Skip to main content

Fail.

Bismillah..

Fail.
Mungkin tak semua orang tahu perasaan fail ni. Fail tu subjektif. boleh jadi fail dalam nak melamar orang. boleh jadi fail nak bahagiakan mak ayah and, boleh jadi fail dalam rancang sesuatu. Semuanya atas definisi "fail" yang kamu letakkan tu macam mana.  Fail ni, kalau diikutkan pengalaman, diri sendiri banyak sangat dah tersepak, jatuh dan rebah berguling-guling. Rasa tu sangat pahit. Kadang-kadang mungkin sampai rasa macam dah 'lost'. Dah tak nak bergantung dah. Rasa nak lari je dari dunia ni. Tapi, cuba bagi suggestion? Nak lari ke mana? Sedangkan tarikh kematian kita pun dah ditetapkan olehNya. Dan kita tak boleh nak mengubah nasib diri kita andai kita tak berusaha nak ubahnya sendiri.

Haritu, ada terbaca satu petikan dekat artikel someone. Dia cakap,

"Kau ingat, Allah memang saja-saja je ke nak 'fail'kan kau kalau kau dah usaha? tak.. "

Terdiam. Senyap. Bebola mata berulang kali baca balik ayat tu.

Betul, fitrah iman manusia naik dan turun. tapi kalau dah Allah nak kuatkan balik semangat kita untuk terus mengorak langkah, banyak cara dia boleh hantar dekat kita. Salah satunya macam kes 'ter'baca artikel tu. 

Banyak sangat kalau nak diceritakan kisah 'fail' ni.. 

Sedih. Sangat sedih bila apa yang kita dah rancang, apa yang kita nak, semua tak dapat. Sometimes, pujuk diri sendiri, 

"Tak apa lah. Tak ada rezeki. Adalah tu hikmah lain.."
"Allah knows the best plan ever for me. Trust Him"
"Tak pe lah.. disebalik hujan ada pelangi.. adalah tu hikmah kenapa tak dapat.."

Sometimes tu, nangis. Nangis sebab sedar yang kita ni powerless. Kita kena bergantung dengan Dia. By hook or by crook. Dan jika pilihan kita tak nak worship Dia, Dia sikit pun tak rugi. Sebab banyak lagi manusia yang sanggup worship for Him. Nampak tak? Kita yang rugi sebenarnya.  

So, lets the time heal everything.. Biarkan je masalah tu.. InsyaAllah, you will be just fine.. 

Wallahua'lam.


#gambarhiasan



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...