuk hidup yang selesa,dan bebas dari kesusahan.

   Oleh itu, saya merasakan adalah lebih baik, pembantu Zainuddin yang bernama Bang Muluk yang sentiasa berada di sisinya untuk kelangsungkan hasil-hasil karyanya sepatutnya ditukar dengan watak seorang wanita. Saya gantikan watak Bang Muluk dengan Saadah. Ini semata-mata demi merealisasikan bakti Hayati.

   Adapun ceritanya perlu disambung iaitu selepas Zainuddin kembali bangkit dari kemurungan melampaunya, dia bersedia untuk membina dirinya sebagai penulis terkenal dan berhasrat untuk memiliki seorang pembantu yang setia untuk terus menasihati usaha-usaha kerjayanya. Setelah meneliti semua calon, Saadah telah berjaya memenangi hati Zainuddin untuk berkhidmat bersamanya. Karakter yang dimiliki oleh Saadah adalah bertanggungjawab, teliti dengan kerja serta patuh dengan segala arahan majikannya itu.

    Seperti yang kita maklum, adapun setelah beberapa tahun menikah, Aziz dan Hayati akhirnya dilanda kesempitan hidup akibat hutang yang menggunung. Puncanya dari keculasan Aziz sendiri yang sebelumnya sambil lewa dalam kerja dan terus-menerus berjudi. Aziz mengambil keputusan untuk membawa isterinya Hayati ke rumah Zainuddin ( tapi dikenali sebagai Mas Sobir, dan dia tidak tahu itu Zainduddin) untuk meminta izin memberi tumpang menetap, sementara dia mencari kerjaan lain diluar kota. Awalnya Zainuddin agak keberatan kerana sisa-sisa kebencian masih ada, tapi akhirnya dia bersetuju. Namun layanannya terhadap Hayati tidak lebih dari seorang tetamu biasa. Bukan dimulai kembali sebagai kekasih.

   Maka di sinilah misi Hayati bermula. Sepanjang di rumah besar Zainuddin, Hayati banyak meluang waktu bersama bibik-bibik dan tidak ketinggalan bersama pembantu setia Zainuddin iaitu Saadah. Adapun Saadah memberitahu Hayati bahawa Zainuddin tidak pernah mengizinkan dia atau siapa pun masuk ke kantor ( pejabat) peribadinya. Tapi suatu hari, kerana inkuri Saadah yang tinggi, dia langsung lihat sebuah potret besar wanita cantik di kantor tersebut ( tanpa pengetahuan Zainuddin), dan ternyata perawan itu Hayati. Dan saat Hayati mulai melangkah masuk ke rumah itu, Saadah dilanda resah dijiwanya. Kerana apa? Asbab yang jelas dia sudah mulai menaruh harapan pada Zainuddin. Dan Saadah takut jika hati mereka mula bertaut lantas dia merasa rendah diri kerana dia hanya pekerja dan hanya orang kampung.

   Secara senyap-senyap, Saadah bertindak untuk keluar dari rumah dengan menulis surat ( tanpa bertemu langsung Zainuddin) untuk berhenti kerja kerana ingin berkhidmat di kampung halamannya. Saadah merasakan dia perlu mulakan hidup baru kerana harapannya sudah menjadi sia-sia. Tambahan, dia seolah yakin bahawa Zainuddin dan Hayati bakal disatukan kembali. Walaupun begitu, Hayati tahu isi hati Saadah dan dia berasa bersalah atas semua ini. Malah Hayati menemukan sepucuk surat panjang tentang isi hati terbuku Saadah terhadap Zainuddin. Hayati mulai bangkit. Dia terus meyakini hatinya bahawa Aziz tetap sang suami yang perlu dia sayang dan setiap sampai bila-bila. Hayati bertekad untuk menjadi pencetus kebahagiaan buat Zainuddin dan Saadah. Saya ulang, Hayati benar-benar tekad!

   Hayati memberitahu Zainuddin bahawa Saadah sudah membawa diri ( dan menyerahkan surah letak jawatan tersebut). Riak wajah Zainuddin lantas berubah, dia langsung memarahi Hayati kerana beranggapan bahawa Hayati sudah menyakiti Saadah. Zainuddin menganggap mungkin Hayati tidak senang dengan kehadiran Saadah, kerana bekerja dengannya serta berbuat sesuatu di luar jangkaannya. Hayati tetap tabah dan sabar, dia berusaha menerangkan bahawa dia sendiri tidak tahu punca yang sebenarnya dan dia malah berjanji dengan Zainuddin untuk membawa Saadah pulang. Zainuddin berdiam diri, malah dia menuntut janji itu dengan tegas.

