Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

P. O. S. I. T. I. F

Busyra termenung panjang mengenangkan Ramadhan yang bakal pergi.  Bagaimanakah keadaan dirinya sepanjang ramadhan ini..  Tarbiyyah apakah yang dilalui untuk bulan ini? Ramadhan kali ni banyak Allah uji tentang berbaik sangka dan positifkan diri.. Banyak kali diri terpaksa berperang sesama sendiri, sisi positif berlawan dengan sisi negatif. Setiap kali tiba waktu cuti, Busyra akan menghadapi kerisauan yang sama. Macam mana nak terus komited walaupun di rumah.  Dan macam biasa, sisi positif akan muncul "Ah Busyra.. boleh je kat rumah pun.. kau susun la masa kau.. bila time semua kerja, haa buat la kerja tu jugak" Haah. betul.. sebenarnya kita boleh buat dengan syarat hati kita ada bersama. Orang melayu, orang putih semua kata benda sama, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Takkan aku nak jawab bila Allah tanya, "Busyra, kenapa kau tak jalankan amanah kau?" "Sebab saya ada kat rumah.. saya tak sempat nak buka semua group " Monolog Busyra sendi...

RAMADHAN, SUDAHKAH AKU MENGHARGAINYA?

Koh koh! Dua kali batuk itu menghentikan hirupan sup yang enak. "Pediihh", jerit Awfa. "Arghh..panaass" "Air air.. tapi pediih" "Panas...panas..fuh fuh" Tangannya laju mengipas-ngipaskan anak tekak. Entah berapa kali, mulut tak berhenti menjerit kalimah itu. Tekak terasa panas menggelupur, namun tidak tahu cara untuk meredakannya. Semua wajah yang memandangnya kaget dengan reaksi Awfa. Bila diberi air, Awfa kepedihan. Bila diberi buah, Awfa sukar untuk menelan. “Abang letak apa dalam sup ni? Cili ke?”, ummi jadi serba salah kerana tidak mampu membantu. “Bawang… Cili.. Minyak.. ahh pedihh”, Awfa cuba menerangkan tetapi dia juga gagal mengenal pasti punca sakitnya. "Sabar Awfa...sabar", pesan ummi. Hanya itulah kalimah yang akhirnya membuat jiwanya sedikit reda. Dia telan air bersama titisan air mata yang mengalir. Dia telan air liur sekerap mungkin demi mengurangkan derita sang anak tekak ketika waktu sah...