Skip to main content

P. O. S. I. T. I. F


Busyra termenung panjang mengenangkan Ramadhan yang bakal pergi.  Bagaimanakah keadaan dirinya sepanjang ramadhan ini..  Tarbiyyah apakah yang dilalui untuk bulan ini?
Ramadhan kali ni banyak Allah uji tentang berbaik sangka dan positifkan diri..
Banyak kali diri terpaksa berperang sesama sendiri, sisi positif berlawan dengan sisi negatif.

Setiap kali tiba waktu cuti, Busyra akan menghadapi kerisauan yang sama. Macam mana nak terus komited walaupun di rumah.  Dan macam biasa, sisi positif akan muncul "Ah Busyra.. boleh je kat rumah pun.. kau susun la masa kau.. bila time semua kerja, haa buat la kerja tu jugak"

Haah. betul.. sebenarnya kita boleh buat dengan syarat hati kita ada bersama. Orang melayu, orang putih semua kata benda sama, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Takkan aku nak jawab bila Allah tanya, "Busyra, kenapa kau tak jalankan amanah kau?"
"Sebab saya ada kat rumah.. saya tak sempat nak buka semua group "
Monolog Busyra sendirian.

" Ah" Busyra menggeliatkan badan. Penat pula duduk termenung macam ni. Lalu daun jendela ditarik.. petang ni hujan .. Lailatul Qadar kah malam ni?

Trett trett.. getaran handphone menandakan ada mesej di whatsapp masuk.. lantas dicapai dan dibaca..

" busyra, ada nak saya tolong pape tak? jadi assistant ke.. busyra ni gigih buat sorang - sorang semua benda, mesti penat kan"
Mesej daripada Hana memaksa bibirnya mengukir senyum.

Penat ke? Akhirnya Busyra mengangguk perlahan. Betul, dia penat. Tapi bukan penat buat semua kerja tu.. Dia rasa penat berperang dengan diri sendiri, penat untuk memaksa diri sentiasa positif.

Setiap kali perbincangan maya dibuat, sama ada melalui group whatsapp atau telegram pasti hanya beberapa kerat yang muncul. Dan jarang perbincangan itu dapat diselesaikan dalam sehari. Saat itu, hati busyra akan mencari seribu sebab untuk bersangka baik dengan semua.

"ohh dia busy kat rumah, tak sempat tengok group "
" ni kerja ni.. takde masa "
" dia ngaji kot"
"nanti esok dia baca kot"

Dan begitulah seterusnya..

"Allahu Hana.. dah Nama pun tanggungjawab :) terima kasih Hana.. doakan sy sentiasa positif eh " balas Busyra pendek.

Jujur dia sedih. Sedih setiap kali pm tak dibalas. Hantar sepuluh ayat, dibalas satu ayat.. malah ada yang hanya baca tanpa sebarang respon. Sedih apabila baca alasan dan sebab yang diberi.
Dan dia lagi sedih apabila orang yang diharapkan juga ingin menarik diri. Siapa yang akan ganti?

Allahu akbar.. istighfar Busyra.. kau minta Allah jadikan kau sabar kan? ini lah cara nak bagi kau sabar..

Busyra tersenyum sendiri. Masalah takkan berhenti setakat kita sabar je, setakat kita positif je.. tetapi kita mesti cari solusi untuk masalah tersebut.

Seringkali Busyra mengadu pada sahabat sekelabnya, mereka akan bagi alasan yang sama.. mungkin dia tak baca lg, dia busy, dia dan dia..

Betul, kita kena bersangka baik. Sebab tu husnuzhon merupakan tahap pertama dalam ukhuwah, kerana ia membantu untuk kita berlapang dada.

Tetapi husnuzhon sahaja tidak cukup. Kita kena buat sesuatu untuk atasi masalah tersebut. Kalau kita berhenti setakat husnuzhon sahaja, masalah akan kekal sebagai masalah, alasan makin bertambah dan hasilnya akan sama.

Sama juga jika sahabat kita tak siapkan bahagian dia dalam assignment, betul Kita kena husnuzhon, Mungkin dia demam, Mungkin dia tak tahu.
Tetapi adakah cukup setakat Kita bersangka baik dan lepas tu nothing? dan dia terus tak buat assignment selagi alasan itu masih wujud. Macam mana dengan assignment kita? biarkan tidak siap?

Kalau kita bagi alasan, sekarang musim cuti, semua kat rumah.. then adakah Kita nak tunggu sampai habis cuti?
No Busyra..
Do something..!
Positif sahaja tidak cukup, perlu disertakan dengan tindakan :)

Yup.. kita kena  positif untuk sisi bertahan, tapi kita takkan mampu bertahan lama kalau kita tak ada sisi untuk ubah.

Sahabat yang baik akan berlapang dada dengan kekurangan yang ada pada sahabatnya.. Tetapi sahabat syurga akan berlapang dada dan bantu untuk perbaiki kekurangan sahabatnya itu...

Doakan Busyra terus kuat untuk terus positif. Noktah.

p/s : kita mungkin senang mencipta alasan dengan manusia.. tapi kawan, sebelum bagi alasan tu, cuba fikir kalau Kita jawab macam tu depan tuhan? Kalau rasa yakin alasan tu boleh bagi depan tuhan.. then go ahead :)

Selamat menghargai ramadhan yang berbaki :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...