Skip to main content

Menyiapkan Jiwa dan Mindset Penulis Muslim (Catatan Bengkel Penulisan bersama Ustaz Pahrol)


Penulisan ialah satu daripada alat penting untuk mendekatkan umat Islam kepada Allah. Namun, apakah sebenarnya yang perlu ada pada seorang penulis Muslim? Dan persoalannya bagaimana untuk mula menulis? Berikut ialah 6 tips yang dikongsi oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. 


Credits to its owner



1.       Right Intention
Apakah sebenarnya tujuan kita menulis? Niat yang paling tepat adalah dengan mengaitkan penulisan dengan tujuan hidup kita sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi. Bagaimana? Dengan menjadi orang yang salih dan muslih. (Kita berusaha jadi baik dan juga mengajak orang lain untuk turut menjadi baik).

Sebagai penulis Islam, kita perlu berperanan sebagai:
i.                     Pendakwah
ii.                   Pendidik (murobbi)
iii.                  Pemimpin tidak rasmi (secara tidak langsung)

Namun walaupun kita ada tujuan, kadang-kadang kita tak berjaya mendapatkan hasil yang diinginkan. Ada 3 sebab kenapa:
i.                     no burning desire -keinginan yang membakar datang dari motif yang jelas
ii.                   didn’t pay it price – perlu pengorbanan masa, tenaga, emosi dsb
iii.                  tidak mendapat bantuan Allah

Bila niat kita untuk menjadi penulis tepat, Allah akan bantu insyaAllah. Dunia akan memberikan jalan kepada orang yang ada tujuan. Tiada siapa yang ingin bawa kapal yang tiada destinasi ke pelabuhan.

2.       Penulis menulis dirinya
Seorang penulis apa yang diyakininya, idealismenya, idea perjuangannya, jiwanya. Tulisan perlu ada jiwa (ruh). Tulislah apa yang kita cintai. Penulisan ialah suatu perjuangan. Perjuangkanlah apa yang kita cintai dan cintailah apa yang kita perjuangkan.

Matlamat kita adalah untuk kebahagiaan akhirat. Dunia hanyalah alat. Bagi penulis, penulisanlah alatnya untuk dapat kebahagiaan akhirat.

Bila kita ada ruh murabbi, Allah akan buka jalan untuk kita kerana akan sentiasa ada ma’ruf yang perlu ditegakkan dan munkar yang perlu dirobohkan.

3.       Keperluan Membaca
Membaca ialah oksigen kepada penulis. Baca sebanyaknya sehingga rasa rimas bila kita tidak membaca.

Macam mana nak jadi penulis yang bagus?
“Baca, baca, baca, baca dan Tulis.”
Kalau yang kelima itu baca juga?
“Nah, maka jadilah ia pembaca bukan penulis.”
-A Samad Said

Kita menulis daripada hasil pembacaan (Fauzil Azim, Indonesia). Bukan bila kita hendak menulis, barulah kita hendak membaca. Jangan jadi penulis pendrive.

Boleh jadi; idea atau petikan daripada buku yang kita baca 5 tahun lepas, hari ini baru dimasukkan dalam hasil penulisan kita.

Kenapa kita perlu membaca ?
i.                     Menajamkan fikiran
Supaya kita mempunyai keupayaan untuk menganalisa, dapat faham makna tersirat. 

ii.                   Memperkaya perbendaharaan kata
Antara sebab wujudnya writer’s block ketika menulis adalah kerana kekurangan perbendaharaan kata. 

iii.                  Asah kebolehan menggubah ayat
Dengan membaca buku daripada pelbagai genre dan daripada hasil tangan pelbagai penulis, kita dapat perhati dan kutip gaya penggubahan ayat.

iv.                 Mencetuskan idea
Setiap buku pasti ada gagasan idea yang diangkat, jadi boleh membantu kita mencetuskan idea baru. Tidak perlu compile status FB dan Twitter kemudian dijadikan buku (ah itu bukan penulisan).

