Skip to main content

Sahabat


Sambil merenung ke luar jendela, kedengaran bunyi burung-burung berkicauan di siang hari yang mendung. Tap! Tap! Tap! Lagi sekali, langit merintikkan air mata jernihnya tanda hujan akan turun semahu-mahunya. Seakan-akan memahami kondisi dirinya. Kisah lalu terobek kembali.

"Kau ni jangan lah terlebih gula sangat dengan mana-mana mamat. Gatal sangat kau ni. Kalau iya pun, sorang cukuplah",ujar teman seperjuangannya.

"Aku tak layan pun, aku anggap macam kawan je semua,"balas dia.

"Hmm kalau macam tu baguslah. Aku ni pun ada juga, tapi pasang satu je cukuplah", ujar temannya lagi

Sambil sengih dia berkata,"Sebenarnya,aku nak test je masing-masing macam mana".

"Kau ni memang kan". kedua-duanya ketawa.

Begitulah kehidupan gadis yang baru sahaja setahun jagung melayari bahtera-bahtera dan kapal-kapal kehidupan, begitu mudah mempercayai dan memberi harapan bahawa semuanya akan indah belaka.

Dia mempunyai teman yang sangat setia, setia bersamanya untuk melakukan apa-apa sahaja yang dia ingini. Sifat dan perangai dua orang sahabat ini pun sudah dikenali. Apatah lagi dia sering berkepit dengan teman akrabnya yang bernama Julia ini.

Ramai orang bercakap buruk di belakangnya. Dia sememangnya sedar perkara tersebut. Namun,dia membutakan mata dan memekakkan telinganya.

“Gedik lah minah ni..”

“Janganlah baik sangat. Menyampah aku tengok..”

“Kau ni mudah sangat terpengaruh.”

“Dahlah kawan dengan dia. Dasar playgirl”

“Perampas sahabat orang”


Usia 12 tahun perkara yang normal bagi seorang gadis untuk mencuba sesuatu yang baru. Berjimba seolah-olah setiap hari adalah harinya. Apatah lagi temannya juga sekepala dengannya. Namun, ada juga sahabat yang sudi menegur dan menasihatinya. Dia sahaja yang berhak memilih.

Masa berlalu dan keputusan peperiksaan UPSR bakal diumumkan. Masing-masing mempamerkan riak wajah yang mendebarkan. Dan malang sekali dia gagal memperoleh 5A. Saat itu, hati dia sedih tak terkata. Kecewa, rasa ingin putus asa datang menyerbu. Namun, apakan daya. Segalanya telah berlaku.

Dan sahabatnya Julia memperoleh keputusan 5A dengan cemerlang. Dia menangis sendirian. Semenjak itu, masing-masing membawa haluan masing-masing. Dan kini dia semakin berubah. Dia bukan lagi dia yang dulu. Memasuki alam yang baru bukan sesuatu yang mudah. Ianya ibarat game, bila level meningkat, begitulah tahap kesukaran juga meningkat. Dan bukan senang nak berkawan semula dengan teman yang sudah lain haluannya. Mereka berpisah dan begitulah pengakhirannya.


Hakikatnya…..

Kawan senang dicari,
Tetapi sahabat yang baik sukar sekali.
Bila sudah ketemu,dilepaskan jangan sekali.
Kelak menyesal di kemudian hari.

Mungkin cerita di atas tidak ada kena mengena dengan hidup dan mati seseorang.
Tapi, sedarlah sebenarnya penting kita bersahabat dengan orang yang baik dan berakhlak mulia. Bilamana kawan kita berakhlak seperti hantu, maka kita akan sepertinya.
Bilamana kawan kita berakhlak seperti malaikat, kita juga akan menjadi sepertinya.
Seseorang itu biasanya cenderung dengan orang yang bersifat sepertinya.


Hadis Nabi yang lain pula, Riwayat oleh Abu Daud yang bermaksud;

“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”

Namun, jika benar kalian bisa mengubah sikap temanmu selaras dengan mengekalkan akhlakmu. Silakan. Jika kalian lemah, mohon cari sahabat yang bisa membimbingmu ke jalan yang lurus.
Aku berani mengatakannya kerana manusia kebiasaannya mudah terpengaruh. Fitrah manusia cenderung kepada sesuatu yang menyeronokkan. Dan selagi ada teman yang mendorong kita kearah keseronokan itu, sukar untuk kita meninggalkan keburukan tersebut.

Sekian dahulu coretan yang tidak seberapa.





Nah, aku hadiahkan ini untuk dikau yang sudi membaca penulisanku. =)



Teman,
Carilah sahabat,
Yang baik agamanya,
Kerna sahabat cerminan dirimu.

Teman,
Carilah sahabat,
Bukan untuk engkau bercerita,
Bukan untuk engkau mengadu,
Bukan untuk engkau bergelak tawa.

Teman,
Carilah sahabat,
Yang sentiasa menegur,
Yang sentiasa menyokong,
Yang sentiasa menampal kekurangan dikau.

Teman,
Carilah sahabat,
Yang bukan sahaja memahami,
Tetapi menyayangi dan mengasihi,
Dan mendoakanmu.

Teman,
Carilah sahabat,
Yang mencari cinta Allah,
Maka engkau kan peroleh cinta Allah jua.

Teman,
Carilah aku,
Kerna aku juga mencarimu,
Untuk sama-sama meraih syurga Allah,
Kerna ianya begitu luas untuk semua.



 “Kau kurang, aku tampal. Aku kurang, kau tampal.”

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...