Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Kamu tak akan dapat kebaikan...!

"Kamu tak akan dapat (kesan)... kalau kamu tak (buat...)" "This is so (conclusion) because that is so( premise)" "طريقة الحنيفية هي تكوين القواعد الأصولية بناء على فروع"  (ilmu usul fiqh) Kamu tak akan dapat merasai hidangan ilmu kalau kamu tak baca sehingga tamat:) Betapa banyak sunnah Ilahi yang boleh kita tadabbur di sekeliling kita. Antaranya, apa yang saya leraikan dari kotak pemikiran saya saat ini. Setiap benda ada pasangan dan untuk mendapatkan sesuatu ada syaratnya. Malangnya, kebanyakan orang tidak berusaha melunaskan tuntutan kepada sesuatu yang dikehendaki. Tidak dinafikan, tuntutan itu mestilah sesuatu yang berat dan menuntut tuntutan yang lain seperti pengorbanan dan keikhlasan . Kata-kata hikmah Arab ini cukup menghunus hati ketika menyerang idea saya: ترجو النجاة ولم تسلك مسالكها * إن السفينة لا تجري على يبس Kamu hendakkan keselamatan tetapi kamu tak mengikut caranya, Sesungguhnya kapal tak berlayar di atas daratan. ...

Dan Masa Terus Berlari

Credits to its respective owner Mindanya yang kian tumpul Katanya yang kian tak teratur Mengingatkan aku Yang maha bijaksana bukan kita  Kedut seribu tangannya Perlahan derap langkahnya Mengingatkan aku Usia muda tak selamanya  Masa kian suntuk Hari-hari sudah terkubur Usia juga pantas berlalu Membawa bersama kemudaan kita Malanglah kita yang sentiasa leka Rugilah kita yang sentiasa alpa Bila jarum masa berlari Kita masih kaku di sini.   21 April 2017 11.03 pm Petaling Jaya.

Frequently Asked Questions versi Perang Hati

1. "Kenapa asyik aku yang kena buat kerja? Kenapa asyik aku yang diberi tugas dan amanah? Sedangkan ramai lagi yang boleh buat. Kenapa aku?" Sebab Allah sayang kat awak. Allah nak bagi peluang awak berbakti lebih dari orang lain. Kata ulama': Kalau nak tahu kat mana darjat awak di sisi Dia, tengok kat mana Allah letak kita. Cuba kita fikir, jawatan besar dalam syarikat mesti untuk orang yang dipercayai kan.Bila makin susah tugas, makin berat posisi, makin beban kerja, berbahagialah. Sebab ini bermakna Allah percayakan kita untuk galas. Jangan siakan kepercayaan Dia pada kita. Banyakkan berdoa supaya Allah bimbing dalam setiap tindakan kita :) 2. " Kenapa Allah pilih aku sedangkan aku terlalu banyak dosa, aku tak layak untuk diletakkan di posisi ini.." Satu, bersyukurlah kerana awak sedar akan dosa, tetapi sedar sahaja tak cukup. Usaha, tinggalkan dosa - dosa tu. Kedua, pandanglah sudut hikmah. Mungkin dengan posisi ini, awak akan lebih terjaga da...

Manfaatkan kedua ibu bapamu!

"Hang tengah buat apa tu?"  "Emm.. tak buat apa pun" " Hang tengah buat apa tu?" "Baca ni" "Hang tengah buat apa tu?"    " Baca blog ni!" Cuba bayangkan bahawa soalan ini ditanya oleh rakan yang berada di samping pembaca sekarang. Apakah jawapan berserta nada yang bakal mengiringi setiap soalan yang berulang itu? Ada 4 jawapan MCQ ( Multiple Choice Questions) disediakan. A. Mendiamkan diri B. Jawab dengan nada suara yang meninggi C. Jawab dengan mimik muka meluat D. Jawab dengan penuh kasih sayang      *Pesanan: Jangan lorekkan jawapan, ini bukan kertas OMR( Optical Mark Recognition):) Mungkin iklan raya Petronas suatu ketika dahulu sedang bertamu di ingatan pembaca sekalian. tonton iklan petronas di sini "Abah, ni burung apa?" "Burung murai nak.." "Burung apa?" "Burung murai.." Soalan anak kecil itu dijawab dengan penuh latif oleh ayahnya tan...

7 Projek Kecil di Rumah semasa Cuti Semester

Salam semua! Cuti semester bakal tamat tidak lama lagi. Pelajar-pelajar universiti akan kembali ke kampus masing-masing. Harapnya kita pulang dengan berbekalkan jiwa yang tenang & fikiran yang lapang untuk menghadapi cabaran baru. Bagaimanakah cuti anda kali ini? Bermanfaat dan padat? Atau lesu dengan hanya menambah lemak di badan? Inilah kali pertama saya bercuti 2 bulan lebih sepenuhnya di rumah. Saya tidak berpeluang untuk merantau ke negeri lain kali ini, mahupun ke Selangor, satu daripada kampung halaman saya sendiri. Perasaan bercuti selama 2 bulan lebih ini di rumah? Wah bercampur baur, sejujurnya. Biasanya saya akan berasa lemas apabila terperuk di rumah walaupun baru seminggu. Sehinggalah satu hari semasa cuti semester lepas, saya lepaskan keluhan kepada ibu; "Ibu, boring la duk rumah je" "Are you saying that you are bored spending time with the most important people in your life?" Jawapan ibu membuatkan saya terdiam, tidak la...