Skip to main content

Salam Syawal


Setahun lalu, lebih kurang tarikh dan bulan yang sama. 4 gadis berdikari ke Masjid

Shah Alam untuk iktikof, mungkin untuk mencari pengalaman tetapi dalam masa sama untuk

mencari lailatulqadr. Azamnya, tahun ini nak pergi bersama lagi tetapi apa lah daya saya

hamba hina untuk menidakkan pemergianmu. Tahun ni hanya mampu pergi seorang diri,

sorang dekat oversea, sorang lagi tengah exam final, sorang lagi tengah tunggu dipintu

syurga.


Ingat lagi waktu tu, banyak sangat event weekend tu tapi dibatalkan semua semata

untuk iktikof di Masjid Shah Alam. Naiklah KTM, kemudian naik teksi dan sampai. Waktu

tu jam masih 5 petang tapi MasyaAllah orang dah ramai berkumpul dimasjid. Masing-masing

sedang mengaji quran, ada juga yang bertadarus, ada juga yang duduk bersandarkan dinding

mulut terkumat kamit, zikir barangkali. Bila jam menunjukkan 6.30 petang, Imam

memulakan bacaan alquran, yang sedang mengaji lekas membuka muka surat yang akan

dialunkan oleh imam, walaupun suaranya perlahan tapi masih kedengaran ramai yang

mengikuti bacaan imam.


Bila tiba berbuka, tiada yang ketinggalan mendapatkan makanan dan air percuma,

semua itu disediakan oleh pihak masjid mahupun oleh syarikat atau orang perseorangan yang

ingin bersedekah. Belum berkumandang azan isya’, saf sudah penuh, nasib badan dapat saf

paling belakang, hanya mampu melihat imam menerusi skrin putih. Bacaan surah untuk solat

terawih bukan lah surah-surah lazim tetapi surah-surah panjang, bacaan setiap rakaat adalah

setengah muka. Mulanya aku sudah ingin futur pada saat rakaat kelapan, tetapi melihatkan

hanya aku dan dua tiga insan lain yang futur, aku terus sambung sampai 20.


Tempat tidur di masjid sangat lah selesa, aku dan rakan-rakan tidur jam 11.30 malam

tetapi pada waktu tu, hanya kami sahaja yang tidur, orang lain ada yang mengaji, ada yang

zikir, ada yang solat sunat. Kedengaran imam memberitahu bahawa qiam esok pagi jam 4.30.

Esoknya, kami bangkit jam 4.00, tapi waktu tu MasyAllah, saf dah separuh penuh, saat kami

turun tangga untuk ke tandas, ramai-ramai makcik akak-akak, naik tangga untuk ke ruang

solat. Malu. Tepat jam 4.30, kami ke ruang solat, sekali lagi, kami lambat, dapatlah saf paling

belakang. Masuk sahaja kami ke dalam barisan saf, imam memulakan takbir.


Andai aku mampu meminta kepada Allah untuk menjadikan bulan-bulan lain seperti

bulan Ramadan, sudah lama ku minta, tetapi aku hanya hamba yang banyak melakukan

kesilapan, barangkali doa ku masih perlu ditambah baik lagi. Aku rindu untuk ada dibulan

Ramadan, suasana yang kalian sendiri bisa sentuh dan rasa, sangat berbeza dengan bulan-

bulan lain. Bulan Ramadan ini masing-masing mengejar kearah kebaikan. Mengaji, berzikir,

bersedekah, bangkit solat malam.


Aku juga meminta agar apa yang kita semua lakukan pada Ramdan ini terima Allah

dan istiqomah sampai bila-bila. Marilah kita jadi insan yang lebih baik selepas melalui bulan

tarbiyah ini, jadikan bulan Ramadan ini adalah wasilah untuk kita jadi lebih baik. Jadikan

setiap amalan bulan Ramadan, amalan di bulan-bulan lain juga.


Semoga Allah mempertemukan kita semua dengan Ramadan akan datang, dan jika ini

Ramadan terakhir untuk kita, jadikanlah Ramadan kali ini adalah Ramadan yang mengubah

diri kita kearah lebih baik.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami Sisterbear, andai kata menguris

hati, andai perbuatan menggilis jiwa. Kami memohon maaf atas segalanya, halalkan apa yang

telah diambil oleh kami. Doakan moga kami berjaya dengan jalan kami.
credits to owner

1 Syawal 1437H
NabilaSam

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...