Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Bait-bait Kata yang Menghilang

Jam 9 pagi. Matanya mulai layu membaca baris-baris perkataan atas lembaran permukaan buku. Fokusnya mulai lari. Dia bangkit dari sofa empuk berwarna merah gelap itu, dan menggeliatkan tangannya ke udara. Nafasnya ditarik dalam-dalam untuk menghirup lebih banyak molekul oksigen ke dalam peredaran darahnya. Layyin terdengar suara sayup-sayup dari dalam bilik atuk dan neneknya. Biasanya atuk tidur bila berada di bilik. Bunyi televisyen yang masih terpasang berdengung-dengung dengan suara-suara dan muzik. Untuk menghilangkan kebosanan, dia menjenguk ke dalam bilik itu dan melabuhkan punggung di atas kerusi di antara katil bujang mereka. Atuk dan neneknya tidur di atas dua katil bujang yang berasingan sejak beberapa tahun yang lalu. Kedua-duanya menggunakan katil ala-ala katil pesakit di hospital untuk memudahkan pergerakan mereka berdua yang sudah semakin berusia. Walaupun jarak kecil memisahkan mereka, kasih sayang mereka sentiasa mekar walaupun di hujung bahtera kehidupan mereka...

Fail.

Bismillah.. Fail. Mungkin tak semua orang tahu perasaan fail ni. Fail tu subjektif. boleh jadi fail dalam nak melamar orang. boleh jadi fail nak bahagiakan mak ayah and, boleh jadi fail dalam rancang sesuatu. Semuanya atas definisi "fail" yang kamu letakkan tu macam mana.  Fail ni, kalau diikutkan pengalaman, diri sendiri banyak sangat dah tersepak, jatuh dan rebah berguling-guling. Rasa tu sangat pahit. Kadang-kadang mungkin sampai rasa macam dah 'lost'. Dah tak nak bergantung dah. Rasa nak lari je dari dunia ni. Tapi, cuba bagi suggestion? Nak lari ke mana? Sedangkan tarikh kematian kita pun dah ditetapkan olehNya. Dan kita tak boleh nak mengubah nasib diri kita andai kita tak berusaha nak ubahnya sendiri. Haritu, ada terbaca satu petikan dekat artikel someone. Dia cakap, "Kau ingat, Allah memang saja-saja je ke nak 'fail'kan kau kalau kau dah usaha? tak.. " Terdiam. Senyap. Bebola mata berulang kali baca balik ayat tu. Betul...

Sahabat

Sambil merenung ke luar jendela, kedengaran bunyi burung-burung berkicauan di siang hari yang mendung. Tap! Tap! Tap! Lagi sekali, langit merintikkan air mata jernihnya tanda hujan akan turun semahu-mahunya. Seakan-akan memahami kondisi dirinya. Kisah lalu terobek kembali. "Kau ni jangan lah terlebih gula sangat dengan mana-mana mamat. Gatal sangat kau ni. Kalau iya pun, sorang cukuplah",ujar teman seperjuangannya. "Aku tak layan pun, aku anggap macam kawan je semua,"balas dia. "Hmm kalau macam tu baguslah. Aku ni pun ada juga, tapi pasang satu je cukuplah", ujar temannya lagi Sambil sengih dia berkata,"Sebenarnya,aku nak test je masing-masing macam mana". "Kau ni memang kan". kedua-duanya ketawa. Begitulah kehidupan gadis yang baru sahaja setahun jagung melayari bahtera-bahtera dan kapal-kapal kehidupan, begitu mudah mempercayai dan memberi harapan bahawa semuanya akan indah belaka. Dia mempunyai teman yang sangat setia,...

Salam Syawal

Setahun lalu, lebih kurang tarikh dan bulan yang sama. 4 gadis berdikari ke Masjid Shah Alam untuk iktikof, mungkin untuk mencari pengalaman tetapi dalam masa sama untuk mencari lailatulqadr. Azamnya, tahun ini nak pergi bersama lagi tetapi apa lah daya saya hamba hina untuk menidakkan pemergianmu. Tahun ni hanya mampu pergi seorang diri, sorang dekat oversea, sorang lagi tengah exam final, sorang lagi tengah tunggu dipintu syurga. Ingat lagi waktu tu, banyak sangat event weekend tu tapi dibatalkan semua semata untuk iktikof di Masjid Shah Alam. Naiklah KTM, kemudian naik teksi dan sampai. Waktu tu jam masih 5 petang tapi MasyaAllah orang dah ramai berkumpul dimasjid. Masing-masing sedang mengaji quran, ada juga yang bertadarus, ada juga yang duduk bersandarkan dinding mulut terkumat kamit, zikir barangkali. Bila jam menunjukkan 6.30 petang, Imam memulakan bacaan alquran, yang sedang mengaji lekas membuka muka surat yang akan dialunkan oleh imam, walaupun suar...