Skip to main content

Bulan Lapan

  يأيها الناس إنا خلقنٰكم من ذكر وأنثى وجعلنٰكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقٰكم إن الله عليم خبير

Al hujuraat ,ayat 13
Maksudnya:
Hai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
.
.

Kite orang melayu.Duduk di negara majmuk.Satu kelebihan,kite dapat,bergaul dengan bangsa yg pelbagai.

Tapi,agak agak kita hidup dekat bumi Malaysia yg majmuk masyarakatnya,kite kenal tak mereka mereka yg tinggal senegara dengan kita.Kaum cina,kaum India,dan lain2 kaum.

18 thn,20 thn,33 thn,50 thn,,
Berapa pun umur kita sekarang ni,berapa peratus kita betul2 mengenali orang yg hidup dekat dengan kita.Yang kita banggakan sangat dengan uniknya Malaysia.

Penting ke kite kenal mengenali ni?

Penting sangat.

Sangat rugi bagi negara islam seperti Malaysia yang mempunyai masyarakat yg majmuk,jika kite tidak dapat menyebarkan indahnya islam itu.

Alangkah ruginya diri kite,jika kite sia siakan sahaja peluang dakwah itu.

Jadi bila kita nak sampaikan pada orang bukan islam(org islam pun sekali,sesiapa je) tentang islam kite kena tahu,kite kena kenal,siapa mereka.

Sebab orang selalu kata,kalau x kenal maka x cinta.Betul lah tu,x kenal maka x tahu,x kenal maka x kenal,jadi,x kenal maka kenallah,x kenal maka taaruflah.
.
.
.

Jadi,jom kite tambah ilmu untuk lebih mengenali siapa kaum India yg tinggal di Malaysia.


Bahasa

1.Telugu,Tamil,Hindi,Malayalam

Kepercayaan

1.Agama Hindu
2.Kristian
3.Islam

Penganut Agama Hindu di Malaysia

Terdapat 3 golongan;

1.Percaya patung berhala yang disembah adalah tuhan

2.Tidak percaya patung berhala itu tuhan,tetapi percaya patung berhala adalah perantara di antara manusia dengan tuhan

3.Patung itu bukan tuhan.Tapi mereka percaya ada Tuhan.

Agama hindu banyak sangat Tuhan(nama tuhan),tapi mereka percaya hanya pada satu tuhan.

Perayaan

1.Deepavali

Deepa>cahaya ,vali>perayaan

Boleh ke nak ucap Selamat hari Deepavali kepada mereka yang menyambut?

Sekiranya,ucapan itu melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan islam atau menganggap semua agama itu sama rata,maka tidak boleh kita ucapkan,
Tetapi,jika kita mengucapkan atas dasar kemasyarakatan,perpaduan dan untuk keharmonian negara,maka,boleh untuk kite ucapkan.

2.Thaipusam

Merupakan sambutan untuk menyambut hari lahir Tuhan mereka.

3.Ponggal

Merupakan perayaan menuai.

Pakaian

1.sari
2.kurta
3.Punjabi
4.Dhoti

Makanan

1.Daun pisang
2.Tosai
3.Muruku
4.Vegeterion

Tarian

1.Serimpi
2.Shobana

Tarian klasik yang dilakukan oleh kaum india adalah haram dilakukan kerana terdapat unsur syirik.

Kematian

Ada dua cara untuk menguruskan mayat orang india.

1.Dikebumikan/ditanam
-orang yang belum berkahwin dan kanak2
-orang yang tinggal di kawasan luar bandar

2.Dibakar
-orang yang sudah berkahwin
-orang yang tinggal di bandar,sebab tiada tanah untuk ditanam

Dan banyak lagi sebenarnya tentang kaum
India yang boleh kite pelajari dan fahami.
Begitu juga dengan kaum2 lain kite boleh belajar sikit demi sedikit agar kite ada ilmu untuk berdakwah kepada mereka.

Akhir kata,marilah kita bersama2 menghargai setiap keunikan anugerah Ilahi.

Selamat bulan merdeka!!!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...