Skip to main content

PESAN MEMESAN.


Rupanya menulis ini susah juga. Perlukan
perlaburan masa, tenaga dan kerahan idea dan tidak ketinggalan kunjungan mood  dan ilham. Minta maaf kepada warga aksara sisterbear kerana kurang menyumbang tulisan.

Sebenarnya sekarang telah memasuki fatrah imtihan bagi para pelajar di Mesir khususnya al-Azhar. Masing-masing ditangan memegang nota, kalau tidak pun ke hulur ke hilir untuk memenuhi kelas tutor yang disusun persatuan kebajikan negeri atau persatuan kuliah. Di sebalik kesibukan dalam menghadapi imtihan, majlis-majlis mawlid yang diadakan di merata tempat tetap penuh dihadiri para penuntut ilmu.

 Siapa yang mahu ketinggalan daripada berhimpun bersama para masyaikh al-Azhar. Mendengar nasihat dan pesan-pesan daripada mereka yang lebih dekat dengan ilmu dan pemilik maha ilmu sempena bulan mulia kelahiran utusan terakhir. Membersihkan jiwa yang penuh prasangka, membawa diri kembali kepada hakikat seorang hamba serta mengingatkan tentang amanah besar seorang penuntut ilmu di perantaun.

Sering kali mereka menyebut tentang abna’ jawi (baca:nusantara), tidak lepas perhatian dan pengharapan supaya digunakan masa sebaik-baiknya disini.

Kata Syeikhuna Said Syaltut hafizahumullah guru usul fiqh sebelum memulakan kelas pada suatu hari,
‘Muka-muka kalian penuh bercahaya, kalian jiwa-jiwa yang suci dan mempunyai niat yang suci. Gunakanlah masa untuk bersungguh-sungguh disini dan aku akan menolong kalian sepanjang kalian memerlukan pertolongan.’

Telah banyak buku-buku yang menceritakan tentang kesusahan para penuntut ilmu zaman berzaman seperti tulisan-tulisan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghudah antaranya Sofhat min sobril ulama’ ala syadaidi ilmi wa tahsil dan Qimmatu zaman ‘inda  al-ulama’ tidak lain tujuannya ialah untuk menasihati kita agar jangan cepat putus asa dalam rihlah ilmiah ini.

Kelas usul fiqh bersama Syeikh Said Syaltut di Ruwaq Jawi

Sentuh mengenai ini, tidak perlu lihat contoh yang jauh kerana saban hari jika memekakan diri melihat pengorbanan guru-guru tua yang seusia mereka layak untuk berehat dirumah tetapi tetap datang sambil bertongkat dan dipimpin itupun sudah menginsafkan.

Jika mahu contoh yang lebih dekat, saya suka melihat sahabat- sahabat dari Indonesia. Matan sentiasa ditangan, bahasa arabnya lebih lancar dan suhbah mereka dengan ulama’ lebih mendahului berbanding pelajar Malaysia.

Telah berkata salafus soleh, ‘Ilmu tidak akan memberikan kepadamu SEBAHAGIAN daripadanya sehingga kamu memberikan kepadanya SEGALA-GALANYA.’

Jika menurut kalam diatas, untuk mengaku seorang penuntut ilmu pun belum lepas kerana masih banyak ruang-ruang masa dan pelbagai kelapangan dibazirkan.

Moga kita terus ingat mengingatkan. Doakan supaya berkudrat menyumbang tulisan yang lebih baik serta bernafas baru.

Salam Rabiul awal.
101216
Kaherah, Mesir

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...