   Hayati berhasil menemukan alamat desa Saadah, ternyata kampungnya adalah tempat asal Zainuddin sendiri Batipuh, Padang Panjang. Bermulalah suatu perbincangan serius antara mereka berdua. Soalan yang sama ditujukan pada Saadah mengapa dia mahu berhenti dari kerjaannya sebagai pembantu peribadi Zainuddin, namun Saadah tetap dengan ayat bohongannya, dia fikir dia mahu terus berkhidmat di Batipuh tercintanya. Padahal kita tahu, Hayati sudah mengetahui semuanya. Dengan demikian, saya kirimkan beberapa dialog jiwa Hayati pada anda semua :-

“Kamu tahu Saadah, sekian lama aku mencari erti bahagia tapi ternyata aku gagal berjumpa dengannya. Namun pada hari Tuhan mempertemukan aku dengan coretan kamu, hati aku mulai berbisik yakin bahawa Aziz adalah kiriman yang terbaik buat aku dan aku mencintainya. Tidak ada kata lain melainkan aku tetap terus menunggu setiap kepadanya. Zainuddin yang dulu sudah mati. Sekarang didepan mataku seorang Zainuddin kenalan lama. Tidak ada sedikit kesan jiwa aku padanya. Malah aku sedar hari-hari ku dilayan sebagai tamu sahaja. (Senyum).”

“ Saadah, pulanglah. Zainuddin butuhkan kamu. Zainuddin perlu dengar isi hati kamu. Kerana kesetiaan kamu sudah melewati senang dan susah dirinya bangkit semula. Aku yakin Zainuddin itu merpati hidup kamu dengan izin Tuhan Yang Maha Adil. Pulanglah Saadah. Genggamlah tanganku, kerana saat kamu kembali ke rumah besar itu, itulah kebahagiaan yang aku cari.”

( Nada hayati yang lembut langsung menembak hati Saadah dengan dalam, hingga tumpah air matanya ke tanah)

Saadah dan Zainuddin dipertemukan. Bukan sebagai majikan dan pekerja malah dua hati yang mengenali erti setia. Saadah mengakui perasaan sebenarnya terhadap Zainuddin dengan tenang. Apa yang dibalas Zainuddin :-

“ Apa kamu lupa Saadah, kamu sudah membantu aku menyunting karya Terusir tempoh hari? Apa kamu lupa? Karya terusir adalah karya pembukuan kesedihan dan kesakitan ku yang lalu. Dan aku sudah berjanji dengan diriku untuk tidak ada lagi karya yang bernama Terusir kedua dan ketiga. Ia kekal hanya satu. Malah Terusir yang Satu akan terus menjadi pedoman. “

“ Di saat kamu datang pada aku dengan pembuktiaan setia dan ikhlas, ya aku terima kamu dua kali ganda ikhlas kerana kamu menjadi kiriman terbaik dari Tuhan buatku. Saadah terima kasih kerana sudi menjadi pendamping hidupku. Moga Tuhan menjaga kita hingga akhirnya.”

Adadapun setelah Hayati berjaya mempertemukan Saadah dan Zainuddin, Aziz kembali pulang mengambil Hayati ( walaupun dalam cerita sebenar, Aziz meninggal dunia, tapi plot di sini berubah). Dua tiket ke Kapal Vanderwick sudahpun ditempah dan mereka ( Aziz dan Hayati) belayar menuju pulang ke medan masing-masing. Namun, takdir Tuhan, kapalnya mengalami kecelakaan dan tenggelam ditelan ombak besar dan kedua-dua mereka dijemput ilahi. Tuhan ambil nyawa itu tanda sayang pada Hambanya. Inilah yang dinamakan peleraian yang menghidupkan.



“HAYATI, BAKTIMU SUDAH TERCAPAI. TIADA LAGI MENGULANG SEJARAH LAMA.
MOGA ALLAH MEMBERKATI ROHMU.”


Izzatti Izudin
12.19 AM
Pencinta Karya Filem Indonesia

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...