Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Menuju Penghujung Usia

Bismillah walhamdulillah. Setelah aku berjaya mengkhatamkan Risalah untuk Warga Tua, salah satu risalah daripada Risalah An-Nur, yang ditulis oleh Badiuzzaman Said Nursi, air mata ku tumpah menderu-deru. Segunung dosa begitu berat membenani jiwa dan perasaan. Keinsafan semakin menyelubungi diri tatkala dahi dirapatkan ke bumi, bersujud di hadapan Ilahi.. 'Ya Allah.. betapa aku menzalimi diri.. Ampunilah diriku..'  Mengapakah gambaran kematian yang begitu menakutkan tidak pernah ku bayangkan sebagaimana Badiuzzaman bayangkan. Beliau benar-benar terpaku setelah membaca sebaris Firman Allah dari Surah Al-Qasas ayat 88 : Maksudnya : "... tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah. bagiNyalah Kuasa memutuskan Segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan)" Beliau menukilkan di dalam bukunya, Rahsia tersebut terbongkar kepada saya dalam keadaan yang amat jelas sehingga saya...

[ Camp De Calais: Khazanah Inspirasi ]

Bismillah, Sebenarnya saya dah ada senarai buku-buku yang mesti saya habiskan baca untuk tahun 2017. Tapi, ketika buku ini keluar dalam pasaran buku 2017, saya seperti ditarik oleh magnet yang kuat untuk membacanya dari awal sampai habis. Ajaib.  Credit to www.mustread.com.my "Yeay..dah habis bacaa", seloroh saya ketika di dalam bas. "Eh, buku tu. Nak pinjam jap..", kata kakak yang duduk belakang saya. Setelah saya beri dia pinjam, kadang dia ketawa, kadang dia mengeluarkan nada terharu.. sejam atau 2 jam kemudian.. "wahh bestla buku ni. Dah habiss", kata kakak tu. "Eh, biar betul. Dah habis?!" "Dah...", jawabnya gembira sambil memberi sedikit ulasan. Ulasannya itulah membuatkan saya percaya bahawa apa yang dia baca sama seperti yang saya baca. Apapun, suka untuk saya jadikan buku ini salah satu entri dalam blog Aksara Sisterbear kerana buku ini merupakan karya sulung saudara Izzat Ibrahim (kal...

Istiqamah hingga Akhirnya..

Hari ini semua adik beradik telah pulang ke tempat masing-masing, ada yang belajar , ada yang kerja..Tinggal lah Naura bersama kakaknya, sebelum kakaknya juga akan pulang pada esok hari.   “Kak cik.. Jom tengok cerita My Girl malam ni..” Ajak Naura. Tetiba rasa macam nak tengok cerita kelakar.. My girl – cerita drama bersiri korea yang bergenre komedi ,Saje nak habiskan masa bersama kakak.  “Naura, dulu kan.. kak cik ada sorang kawan ni.. Dia hafizah jugak.. Pastu dia selalu bebel kalau dia tertengok iklan cerita, sebab dia kata nanti mesti ada ayat yang dia lupa. Tu baru iklan. Kak Cik hairan dengan Naura, boleh pulak nak tengok cerita..Tak takut ayat hilang ke..?” Jawapan balas dari kak cik menjadikan dapur itu sunyi seketika. Naura menyambung tugasan menyiapkan juadah petang, Kak  cik terus membasuh pinggan. Sepi. Tiada lagi bicara selepas itu.      Badan dihempaskan ke atas katil. Matanya memandang kipas angin yang li...