Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

FALSAFAH AL HAYAH

Pertengahan Januari ialah kemuncak musim syita’ di Mesir dan sekitar tanah arab. Waktu ini kebiasaannya semua penuntut ilmu khususnya di Azhar sedang bertungkus lumus dengan imtihan faslul awwal. Di mana-mana sahaja semua kelihatan sedang bergelut dengan nota atau buku yang mengandungi muqorror(silibus) yang perlu dihafal lumat sebelum hari peperiksaan menjengah. Ruangan masjid-masjid  juga sering penuh dan menjadi tempat pilihan untuk muzakarah dan menghafal kerana bebas Wifi dan bahan kunyahan(makanan). Masakan tidak, sausana sejuk seolah-olah berkrompomi dengan perut agar meminta dipenuhi setiap masa. Kata guru kami Sidna Syaikh Fauzi Kunati hafizahullah ketika dalam darsnya di Jami’ Azhar, “ Tolabul ilmi  akan bersedia memahamkan, menghafal, muzakarah sepanjang masa sejak hari pertama dia mempelajari mana-mana kitab tetapi  tolabul imtihan  akan belajar di penghujungnya, habis imtihan habislah segala yang dihafalnya.” Begitulah di A...

RINDU

Dulu semasa aku baru keluar dari Kolej Al-Quran (KQ) dan berhijrah ke alam kampus universiti awam, aku sering terkenang-kenang akan suasana di Kolej al-Quran. Senandung rindu aku nyanyikan melalui aksara-aksara digital di dinding blog aku. Kadang-kadang rindu itu membuak-buak sehingga menimbulkan rasa sayu dan hiba yang mendalam.  Kenapa? Keserabutan menyelubungi minda dan hatiku bila dikelilingi suasana yang begitu mudah terdedah kepada maksiat dan mencabar prinsip hidupku di alam kampus. Cahaya mulai kelam dan gelap menyelubungi. Lama-kelamaan aku mulai tertekan dalam menentukan batas diri. Aku terperangkap dalam jaring keraguan. Segala kenangan damai dan manis yang lalu juga sering datang ke mindaku, menambahkan rasa terkilan dan rindu yang menghiris. Lalu, aku membuat   kesimpulan bahawa; Terlalu berpaut pada kenangan tidak akan membuahkan faedah melainkan ia menjadi pendorong untuk membuat perubahan hari ini.  Kemudian, aku memutuskan untuk tidak l...