4.       Jelaskan “Kenapa?”
Bila kita tahu dan faham “kenapa” kita hendak menulis, baru boleh tahu “bagaimana” untuk menulis. Adakah untuk menghibur, memberitahu, mempengaruhi atau meyakinkan? (entertainment/inform/influence/convince)

Kemudian, baru boleh terserlah gagasan pemikiran dalam penulisan.

Apakah itu gagasan pemikiran?
Gagasan pemikiran ialah alamat, ke mana tujuan penulisan itu.

Contoh:
a)      Novel Laskar Pelangi: “Ketawa dan menari walau dunia tak seindah syurga.”
b)      Sakit jiwa bila terlepas daripada ikatan iman.
c)       Jadi orang baik. Bukan setakat cantik.
Tulislah untuk meyakinkan pembaca, tapi kita perlu yakin terlebih dahulu. Biarkan tulisan kita yang berkata-kata. Main dengan ayat yang pelbagai; ayat panjang, ayat pendek dan juga peranan tanda baca untuk menggambarkan nada penulisan. 

5.       Menulis daripada hati untuk dirasai
Secara amnya, manusia cenderung bertindak atas apa yang dia rasa, berbanding atas apa yang dia fikir.
Awas! Tulisan orang yang tak bertaqwa seperti air yang jatuh di atas daun keladi; tidak meninggalkan kesan. Express your point, not to impress yourself.

Wujud perbezaan antara orang yang menulis dengan hati dengan yang tidak. Boleh jadi dua penulis menulis tentang hal yang sama, tetapi kesannya berbeza. Seperti kisah Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dan anaknya.

Bagaimana untuk sentiasa ada rasa?
a)      Menulis dengan mujahadah untuk yakin

b) Ikhlas
Menulis hanya untuk redha Allah. Hati-hati dengan dugaan pujian dan kejian. Orang yang ikhlas, bila dipuji dan dikeji, tak rasa apa-apa. Kerana fokusnya, Tuhan. 

c)  Taubat
Selalu bertaubat atas dosa kita. Kadang-kadang, Allah bagi rezeki bila kita bertaubat. Jika orang menegur kita, bersyukurlah kerana Allah mengingatkan kita. 

d) Tawadu’
Selalu sedar yang kita hanya alat untuk menyampaikan hidayah. Semoga kita juga dapat hidayah. 

6. Tulis tentang sesuatu yang paling dekat dengan diri kita

i. Ilmu yang ada
Kerana orang yang tiada sesuatu, tidak boleh memberi. Mungkin daripada hasil pembacaan dsb.

       ii.            ii. Perkara yang menyentuh hati
Setiap orang ada pengalaman hidup yang unik dan berbeza. Tulis tentang pengalaman kita iaitu apa yang kita lalui. Kesannya pasti berbeza daripada teori semata-mata. 

iii. Perkara berkaitan bidang kita
Contohnya: Karya A. Samad Said, Hujan Pagi adalah tentang seorang wartawan. Beliau juga sebenarnya dulu ialah seorang wartawan.

Maka, jika anda seorang sukarelawan, atau pelajar sesuatu jurusan, anda juga boleh berkongsi dan menulis tentang bidang

iv. Masalah
Mungkin ramai orang ada masalah yang sama dengan kita (contoh: hutang besar), tetapi cara kita usaha untuk menyelesaikan masalah berbeza. Allah letak liku-liku hidup yang pelbagai dalam kehidupan manusia. “God moves in mysterious ways.”
 

 v. Hobi
Contoh: menanam, aktiviti lasak, mengembara. Tetapi yang penting, perlu kekalkan elemen tarbiah dalam penulisan.

*Ini hanya sekadar perkongsian catatan dan dapatan saya semasa menghadiri Writing Workshop bersempena dengan CareerVaganza dan BookMania bersama Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dan Ustaz Aizuddin. Program ini ialah anjuran Counselling and Career Service Centre IIUM pada 11 Disember 2016 di Experimental Hall, UIA Gombak. 

Semoga bermanfaat! Skil penulisan perlu diasah sentiasa. Jangan pernah berhenti mencuba.

Auni B
30 Disember 2016
8.29 PM
UIA Gombak
Pelajar Jurusan Psikologi Tahun 1

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...