Skip to main content

Frequently Asked Questions versi Perang Hati

1. "Kenapa asyik aku yang kena buat kerja? Kenapa asyik aku yang diberi tugas dan amanah? Sedangkan ramai lagi yang boleh buat. Kenapa aku?"

Sebab Allah sayang kat awak. Allah nak bagi peluang awak berbakti lebih dari orang lain. Kata ulama': Kalau nak tahu kat mana darjat awak di sisi Dia, tengok kat mana Allah letak kita. Cuba kita fikir, jawatan besar dalam syarikat mesti untuk orang yang dipercayai kan.Bila makin susah tugas, makin berat posisi, makin beban kerja, berbahagialah. Sebab ini bermakna Allah percayakan kita untuk galas. Jangan siakan kepercayaan Dia pada kita. Banyakkan berdoa supaya Allah bimbing dalam setiap tindakan kita :)

2. "Kenapa Allah pilih aku sedangkan aku terlalu banyak dosa, aku tak layak untuk diletakkan di posisi ini.."

Satu, bersyukurlah kerana awak sedar akan dosa, tetapi sedar sahaja tak cukup. Usaha, tinggalkan dosa - dosa tu. Kedua, pandanglah sudut hikmah. Mungkin dengan posisi ini, awak akan lebih terjaga daripada melakukan dosa malah awak lebih berusaha untuk lebih dekat dengan Dia. Awak tahu awak perlu tunjukkan qudwah yang baik, lalu secara tidak langsung amanah ini lah yang mendidik awak. Cantik kan aturan Tuhan :)

3. Situasi : Bila rasa nak curi tulang, rasa malas nak buat, rasa nak rehat.
"Orang lain boleh senyap dalam group assignment, orang lain boleh tak buat kerja, tak buka group wasap, tak balas wasap, nanti ada la orang ganti buat.. settle.. takkan aku tak boleh buat macam tu?"

Buatlah kalau awak rasa awak ada jawapan untuk jawab bila Allah tanya nanti. Buatlah kalau awak rasa yakin dengan jawapan; "Kalau orang lain boleh buat macam tu, takkan aku tak boleh"  itu boleh kita guna pada hari perhitungan nanti.  Awak, kalau orang lain nak buat macam tu, biar la diorang buat. Yang kena jawab nanti diorang. Tapi kalau awak buat macam tu, awak yang kena jawab sendiri. Amanah bukan untuk dipilih waktu semangat, bukan untuk dipilih yang mana kita suka, tapi untuk dilunas dengan sebaiknya. Sepatutnya kita yang menyedarkan mereka, bukannya kita cemburu nak buat macam mereka juga. Yang baik ikut, yang tak baik tegur. Itulah agama :)

4.  Situasi : Bila orang yang diharapkan tetiba senyap, atau kecewakan kita.
"Kenapa dia sanggup buat macam ni.. dia tak fikir ke sisi kita macam mana? Dia sorang je ada masalah?"

Pertama, pandanglah sudut positif. Dia orang yang kita letakkan harapan yang tinggi sebab kita percaya pada dia. Apa yang menyebabkan kita percaya pada dia? Pasti sebab yang besar kan. Maka jangan biarkan amarah membunuh kepercayaan kita kepada dia.. pasti dia ada masalah, atau dia sakit, letakkan sebanyak mungkin sebab untuk kita bersangka baik. Awak, sedangkan sangka baik itu tahap ukhuwah yang paling bawah huhu.. Ingat, dialah sahabat tapi dia juga manusia yang mungkin buat silap seperti kita. Maka, tabayyun lah.Tanya elok-elok kenapa. Doakan moga Allah mudahkan semua, kita dan dia. Dan seterusnya letakkanlah kebergantungan sepenuhnya kepada Tuhan. Kita kecewa kerana kita terlalu mengharap pada manusia. Sehingga kita lupa yang mengatur segalanya siapa :)

5. Situasi : Bila ada masalah, rasa penat, rasa tak mampu nak teruskan, semangat pun dah hilang.
"Sampai bila aku kena buat semua ini, bila semua ini akan berakhir?"

Senyum. Awak, nak tanya ni, kita hidup kat dunia ni untuk apa? Dunia ni sekejap je awak. Tetapi yang sekejap nilah yang kita akan minta untuk ulang balik hidup kat sini kalau kita tak gunakan sebaiknya. Dan waktu itu, kita tak dapat ulang balik dah. Maka, manfaatkanlah masa yang singkat untuk kebahagiaan yang abadi.  Jangan korbankan akhirat untuk kesenangan dunia, kerana syurga itu tersembunyi dengan sesuatu yang dibenci nafsu. Oh ye, semangat hilang kerana rohani sakit.  Bila kali terakhir awak solat dengan khusyuk? Bila kali terakhir awak berdoa bersungguh-sungguh? Bila kali terakhir awak korbankan tidur? Korbankan harta lalu sedekah? Korbankan nafsu makan lalu puasa lillahi Taala? Awak ada jawapannya, dan awak tahu apa yang awak kena buat :)

6. Situasi : Bila rasa penat jadi orang yang diharapkan di semua tempat, rasa penat kena sentiasa menggerakkan.
"Kenapa rasa macam aku kena perjuangkan semuanya sorang - sorang? Teringin nak jadi pengikut yang follow semuanya."

Penat akan hadir, kerana kita manusia yang ada batas kudratnya. Sebab itu jangan abaikan hak badan awak. Dan bila kita penat, macam - macam perasaan akan datang, itu syaitan saje nak melemahkan, nak melagakan. Rasa buat sorang-sorang? Pandang sekeliling. Alam semua bekerja untuk Tuhan, akhirnya bagi manfaat kat awak. Diorang tak mengeluh pun kenapa manusia tak buat kerja yang diorang kena buat. Badan kita bekerja sepenuhnya untuk kita sepanjang masa, tak pernah rasa penat.  Malu pada pokok, jari-jemari, awan yang setia dengan tugasnya. Seterusnya tanya pada hati, kenapa ye boleh jadi macam ni? Mungkin ada silap kita di mana-mana. Dan akhir sekali, kita ada senjata ampuh: Doa. Mintalah pada Dia, lembutkan hati mereka untuk sama-sama berjuang, mudahkan urusan mereka yang mengganggu untuk bekerja. Sekali kita doa untuk orang, berkali-kali doa itu kembali untuk kita :)

Wallahua'lam

p/s : Jawapan - jawapan ini untuk diri saya sendiri, moga saat perang ini datang, nafsu saya berjaya ditewaskan. Juga untuk mereka yang turut berperang dengan hati. Moga kita semua dikurniakan qolbun saleem.. Ameen ya Robb.

And He knows the best for you :)
Berhentilah mengalir, Allah kan ada :)

Bintun Isa Rohana


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...