Jika engkau ingin dimudahkan Allah
untuk mendapatkan sesuatu yang engkau cintai, maka teruslah mengejar sesuatu
yang Dia cintai.
-Ahmad bin Hanbal-
Saya
yakin sekarang ini antara yang menjadi tatapan minda dan jiwa terhangat bagi orang ramai ialah
filem yang berjudul Syurga Yang Tak Dirindukan. Ya ya saya tahu signifikan bagi
filem ini ialah poligami, kasih sayang suami isteri dan sebagainya. Haa, tapi
itu bukan fokus saya dalam coretan kali ini, bahkan jauh. Saya pesan awal-awal
supaya minda kita bukan sekadar cetek mencari sang sempurna dalam hidup sahaja.
Hee. Bagi yang sudah menonton, terutama yang berstatus pelajar dan penuntut
ilmu pasti perlu lebih jauh mendapat ibrahhya selain hal-hal yang saya sebutkan
sebentar tadi.
Saya
akan melayarkan minda anda untuk mendapatkan dua kata kunci dalam cerita ini
dan diikuti dengan satu natijah. Menarik bukan?
Jika
kita imbasi kembali plot pertengahan filem di mana sewaktu perjalanan Pras
untuk urusan projeknya, sebuah kereta hitam melewati keretanya dengan sangat
laju sehingga hingga terjunam dalam semak samun. Kereta tersebut malah berasap tebal dan kejadian ini seolah-olah satu kemalangan
yang disengajakan. Tanpa berfikir panjang, Pras terus menolong pengantin bergaun putih itu dan hantar ke “rumah
sakit” untuk dirawat. Setelah beberapa jam menunggu doktor mengesahkan bahawa
sang ibu dan anak dalam kandungannya selamat. Perempuan itu namanya Meirose dan
ternyata dia sedang hamil sebelum kemalangan.
Kalau
kalian masih ingat, sewaktu doktor bertanya tentang Meiros dan bayi itu, lirikan
mata Pras sangat dalam( kalau kalian perasan la, cuba cek balik haha). Dia
serta merta senang mengatakan untuk bertanggungjawab dan berikan nama pada bayi
itu Akbar Muhammad selepas melihat seorang wanita bersembahyang mengangkat
takbir dan tertera potret tulisan Muhammad di dinding. Nampak gahnya nama
disitu. Melihat pada status, bayi itu bayi yang tak diiktiraf kerana hasil anak
luar nikah. Namun, mengapa nama sehebat itu yang Pras boleh lantas terfikir?
Dan
tragis pada mulanya, Meiros ambil keputusan untuk bunuh diri tapi Pras akhirnya
berjaya memujuk sehingga berjanji untuk menjaga dia dengan sebaiknya (bernikah)
dan membesarkan Akbar Muhammad. Allah, logik akal pada fikiran kita waras kah
si Pras ni tidak semena-mena dengan orang yang dia tidak kenal dan nak
mempertanggungjawab hal yang dia boleh menolak? Aneh wahai sahabat! ( Tapi saya
akui yang Meirose memang cun dan lawa! Tapi tu cerita lain laa haha).
Menikahi
Meirose. Itu solusi/langkah yang Pras ambil.
Dan
ternyata satu langkah ini memberi satu impak yang besar pada isterinya , Arini.
Yakni JIWA ISTERINYA TELAH PUN DISAKITI. DIHIRIS DAN DIROBEK begitu dalam sekali. Sakitnya Tuh Di Sini tau! (tunjuk hati kalian)
Apahal
dengan semua ini?
Seorang
laki-laki yang baik agamanya yang sudah
berjanji pada sang isteri untuk tidak menyakiti hatinya malah langsung menikahi
perempuan lain tanpa izin yang jelas dan berani bertanggungjawab terhadap anak yang bukan darah dagingnya.
Gais, hal ini bukan soal nafsu pria Pras. Jauh sama sekali.
Tapi, Inilah yang dinamakan CITA-CITA BESAR yang terlaksana!
Pras
asalnya seorang anak yatim piatu yang sudah melewati banyak kesedihan dan dia
sendiri melihat ibunya dibunuh dengan mata kepalanya sendiri. Episod kesedihan
itu melarat sehingga dia dewasa, dan sungguh tragis buat dirinya. Cita-citanya
untuk tidak membiarkan orang-orang yang muncul hidupnya berakhir hidup
sepertinya.
Dan
plot itu terjadi pada Meirose dan Akbar Muhammad. Pras menikahi Meirose agar dia
punya nafas baru dalam hidup, dan rahmat Tuhan menyelematkan Akbar dari
kecelakaan terus memberi ruang pada anak ini untuk berbakti ada masa depan dan
didokong ibu tercinta. Nahh, besar ngakk cita-cita ini. Besar sahabat, ini
namanya misi menyelamat dua darah daging untuk kekal bernafas dan sekaligus beri harapan baru untuk
terus menjadi yang namanya khalifah. Tambahan, Pras berjaya menjadi wasilah membawa saudara perjuangan Islam yang baru kerana Mei asalnya bukan Islam dan Mei malah berhijab.
Namun
ya, cita-cita yang hebat ini, sudah pasti ada pengorbanan yang hebat. Isterinya
Arini, hampir membenci dirinya. Seolah-olah telah melanggar janji yang
ditaburkan dulu. Tapi ya kita akui, perempuan mana yang tidak merasa sakit
tatkala rasa diduakan. Adapun ada ujian besar mendatang pula selepas itu. Benar, Pras kecelakaan kerana ditikam sang perampok kerana menyelamatkan seorang perempuan yang hampir
dirogol dan dia terlantar di hospital. Kejadian ini ternyata mebawa hikmah
besar. HakikatnyaArini masih sayang pada suaminya. Matanya juga dalam, kerana apa? Kerana hatinya sudahmulai memahami erti ikhlas dan kesabaran. Malahan, dia dengan senang
hati menerima Meiros dalam keluarga mereka dan Akbar menjadi pria kecil idaman
anak perempuan mereka, Nadia.
Nahh
itulah dia, dua kata kuncinya CITA-CITA dan PENGORBANAN. Cita-cita yang besar,
pasti tidak akan lari dari PENGORBANAN yang besar. Pengorbanan boleh jadi
mereka dan benda yang paling kita sayang . Syarat pengorbanan mestilah didasari
niat yang ikhlas kerana Tuhan. Kerana disaat manusia memandang kamu hina dan
salah, pada nilaian Tuhan tidak pernah silap, sungguh dia MAHA TAHU apa yang
kamu lakukan dan pasti Tuhan akan memberi natijah yang terbaik disebalik peleraian
cita-cita itu!
Oleh itu, teruskan
kejar cita-cita sahabat , Sungguh Allah bersama kita.
Nota
kaki penulis : Saya akui air mata saya tak berhenti mengalir sepanjang menonton filem ini. Saya yakin anda seperti saya. Moga air mata itu memberi erti pada jiwa. (Aisehh)
Moga
bermanfaat!
Izzatti Izudin'
5.39 pm
Yang Mendambakan Syurga
Izzatti Izudin'
5.39 pm
Yang Mendambakan Syurga
kak zati, nice review. nak jadikan rujukan utk esaimen boleh? haha
ReplyDelete