Salam semua! Cuti semester bakal tamat tidak lama lagi. Pelajar-pelajar universiti akan kembali ke kampus masing-masing. Harapnya kita pulang dengan berbekalkan jiwa yang tenang & fikiran yang lapang untuk menghadapi cabaran baru. Bagaimanakah cuti anda kali ini? Bermanfaat dan padat? Atau lesu dengan hanya menambah lemak di badan? Inilah kali pertama saya bercuti 2 bulan lebih sepenuhnya di rumah. Saya tidak berpeluang untuk merantau ke negeri lain kali ini, mahupun ke Selangor, satu daripada kampung halaman saya sendiri. Perasaan bercuti selama 2 bulan lebih ini di rumah? Wah bercampur baur, sejujurnya. Biasanya saya akan berasa lemas apabila terperuk di rumah walaupun baru seminggu. Sehinggalah satu hari semasa cuti semester lepas, saya lepaskan keluhan kepada ibu; "Ibu, boring la duk rumah je" "Are you saying that you are bored spending time with the most important people in your life?" Jawapan ibu membuatkan saya terdiam, tidak la...
"Biar mati dalam memberi, demi raih redha Ilahi."