PROLOG ‘Hidup ini akan terasa penat apabila kau mengharapkan penghargaan daripada manusia.Kau rasakan kau telah berpenat lelah melakukan segala, kaulah yang paling banyak bekerja, hakikatnya kosong. Kenapa? Sebab kau tak ikhlas. Dan apabila kau jatuh, kau lupa pada Yang Kuasa, lupa pada hikmah aturan Dia.Carilah Dia dalam sujudmu, hadapilah kehidupan dengan kefahaman dan iman,bukan bertonggakkan hamasahmu. Sesungguhnya Rahmat ALLAH mengajar kita untuk percaya.’ – BUSYRA CERITA 1 Pagi itu awan mendung mencorak langit. Berambal-ambalan perlahan-lahan, terlalu ‘penuh’ lalu memuntahkan segala isi membasahi kota Shah Alam yang tidak pernah sepi.Mercedes hitam berjaya melepasi persimpangan universiti sebelum lampu isyarat bertukar warna.Hyundai di belakangnya gagal mengekor jejak,terpaksa berhenti apabila lampu merah menyala.Kak Yah menghela nafas lega. Kota yang sentiasa sesak dengan kereta terutamanya pada waktu pagi,ditambah lampu isyarat yang lama – selalu melamba...
"Biar mati dalam memberi, demi raih redha Ilahi."