Skip to main content

Posts

MUNA SAYANG

Bermula jam 3 petang, kami mula bergaul dengan kanak-kanak di situ. Mereka baru sahaja selesai berprogram dengan pelarian Syria. Kami sepertinya datang pada masa yang kurang sesuai. Mereka sudah keletihan. Tapi alhamdulillah kami bawa aiskrim untuk menyegarkan mereka kembali. Task pertama kami adalah untuk bermesra dengan kanak-kanak di Rumah Mawaddah. Ini kunjungan pertama kami sebagai satu biro Community Service PSYCSTA berjumlah 11 orang. Mataku melilau mencari adik-adik yang tiada "company" di ruang tamu itu. Beberapa cubaan awal kurang berjaya kerana mereka leka bermain dengan permainan baru yang baru didapatinya. Aku mencari sasaran seterusnya. Aku ternampak seorang kanak-kanak perempuan.  Orangnya kecil dan kurus. Dia memakai tudung sarung berwarna hitam dan baju Ana Muslim berwarna merah.  Malu-malu pada mulanya. Macam biasa, aku akan mulakan perbualan dengan: "Nama awak apa?" Aku cuba melemparkan senyuman semanis mungkin. "...

MASJID-HOPPING DI BUMI EROPAH

credits to its owner "Ah! Penatnya jalan," tubuh Ainin dihempaskan ke katil. "Isya' masuk pukul berapa? " "Entah la, kene rajin tengok i-solat,” balas Akillah. *Perancis* Ya. 3 hari berada di bumi Eiffel Tower ini, tiada kedengaran walau satu azan berkumandang. Tubuh-tubuh yang penat tadi merehatkan diri sementara menunggu waktu isya'.  "Kita kena cari masjid yang dekat dengan kita, solat jamak zohor asar sekali jamak maghrib isya, nanti senang sikit jalan-jalan kalau dah jamak takdim," ujar Ainin.  "Masjid paling dekat 2 km, 35 minit berjalan kaki," kata Akillah sambil melihat Maps di dalam telefon pintarnya. "Dalam ni kata 'Your location is on your right', tapi kenapa tak nampak pun masjid? " kata Akillah sambil menoleh ke sekeliling untuk mencari masjid.              Siapa sangka, masjid yang sungguh bersih ini, dan layanan peramah penghuninya terselindung di sebalik bangunan-bangunan ...

Aku dan Malam

Ada apa pada malam hari? Masihkah ada beza pada malam dan siangku? Sebagaimana matahari dan bulan  saling melengkapi? Sebagaimana siang dan malam saling melengkapi? Mampukah malamku merawat lelah dan lukaku pada siangnya? Aku rindu malam-malam itu, Malam di mana hatiku hidup dan diterangi, Meluah rasa dan puas mengadu, Memohon petunjuk dan yakin Dia sentiasa memandu, Ketika kuat diuji atau hari-hari sunyi, Aku mahu setia padamu! Tapi ada bisikan menerjah, Bagaimana kamu menagih kasih pada yang ghaib? Ibarat melepas rindu pada seorang yang terhijab! Manakah rupanya yang sentiasa kamu idamkan?, Api rindumu tak akan terpadam! Aqal dan naqal sudah berbicara, Tidak mengapa walaupun kekasihnya itu di balik tabir, Sementara hatinya merasa puas dengan menyebut-nyebut, dengan tidak mengharapkan selainNya, dengan menzahirkan cintanya, sehingga perkara itu menjadi sebati dengan dirinya, Tidakkah penat si kekasih menunggu jawapan? Betapa tidak!  Hati yang berm...

RUDY HABIBIE : AIR MATA SANG MATA AIR

“Didiklah anakmu dengan sungguh-sungguh, karena ia akan hidup di sebuah masa selain zamanmu,” ( Ali bin Abi Thalib ) Kalau diikutkan filem Rudy Habibie ini dari tahun lepas sudah didorong dan dipromosi untuk menonton filem ini tapi masih tak kesampaian. Sampaikan saya ingat akhir semester pendek, ada yang menyempat berjenaka buat parodi gambar Rudy Habibie di kelas. Tapi waktu itu tiada apa yang saya tahu melainkan hanya nama sang “pria mahasiswa”. Ada juga rancang untuk ditonton secara jamaei bersama sahabat-sahabat lain, namun Rudy Habibi tidak menjadi pilihan di saat akhir atas faktor-faktor tertentu ( ada permintaan filem lain iaitu Sang Murabbi). Akhirnya, saya memilih masa yang tepat untuk meneroka filem berlatarkan “bahtera sang mahasiswa” ini secara fardhi. Hari itu aadalah hari jumaat penghulu segala hari dan petang itu sungguh mendamaikan. Adapun filem ini dikreditkan langsung kepada Bekas Tokoh Presiden Indonesia yang ketiga iaitu Pak  Bacharuddin Jusu...

Dia yang Dirindukan

05.03.17 Begitu pantas sekali masa itu berlalu. Masih terbayang adegan si anak kecil berhingusan itu berlari-lari mengejar kawan sepermainannya. "Jangan lah laju sangat!!! Alaa.. sampai hati tinggal aku.." "Lambat.. lambat..wuuuu" Rindu. Rindu untuk menjadi kanak-kanak itu kembali. Riang. Ceria. Tanpa masalah. ada pun masalah, masalah yang tidur lepas tu bangun terus lupa. Kini, si anak kecil itu membesar menjadi seorang gadis, yang sederhana perwatakannya. Ramai yang menafsir pribadinya. Biarpun, dirinya lebih mengetahui. #Sambungan ... Seperti biasa, bangunan itu menjadi rumah ketiganya selepas bangunan jauh yang terletak di hujung dunia itu dan juga masjid yang menjadi tempat bertemunya mereka yang beriman. Mereka(bangunan) adalah saksi si gadis itu meluahkan segala rasa dan penat lelahnya seakan akan bangunan bisu itu memahami isi hatinya. Kaki menyusun langkah dengan pantas dan penuh cermat, berjalan menuju bangunan itu lagi. Tiba di sana, mat...

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK : HAYATI DAN PELERAIAN YANG MENGHIDUPKAN

"Berbahagialah siapa yang selalu ingat hari akhir, beramaluntuk menghadap hari perhitungan  dan merasa puas dengan ala kadarnya. Sementara ia ridha sepenuhnya dengan pemberian Allah." (Saidina Ali R.A) { VERSI YANG PANJANG, MOGA SETIA MEMBACA SETIAP BAIT AYAT}    Untuk tulisan kali ini saya akan buat sedikit imbasan kembali tentang sebuah filem yang sudah ditayangkan satu dua tahun lepas iaitu Tenggelamnya Kapal Vanderwick. Benar, agak lewat sebenarnya untuk mengulas tentang penceritaan agung filem ini kerana tidak lagi menjadi trend terhangat, namun saya rasa tidak ada masalah untuk kita ikuti kembali hikmah disebalik kisah percintaan pertengahan jalan antara Zainuddin dan Hayati ini. Sudah lama saya simpan olahan cerita ini cuma tidak diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Terima kasih kepada page Iqra IIUM kerana berkongsi video pendek TKV ini dan akhirnya menginspirasikan untuk saya menulis semula.    Sebenarnya saya tidak berniat untuk sem...