Bermula jam 3 petang, kami mula bergaul dengan kanak-kanak di situ. Mereka baru sahaja selesai berprogram dengan pelarian Syria. Kami sepertinya datang pada masa yang kurang sesuai. Mereka sudah keletihan. Tapi alhamdulillah kami bawa aiskrim untuk menyegarkan mereka kembali. Task pertama kami adalah untuk bermesra dengan kanak-kanak di Rumah Mawaddah. Ini kunjungan pertama kami sebagai satu biro Community Service PSYCSTA berjumlah 11 orang. Mataku melilau mencari adik-adik yang tiada "company" di ruang tamu itu. Beberapa cubaan awal kurang berjaya kerana mereka leka bermain dengan permainan baru yang baru didapatinya. Aku mencari sasaran seterusnya. Aku ternampak seorang kanak-kanak perempuan. Orangnya kecil dan kurus. Dia memakai tudung sarung berwarna hitam dan baju Ana Muslim berwarna merah. Malu-malu pada mulanya. Macam biasa, aku akan mulakan perbualan dengan: "Nama awak apa?" Aku cuba melemparkan senyuman semanis mungkin. "...
"Biar mati dalam memberi, demi raih redha Ilahi."