Skip to main content

[ Camp De Calais: Khazanah Inspirasi ]

Bismillah,
Sebenarnya saya dah ada senarai buku-buku yang mesti saya habiskan baca untuk tahun 2017. Tapi, ketika buku ini keluar dalam pasaran buku 2017, saya seperti ditarik oleh magnet yang kuat untuk membacanya dari awal sampai habis. Ajaib. 
Credit to www.mustread.com.my


"Yeay..dah habis bacaa", seloroh saya ketika di dalam bas.

"Eh, buku tu. Nak pinjam jap..", kata kakak yang duduk belakang saya.

Setelah saya beri dia pinjam, kadang dia ketawa, kadang dia mengeluarkan nada terharu.. sejam atau 2 jam kemudian.. "wahh bestla buku ni. Dah habiss", kata kakak tu.

"Eh, biar betul. Dah habis?!"

"Dah...", jawabnya gembira sambil memberi sedikit ulasan. Ulasannya itulah membuatkan saya percaya bahawa apa yang dia baca sama seperti yang saya baca.

Apapun, suka untuk saya jadikan buku ini salah satu entri dalam blog Aksara Sisterbear kerana buku ini merupakan karya sulung saudara Izzat Ibrahim (kalau tak kenal, boleh search di FB). Beliau yang asalnya tidak pandai menulis buku, akhirnya mendapat bimbingan dari editor syarikat Must Read Sdn. Bhd, Puan Najah Dawam dan berjaya menerbitkan buku 'Camp De Calais : Satu Ranah Seribu Kisah' pada tahun ini.

Buat para karyawan Aksara Sisterbears yang masih melatih diri menulis artikel demi artikel dan puisi demi puisi, saya yakin kalian juga kerap terfikir bagaimana nak hasilkan buku dan bagaimana nak terbitkan buku. Bak kata beliau dalam rakaman yang sempat saya dengar : "Carilah murabbi atau pembimbing yang boleh membantu kalian untuk menulis. Saya bukannya pandai menulis, tulis status Fb bolehlah. Tapi alhamdulillah ada editor syarikat Must Read yang sudi membimbing saya menulis dari awal sehingga akhir."

Pada saya, buku ini sarat dengan inspirasi terutamanya buat kita yang masih boleh dikategorikan sebagai golongan muda dan pelajar. Beliau yang terinspirasi dari penulisan Hamka : Tenggelamnya Kapal Van Der Wick, akhirnya mengambil keputusan untuk mengembara dan menjadi sukarelawan setelah mengalami kekecewaan kerana gagal satu subjek dan perlu mengulang setahun semata-mata untuk mengambil semula subjek itu.

Menunggu setahun untuk mengambil hanya satu subjek adalah tempoh yang panjang, bukan? Dan pastinya, jika kita berada pada situasi yang sama seperti saudara Izzat Ibrahim, kita juga akan terfikir-fikir apa aktiviti yang boleh dilakukan atau tempat mana yang boleh dilawati untuk merawat kedukaan. Setelah mengulang baca buku ini berkali-kali, saya menganggap peluang untuk beliau menjadi sukarelawan di Kem Pelarian Calais benar-benar anugerah oleh Allah kepadanya. Bagaimana beliau memasak untuk 1000 orang pelarian setiap hari, mengurus para sukarelawan jangka masa pendek di dapur, berkomunikasi dengan not yet Muslim dan banyak lagi diceritakan dalam buku ini. Dalam setiap peristiwa sayu, terhibur, takut dan terharu pasti diselitkan nilai-nilai yang boleh kita pelajari dalam kehidupan. 

"Dunia ini sangat terasa indah kerana wujudnya manusia sepertimu". Serangkap kata yang ditulis oleh beliau bersama autograf tandatangannya di halaman pertama buku yang saya baca. Kata-kata ini saya kembalikan kepada diri penulis kerana berjaya menginspirasi setiap orang yang membaca pengalamannya. Wallahu a'lam.

P/s : Entri paling pendek sebab kali pertama buat review buku. Rasanya, saya tak perlu cerita panjang-panjang, sebab sisbear semua pecinta buku dan akan cari buku ni. Hehe. Untuk pengetahuan semua, sempena Aidilfitri yang masih berbaki, buku ini sedang dijual dengan harga promosi, RM20 dari harga asal RM26. Siap tandatangan penulis lagi.. Boleh roger Fb penulis untuk sebarang pembelian, ada nombor telefon di situ. Saya sendiri sudah beli 7 buah naskhah, anda bila lagi?

N.H. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...