Skip to main content

3 Hari 2 Malam Bersama Teman Turki: Refleksi Sejarah yang Tidak Disangka



Fatma hanya tua setahun daripadaku. Dia merupakan pelajar tahun tiga bidang Usuluddin dari Universiti Marmara, Turki dan seorang yang sangat aktif. Program pertukaran pelajar di UIA merupakan program pertukaran pelajar yang ketiga yang disertainya; sebelum ini, di Oman dan Jordan. Yang mengagumkan aku, dia juga fasih berbahasa Arab.  

Sebelum dirinya kembali ke Turki, dia ingin cuba sedaya upaya melawat kawasan-kawasan di sekitar Asia Tenggara. Destinasi akhir sesi jelajahnya merupakan Terengganu, negeri pesisir pantai di pantai timur Malaysia dan aku diberi peluang untuk menjadi tuan rumahnya selama 3 hari 2 malam. 

Selama 3 hari, aku membawanya ke tempat-tempat tarikan pelancong di bandar Kuala Terengganu seperti Pantai Batu Burok, Bukit Puteri, Istana Maziah, Dataran Syahbandar, Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan beberapa lagi. Nanti boleh rujuk pautan di akhir post ini tentang tempat-tempat tarikan pelancong di Kuala Terengganu. 

Fokus aku untuk post kali ini adalah untuk berkongsi tentang perkongsian dan pertembungan budaya antara budaya Melayu dengan Turki sepanjang 3 hari 2 malam aku bersama dengannya di Terengganu.
Makanan & Minuman
Perkara yang sering dia sebutkan ialah, “I want to eat traditional food”. Aku kagum dengan kegigihannya mempelajari budaya orang lain, dalam konteks ini, budaya negeri Terengganu. Alhamdulillah, rasanya aku dah memberikan peluang kepadanya untuk merasa hampir semua makanan tradisional yang popular dan sinonim dengan negeri Terengganu. Antara makanan yang aku sempat bagi dia rasa termasuklah keropok lekor, nasi dagang, nasi minyak gulai ayam, nasi kerabu, pulut nyor, nasi kunyit (atau pulut kuning), kacang tumbuk dan kuih semang (aku panggil kuih sarang burung je sebab bentuknya memang macam sarang burung). Makanan yang sedap baginya ialah nasi dagang, nasi minyak, pulut bersama ikan masin, keropok lekor dan kacang tumbuk. 

“Is there any Terengganu food at UIA?”
“Um.. Not really.”
“Why didn’t Terengganu people come to UIA and sell Terengganu food. I will buy!”

*Kami tergolong dalam insan-insan yang rezekinya dapat kafe mahallah yang menyediakan hidangan yang tak berapa nak bangkitkan selera makan :”)

Setiap pagi dan malam, pasti dia memesan atau buat sendiri secawan teh o panas untuk dirinya. Katanya, sudah menjadi kebiasaan orang Turki untuk minum teh beberapa cawan sehari untuk tenaga. Katanya lagi, teh o panas di Malaysia biasa sahaja tahap kemanisannya kalau hendak dibandingkan dengan di Turki. Orang Turki suka manis! Patut lah baklava yang pakcik aku pernah bawa balik dari Turki, ya Allah ya Tuhanku memang manis gila! Kena bawa dia pergi Kelantan ni.

Kesenian & Sastera
Pada malam pertama, Fatma cuba bermesra dengan adikku yang berumur 8 tahun dengan menunjukkan gambar-gambar kucing yang dibelanya sebagai ‘umpan’. Hati adikku berjaya ditawan dan mereka menjadi kawan dalam masa yang singkat. Dalam buku adikku, ada beberapa rangkap lagu yang diinspirasikan daripada lagu rakyat Ikan Kekek Mak Iloi Iloi. 

“Balqis, sing for me this song,” pujuknya. Bahasa Inggerisnya bukanlah sempurna tapi aku masih dapat lagi memahaminya. Aku juga turut terikut-ikut dengan ‘broken English’nya haha. Kawan ni memang cermin betul lah. Jadi, dalam perjalanan ke restoran untuk makan malam, kami mencari bersama-sama lagu rakyat/ tradisional yang sering dinyanyikan pada zaman kecil dahulu seperti Tepuk Amai-amai dan Ikan Kekek Mak Iloi Iloi di Youtube. Aku pula terbebel tentang pantun kepada Fatma; iaitu dalam pantun-

“Baris pertama dan ketiga diakhiri dengan rima yang sama.
Contoh:
-          Baris 1: Buah cempedak di luar pagar
-          Baris 3: Saya budak baru belajar
Manakala baris kedua dan keempat diakhiri dengan rima yang sama juga.
Contoh:  
-          Baris 2: Ambil galah tolong jolokkan
-          Baris 4: Kalau salah, tolong tunjukkan”

Tak tahu lah kenapa tercerita tentang ini kepada Fatma, sedangkan perkara ini agak teknikal. Tapi, Alhamdulillah, aku dapat tahu benda baru. 

