Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Acah-acah jadi Parents Jap

Keretaku sudah terparkir elok di tepi jalan utama. Kebiasaannya aku lewat sedikit mengambilnya dari sekolah. Tapi hari ini aku dapat hidayah untuk datang lebih awal. Kerusi plastik biru di kantin itu aku capai, walaupun sudah berdaki-daki. Ye lah, sembilan tahun lalu, kerusi yang sama  juga yang aku gunakan semasa rehat di sekolah rendah itu.  Kanak-kanak perempuan kecil yang berkulit cerah itu baru sahaja melangkah keluar daripada kelas. Tangannya erat menggenggam sahabat baiknya, Sarah yang sama pendek dengannya. Langkah-langkah kecil mereka mulai mendekati kantin.  Sarah sudah pun menemui maknya yang sudah menunggu dari tadi. Aisyah tersenyum-senyum di sebelah Sarah, sambil menggelengkan kepala apabila mak Sarah bertanyakan sesuatu. Tudungnya sudah terkehadapan sedikit, kurang kemas daripada pagi tadi. Aku diam sahaja memerhati, saja, supaya Aisyah yang perasan aku yang duduk di situ. Renungan mataku kepada Aisyah akhirnya berbalas. Senyumannya makin leba...

Yeah! Pressure is good

Yeah! Pressure is good          Petang itu, Pak Su Syauki singgah di salah sebuah rumah anak buahnya setelah kepenatan memandu dari ibu kota ke tempat kerja sementaranya. Begitulah kehidupan seorang pekerja yang kerap outstation . Ziarah rumah saudara jika ada masa terluang menjadi kewajipan. Dia seorang bapa saudara yang sangat disukai oleh anak- anak kecil bahkan anak-anak saudaranya yang sudah menginjak dewasa turut senang mendekatinya. Anak-anak kecil mungkin suka sekali menjadikan Pak Su ‘’haiwan tunggangan ‘’ mengelilingi rumah dek kerana tubuhnya yang sasa. Manakala yang belasan tahun suka mendengar fakta-fakta trivia tetapi ilmiah yang terpacul dari mulutnya jika bersama perjalanan pacuan empat rodanya.  Pak Su bertanya dengan loghat utaranya yang masih berbaki, ''Ani, awat matahari dah tak dak kat luar tu? '' Ani menjawab tanpa berfikir panjang “sebab dia malu!’’ ''Hahahha ,  Ani kata matahari malu,''geli hati Pak Su men...

RAHSIA & CINTA

Entah mengapa tajuk ini mengetuk-ngetuk hati dan fikiran. Apa-apa pun, inginku coretkan sesuatu buat pedoman diri dan sahabat-sahabat seperjuangan. Bismillah. Pada suatu petang di sebuah masjid, dalam keserabutan manusia bertali-arus di hadapanku, Rahsia bertanya kepadaku; " Apa kaitan rahsia dengan cinta? ". Manakala Cinta pula bertanya; " Apa kaitan cinta dengan rahsia? ". Masing-masing mengangkat bahu, sambil menunggu jawapan. Hmm, aneh bukan? Aku tertunduk membisu, minta masa untuk berfikir dan bertafakkur. Ye, mungkin juga kerana baru sebentar tadi melalui satu kawasan yang mengembalikan nostalgia lama. Huhu. Aku tersenyum sendiri. Saatnya untuk aku menyingkap hikmah di sebalik yang berlaku :) Siapa kata aku tak pernah bercinta? Melangkah usia remaja, pastinya tidak terlepas dari cerita cinta. Dan teka teki cinta ini penuh rahsia. Hhe. " Eh, cerita ni saya cerita dengan awak je tau. Jangan bagitau orang lain! " Amboi, dengan ...

SIAPA SANGKA?

Assalamu'alaikum. Sengaja ku tulis 'perbualan' ini sebagai memori yang tersemat. "za, kita tengah rindu someone. Dia nak pergi jauh dari kita. sedih. So status wasup kita sekarang 'miss the mssing one' . Berakal tak? hehe" "hahaha. macam agak tak berakal.. Awak letak laaa status yang Ilmiah sikittt. Letak 'expect less hurt less' ke, tak pun awak letak love je, bagus jugak" "haha alamak2 okkk, love je okk. XD expect blabla tu status awak"  *** Sesekali ingin aku tanyakan apa khabar dia disana?  Alhamdulillah diriku baik-baik saja walaupun kaki sakit tersepak kulit durian. Sungguh durian zaman sekarang merupakan spesies suka main di tengah jalan. Maka berhati-hatilah kalian. Durian yang dipersalahkan walhal diri ini yang gopoh. 10 JUN, JUMAAT Genap tiga minggu pemergian dia. Masih segar diingatanku gelak tawanya pada 'study week' dulu. Soalan kurang bernasku ditertawakan oleh dia. Hanya saat itu! Dia...

KENAPA KAMI MENULIS ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. "Kenapa kami CUBA untuk menulis? Mungkin tajuk ini lebih tepat dengan tujuan blog post pertama blog ini dibuat. Rata-rata daripada kami (sisterbears) bukanlah ada pengalaman menulis yang serius apatah lagi menulis tulisan ilmiah yang mengangkat mana-mana idea ilmuwan sebagai dasar perbahasan. Tetapi dalam kalangan kami ada yang berpotensi menulis renungan bersahaja yang mampu menyentuh perasaan manusiawi. Ada dalam kalangan kami sering mencoret puisi yang bukan biasa-biasa dan dalam kalangan kami juga tidak putus-putus menulis untuk saling ingat mengingatkan tentang tanggungjawab menjaga Al-quran. Blog ini bakal dijadikan medan untuk meneruskan kelangsungan silaturrahim yang bermula di bumi Darul Quran pada awal tahun 2014. Di samping untuk menyampaikan pesan-pesan  kepada diri kami dan juga sahabat-sahabat di luar. Ini medan bebas bagi kami berkongsi perasan dan cerita, tadabbur Al-quran, pandangan isu semasa mahupun resensi buku. Diharapkan Alla...