Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK : HAYATI DAN PELERAIAN YANG MENGHIDUPKAN

"Berbahagialah siapa yang selalu ingat hari akhir, beramaluntuk menghadap hari perhitungan  dan merasa puas dengan ala kadarnya. Sementara ia ridha sepenuhnya dengan pemberian Allah." (Saidina Ali R.A) { VERSI YANG PANJANG, MOGA SETIA MEMBACA SETIAP BAIT AYAT}    Untuk tulisan kali ini saya akan buat sedikit imbasan kembali tentang sebuah filem yang sudah ditayangkan satu dua tahun lepas iaitu Tenggelamnya Kapal Vanderwick. Benar, agak lewat sebenarnya untuk mengulas tentang penceritaan agung filem ini kerana tidak lagi menjadi trend terhangat, namun saya rasa tidak ada masalah untuk kita ikuti kembali hikmah disebalik kisah percintaan pertengahan jalan antara Zainuddin dan Hayati ini. Sudah lama saya simpan olahan cerita ini cuma tidak diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Terima kasih kepada page Iqra IIUM kerana berkongsi video pendek TKV ini dan akhirnya menginspirasikan untuk saya menulis semula.    Sebenarnya saya tidak berniat untuk sem...

“ SYTD : SATU LANGKAH, NAFAS BARU”

Jika engkau ingin dimudahkan Allah untuk mendapatkan sesuatu yang engkau cintai, maka teruslah mengejar sesuatu yang Dia cintai. -Ahmad bin Hanbal-      Saya yakin sekarang ini antara yang menjadi tatapan minda  dan jiwa terhangat bagi orang ramai ialah filem yang berjudul Syurga Yang Tak Dirindukan. Ya ya saya tahu signifikan bagi filem ini ialah poligami, kasih sayang suami isteri dan sebagainya. Haa, tapi itu bukan fokus saya dalam coretan kali ini, bahkan jauh. Saya pesan awal-awal supaya minda kita bukan sekadar cetek mencari sang sempurna dalam hidup sahaja. Hee. Bagi yang sudah menonton, terutama yang berstatus pelajar dan penuntut ilmu pasti perlu lebih jauh mendapat ibrahhya selain hal-hal yang saya sebutkan sebentar tadi.       Saya akan melayarkan minda anda untuk mendapatkan dua kata kunci dalam cerita ini dan diikuti dengan satu natijah. Menarik bukan?        Jika kita imbasi kembali plot pertengaha...

Realiti Seindah Surat Khabar Lama

Bismillah.. Hidup. Kadang, ramai yang mempersoalkan tentang takdir hidup. Walaupun pada hakikatnya, dia dah tahu yang apa yang Allah tetapkan tu baik. Kadang, kita lebih prefer untuk memilih choices yang kita nak. Tapi, padahal, kita tak nampak pon apa masa depan yang akan berlaku nanti. Dan, kadang, aku pun macam tu jugak. Tak bersyukur. Tapi, sejak dua menjak ni, banyak sangat pengalaman dah kita sama-sama sedut dekat dunia ni. Hal friendship, relationship and so on. Bab frienship, sometimes tu, ada sesetengah orang mudah cakap  "Weh, rinduuu" Sebab tu yang terpahat dekat hati dia. Kan? Dan sebab memang kawan kita tu rindu pun dengan kita. Tapi, bagi golongan yang dapat mesej macam tu, tak ramai pun yang appreciate 'rindu' kawan tu. Tapi, apa-apa pun, benda ni subjektif. Bergantung pada masing-masing. Tapi, apa yang aku nak tekankan dekat status kali ni, cuma nak pesan, walaupun kita tak rasa pun rindu dekat kawan kita yang hantar mesej ...

Busyra 2

“ Wahai anakku, carilah maut nescaya dianugerahi hidup. Pemuda-pemuda itupun keluar menuju medan perang,berjuang bermati-matian melawan musuh sehingga banyak musuh yang terbunuh di tangan mereka. Akhirnya nyawa mereka sendirilah yang tercabut dari tubuh mereka. Ketika Al Khansa’ mendengar kematian keempat-empat putranya,sedikit pun beliau tidak merasa sedih bahkan beliau berkata ‘Alhamdulillah yang telah memuliakanku dengan syahidnya putra-putraku. Semoga Allah segera memanggilku dan berkenan mempertemukan aku dengan putraku dalam naungan Rahmat-Nya yang kukuh di syurga-Nya yang luas.’ Maka, memandangkan halaqah kita meminjam nama seorang tokoh yang sangat hebat, saya menyeru sahabat sekalian untuk sama-sama kita bermujahadah, menjadi sekental Al Khansa’ dalam perjuangan kita sepanjang di bumi ini. Semoga kita menjadi Al Khansa’ versi moden, yang melahirkan pejuang sehebat pejuang medan Qadisiyah. Dan untuk melahirkan pejuang yang hebat, kita sendiri perlu hebat berjuang me...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...