“Turkish also have that kind,” ujar Fatma. Ternyata benar kenyataannya! Sebab aku jumpa dalam buku sastera lama tentang puisi baru-baru ini; bentuk pantun ini wujud dalam sastera bangsa lain juga selain Melayu dan satu daripadanya ialah Turki. (Maaf, tak ingat tajuk dan pengarang buku itu dan tak boleh dirujuk sekarang sebab bukunya sudah saya jual kepada penggemar buku yang lain :”))
Permainan Tradisional
                Suatu petang, aku dah tak larat dan tak tahu nak bawa Fatma ke mana dah, makanya kami pun bersantai di rumah sahaja. Di rumahku, ada papan congkak yang diperbuat daripada kayu. Fatma beriya-iya nak main tapi guli tak cukup. Rupanya congkak pun ada di Turki! Tapi katanya hanya wujud yang versi kayu dan memang dikatakan permainan congkak yang ada di Turki berasal dari kawasan Asia. Aku bertambah kagum. 

Kemudian, aku terfikir untuk ajar dia main batu seremban menggunakan guli yang leper. Baru je ajar sikit, Fatma kata, “I know this game! But I hate it, I’m not talented in this. My sister is.” Aku yang terkejut. “Batu seremban pun ada kat Turki?! Apakahhhh kebetulan ini..” Katanya, mereka memanggil permainan itu, Bes Tas (Five Rocks). Tak tahu la betul ke tidak ejaannya sebab huruf-huruf dalam bahasa Turki ada tanda ekstra (titik satu, titik dua dsb aku tak tau sangat). 

Hasil Perak, Tembaga dan Porselin
Semasa memerhatikan artifak-artifak perak, tembaga dan porselin China di Muzium Terengganu, Fatma turut mengatakan hal yang sama:“We also have this in Turkey, same.”
Artifak yang dimaksudkan ialah set teko tembaga, pinggan, mangkuk dan sebagainya.

Aku sebenarnya ‘fascinated’. Aku tidak menyangka yang wujud persamaan, pertembungan dan perkongsian budaya antara budaya Melayu dengan Turki. Aku pernah membaca tentang teori dan fakta hubungan sejarah antara dua negeri ini dalam buku-buku. Tidak ku sangka, aku juga menemui ‘bukti-bukti kecil’ tentang kewujudan hubungan antara dua bangsa ini menerusi persahabatan aku dengan Fatma. Terasa ajaib bercampur sayu. Ajaib kerana dari arah yang tak disangka, sayu kerana mengingatkan aku tentang kehebatan negeri dan khilafah Islam dahulu. Sungguh, aku terasa seolah-olah kebenaran sejarah itu tak boleh dilindung, ia akan menampakkan sinarnya suatu hari nanti. Hanya kita yang perlu ambil tahu, memerhati dan mengkaji. 

 Dunia ini tidak lah terlalu jauh berbeza rupanya. Ye lah, nenek moyang kita dahulu kala sudah berhijrah, bertemu, bergaul malah bernikah dengan orang daripada pelbagai bangsa dan budaya. Pasti berlaku penyerapan budaya antara satu sama lain. Dalam kes diriku sendiri, rupanya nenek moyangku ada yang Melayu, Cina, India, Pattani, Jawa, Bugis dan Arab. 

Indah benar agama kita ini. Semua insan daripada pelbagai budaya diseru untuk bersatu di bawah kasih sayang Tuhan yang satu. Malah, kita diajar untuk berbaik-baik dengan insan yang tidak seagama dengan kita selagi tiada penentangan jelas yang ditunjukkan. Semuanya tentang kedamaian. Ayuh lah kita saling berkenalan antara satu sama lain. 

Runtuhkan prejudis, buka lembaran baru dan warnakan lembaran itu seceria-cerianya dengan warna-warni gelagat insan. 

Auni B
4.15 pm
9 Februari 2017
Pelajar Jurusan Psikologi Tahun 1
UIA Gombak

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...