1. "Kenapa asyik aku yang kena buat kerja? Kenapa asyik aku yang diberi tugas dan amanah? Sedangkan ramai lagi yang boleh buat. Kenapa aku?" Sebab Allah sayang kat awak. Allah nak bagi peluang awak berbakti lebih dari orang lain. Kata ulama': Kalau nak tahu kat mana darjat awak di sisi Dia, tengok kat mana Allah letak kita. Cuba kita fikir, jawatan besar dalam syarikat mesti untuk orang yang dipercayai kan.Bila makin susah tugas, makin berat posisi, makin beban kerja, berbahagialah. Sebab ini bermakna Allah percayakan kita untuk galas. Jangan siakan kepercayaan Dia pada kita. Banyakkan berdoa supaya Allah bimbing dalam setiap tindakan kita :) 2. " Kenapa Allah pilih aku sedangkan aku terlalu banyak dosa, aku tak layak untuk diletakkan di posisi ini.." Satu, bersyukurlah kerana awak sedar akan dosa, tetapi sedar sahaja tak cukup. Usaha, tinggalkan dosa - dosa tu. Kedua, pandanglah sudut hikmah. Mungkin dengan posisi ini, awak akan lebih terjaga da...
"Biar mati dalam memberi, demi raih redha Ilahi."