Skip to main content

Istiqamah hingga Akhirnya..

Hari ini semua adik beradik telah pulang ke tempat masing-masing, ada yang belajar , ada yang kerja..Tinggal lah Naura bersama kakaknya, sebelum kakaknya juga akan pulang pada esok hari.

  “Kak cik.. Jom tengok cerita My Girl malam ni..” Ajak Naura. Tetiba rasa macam nak tengok cerita kelakar.. My girl – cerita drama bersiri korea yang bergenre komedi ,Saje nak habiskan masa bersama kakak.

 “Naura, dulu kan.. kak cik ada sorang kawan ni.. Dia hafizah jugak.. Pastu dia selalu bebel kalau dia tertengok iklan cerita, sebab dia kata nanti mesti ada ayat yang dia lupa. Tu baru iklan. Kak Cik hairan dengan Naura, boleh pulak nak tengok cerita..Tak takut ayat hilang ke..?”

Jawapan balas dari kak cik menjadikan dapur itu sunyi seketika. Naura menyambung tugasan menyiapkan juadah petang, Kak  cik terus membasuh pinggan.

Sepi. Tiada lagi bicara selepas itu.

    
Badan dihempaskan ke atas katil. Matanya memandang kipas angin yang ligat berpusing. Satu persatu kata-kata Kak cik sebentar tadi terngiang di telinga. “ Tak takut ayat hilang ke??”

Allahuakbar. Tipulah kalau kata dia boleh baca selancar dulu. Tipulah kalau kata dia boleh sambung segala ayat yang ditebuk macam masa exam dulu.  Tipulah kalau kata dia boleh teka segala ayat yang dibaca surah mana juzuk mana macam masa main teka-teka dengan kawan dulu.

Naura, sedar tak tu semua dulu?? Kau yang sekarang ni macam mana??
Adakah kau fikir cukup sekadar hafal 30 juzuk quran dan selepas itu kau lupa?
Adakah kau fikir cukup setahun setengah kau rutinkan diri mengulang setiap pagi dan malam kemudian tahun-tahun selepas itu kau mengulang hanya bila ada masa ?
Adakah kau fikir cukup kau menjaga berpantang segala benda yang melalaikan ketika fasa menghafal sahaja?
Apakah semua ini terhenti pada sesuatu tempoh?

 Sayang,,..Sedangkan apa yang dicintai Allah?

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ

”Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun itu sedikit.” ’Aisyah pun ketika melakukan suatu amalan selalu berkeinginan keras untuk merutinkannya (HR. Muslim no. 783)

Betul, berterusan. Istiqamah.

Butir-butir jernih itu mengalir perlahan. Sungguh dia kesal dengan dirinya selama ini. 

Kita yang dulu tiada erti apa-apa jika tidak mampu menjadikan kita yang sekarang lebih baik. Malah lebih dahsyat jika kita yang sekarang jauh lebih teruk dari kita yang dulu.

Ramai orang kata,

 “Cukuplah dulu saya dah buat macam-macam, saya dah buat kerja dakwah, kebajikan masyarakat, kerja persatuan..,sekarang saya nak bagi masa untuk diri saya”

   “Semua tu saya dah pernah lalui satu masa dahulu, sekarang saya dah penat”

Yup.Setiap orang punya sejarah silam sendiri.

Ada yang pernah berjaya, UPSR,PMR,SPM semua straight A
Ada yang dulu hatinya sentiasa terikat dengan masjid, Maghrib Isyak di masjid
Ada yang sangat komited berjasa pada semua, tak pernah mengeluh
Ada yang dhuha ,puasa sunat tak pernah tinggal setiap hari.

Dan ada juga yang dulu,
Tak pernah tahu erti usrah,
Tak pandai baca quran, apatah lagi hafal
Tak pernah naik pentas terima anugerah, selalu masuk kelas pemulihan
Tak biasa solat Jemaah, pergi masjid pun jarang-jarang.

Tetapi semua sejarah ini hanyalah satu sejarah yang telah berlaku dalam hidup kita. Tak mustahil sejarah mereka yang cemerlang menjadi sejarah kita suatu hari nanti.
Dan tak mustahil, sejarah buruk mereka menjadi sejarah hidup kita suatu hari nanti.
Semuanya bermula dengan diri kita yang sekarang dan akan datang.

 Sebab itu pentingnya istiqamah dalam melakukan kebaikan. Tapi, susahkan nak istiqamah?

Susah, tapi kunci dia ‘tempoh’. Kita takkan dapat istiqamah kalau kita letakkan tempoh dalam amalan kita.
Bila rasa malas, bila rasa nak buat jahat, bila rasa nak berhenti,
 Ingatlah,.

إنما الأعمال في خواتمها
Sesungguhnya amalan itu adalah di hari akhirnya.
Ada orang sepanjang hidupnya merupakan amalan ahli syurga, tapi di hujung dia terpesong lalu mati sebagai ahli neraka.. 
Ada orang hidupnya seperti ahli neraka tetapi akhirnya dia bertaubat dan mati sebagai ahli syurga.

Persoalannya, adakah kita tahu bilakah hari akhir kita? Sampai kita sanggup untuk berhenti dari terus melakukan amalan baik yang pernah kita buat sebelum ini?
Adakah kita tahu bilakah ajal kita, sampai kita sanggup untuk memilih waktu ‘rehat’ dalam meneruskan tugas kita sebagai hamba,sebagai khalifah?

Air mata diseka. Dia sudah tahu jawapannya. Terima kasih tuhan atas kesempatan ini.
Tuhan, tetapkan hati ini pada agamaMu dan kurniakan aku istiqamah hingga akhir hayatku.. 
Perkenankanlah..

P/s: Tulisan ini untuk tampar diri saya sendiri. Kalau Nampak saya lalai lagi selepas ini, mohon share ‘tamparan’ ini pada saya. Biar sedar diri sikit huhu.   Jazakumullahu khair

Buat sahabat perjuangan saya di DQ, kita memang pernah menghafal quran, tetapi persoalannya adakah kita hafiz/hafizah setahun setengah? Adakah kita ingin akhir hayat kita, satu persatu ayat itu pergi..? Allahu 
Moga AlQuran menjadi akhlak dan panduan kita..  
     
Nah hadiah bagi semangat balik 💪💪

   

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...