Fatma hanya tua setahun daripadaku. Dia merupakan pelajar tahun tiga bidang Usuluddin dari Universiti Marmara, Turki dan seorang yang sangat aktif. Program pertukaran pelajar di UIA merupakan program pertukaran pelajar yang ketiga yang disertainya; sebelum ini, di Oman dan Jordan. Yang mengagumkan aku, dia juga fasih berbahasa Arab. Sebelum dirinya kembali ke Turki, dia ingin cuba sedaya upaya melawat kawasan-kawasan di sekitar Asia Tenggara. Destinasi akhir sesi jelajahnya merupakan Terengganu, negeri pesisir pantai di pantai timur Malaysia dan aku diberi peluang untuk menjadi tuan rumahnya selama 3 hari 2 malam. Selama 3 hari, aku membawanya ke tempat-tempat tarikan pelancong di bandar Kuala Terengganu seperti Pantai Batu Burok, Bukit Puteri, Istana Maziah, Dataran Syahbandar, Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan beberapa lagi. Nanti boleh rujuk pautan di akhir post ini tentang tempat-tempat tarikan pelancong di Kuala Terengganu. ...
"Biar mati dalam memberi, demi raih redha Ilahi."