Skip to main content

MUNA SAYANG


Bermula jam 3 petang, kami mula bergaul dengan kanak-kanak di situ. Mereka baru sahaja selesai berprogram dengan pelarian Syria. Kami sepertinya datang pada masa yang kurang sesuai. Mereka sudah keletihan. Tapi alhamdulillah kami bawa aiskrim untuk menyegarkan mereka kembali.

Task pertama kami adalah untuk bermesra dengan kanak-kanak di Rumah Mawaddah. Ini kunjungan pertama kami sebagai satu biro Community Service PSYCSTA berjumlah 11 orang.

Mataku melilau mencari adik-adik yang tiada "company" di ruang tamu itu. Beberapa cubaan awal kurang berjaya kerana mereka leka bermain dengan permainan baru yang baru didapatinya.

Aku mencari sasaran seterusnya.

Aku ternampak seorang kanak-kanak perempuan.  Orangnya kecil dan kurus. Dia memakai tudung sarung berwarna hitam dan baju Ana Muslim berwarna merah.  Malu-malu pada mulanya. Macam biasa, aku akan mulakan perbualan dengan:

"Nama awak apa?" Aku cuba melemparkan senyuman semanis mungkin.
"Maimunah," jawabnya.
"Maimunah berapa tahun?"
"7 tahun"
"Oh darjah satu.."

Bila dia bercakap, baru lah aku nampak giginya sebahagiannya warna coklat. Aku tak tahu istilahnya dalam dentistry. Tapi aku panggil 'gigi reput'.

"Kat sekolah kan, Muna suka belajar subjek apa?"
Umm bahasa Arab!"

"Kita pun suka bahasa Arab" tiba-tiba Iffah, rakannya yang berumur 7 tahun menyampuk.

"Okay kalau macam tu apa nombor ni dalam bahasa Arab?"
"Aku sedang memegang nombor 7."
"Umm"
Matanya ke atas seperti sedang berfikir, jari-jari kecilnya digerak-gerakkan sambil mulutnya terkumat-kamit membilang dari wahid sampai sab'ah.

‎"سبعة "
"Pandaii"

"Okay ni pulak?"
Sambil aku mengangkat kesepuluh-sepuluh jariku.

Dia membilang lagi..
‎"عشرة"

"Pandaii, ni?" Kataku sambil mengangkat 6 jari.
‎"واحد،اثنان،ثلاثة، اربعة، خمسة...
Hmm...

ala tak ingat, taknak kira dah la "

"Okay-okay".

Aku cuit Muna lagi.

"Muna, Muna suka buat apa?"
"Muna suka hidung badut hahaha. Badut badut hahaah"
Katanya sambil menuding jari ke kawannya, Iffah. Iffah sedang memakai topeng.
"Takde la ..umm.. Muna suka duduk kat rumah. Kat sini, ustazah garang. Tapi Ayah pergi Turki, Ibu ada kat Terengganu."

Jawapannya menyentakku. Oh ibu bapanya masih hidup. Tapi mengapakah dia di sini? Tak mampu atau tak sudi?
"Alamak macam salah soalan, kena tukar topik," getus hatiku.

"Jom main"
"Main apa?"
"Apa-apa la. Apa yang Muna biasa main?"
"Tak tau", sambil menjungkitkan bahunya.

Otakku ligat memikirkan permainan yang adik aku suka ajak main.
"Ha kita main lawan jari nak?"
"Apa tu?"
"Macam ni.. buat jari macam ni"
*genggam tangan. Keluarkan jari telunjuk daripada tangan kiri dan kanan. Pastu cuba renggangkan jari pihak lawan*. Payah nak terang secara bertulis.

Dua kali main, dua kali dia menang. Haha. Kita bagi chance lah.

"Akak kalah, Muna menang."
"Yayy", mukanya semakin ceria. Tapi masih kelihatan lagi malu-malunya.

"Akak, cuba teka kita sekolah SK1 ke SK2?"
"Mm SK 2?"
"Salah, SK1! Hahaha"

Senang hati melihatnya ketawa besar  dengan riangnya. Matanya bersinar bila bahagia. Dengan gigi rongak dia.

"Baju Muna ni gambar apa?"
"Ana Muslim"
"Muna suka baca ana Muslim ke?"
"Sukaaa, tapi ada 2 je kat sini. Ada kat atas."
"Akak, cuba teka komik Ana Muslim kat atas, simpan kat satu tempat ke banyak tempat?"
"Satu tempat"
"Betul! Hehehe"

Perangainya sama macam adikku yang darjah 2. Suka main teka-teka. Aku pun tak paham. Tapi layan je.

Kemudian, semasa aktiviti games beramai-ramai, Muna tak nak join.
"Ala tak best la main ramai-ramai," katanya sambil memeluk pinggangku dari depan.
"Pastu nak main apa?"
"Heheheh"
Pastu, dia tarik tangan aku pusing satu ruang tamu tu. Yang lain main di tengah, kita pula main pusing-pusing mengelilingi orang yang tengah main. Kemudian bila aku dah pening lalat, aku berdiri je dan Muna je main pusing-pusing keliling aku.

"Muna jom la main ramai-ramai"
"Ala taknak tak best."
"Okay-okay kita duduk kat sini".
Dia pun duduk sebentar, intai-intai ke kumpulan budak yang sedang bermain. Aku agak Muna ni lone ranger.

-------------------------
Bila tibanya waktu untuk solat Asar, mereka solat berjemaah. Comel sekali. Beratur dalam saf yang lurus.Semasa aku teman budak-budak tu buka dan lipat telekung, tiba-tiba budak perempuan yang agak senior berkata:

"Akak, dia kan suka buat masalah kat sini. Kalau Ustazah Amy pegang dia, mesti dia tepis-tepis. Ustazah Amy dah cakap elok-elok dengan dia. Tapi dia pukul-pukul juga.
Pastu, dia tak boleh makan gula-gula. Tapi makan jugak, kan dah rosak gigi tu."

'Serangan' kata bertubi-tubi dilemparkan kepada Muna di hadapan mukanya sendiri. Ketika itu, kami baru sahaja selesai solat Asar secara berjemaah dengan kanak-kanak di rumah kebajikan itu. Telekung coklat yang sudah dilipatnya dengan elok dilemparkan ke lantai. Terlerai lipatannya. Dia bertutur di bawah nafas. Orang putih kata, "mumbling".

"Muna, jom kita turun eh"
Aku cuba memegangnya, memujuknya untuk beredar dari ruang itu. Tapi dia mengeraskan badan. Masih lagi "mumbling" dengan mata yang tajam merenung ke arah kanak-kanak perempuan senior yang mengatanya. Matanya turut berkerut menggambarkan rasa marah yang umpama sedang perlahan-lahan membuak di hati.

Akhirnya, aku meminta sahabat-sahabat yang lain membawa kanak-kanak perempuan lain turun dahulu. Aku pula menemani Muna untuk menggantung kembali telekungnya di rak.

Ada lagi budak-budak perempuan lain yang menambah 'perisa'.
"Kenapa akak baik-baik sangat dengan dia?"
Depan muka Muna lagi. Kecil-kecil dah ada unsur 'geng' dan sepertinya Muna lone ranger di situ. Dan dia kekal berkerut dan 'distant' sehingga kami pulang.

------------------------------

Biarlah apa yang dikatakan kanak-kanak lain. Aku sudah tahu sedikit daripada kisah hidup Muna. Jiwanya seakan memberontak tinggal di situ. Aku pun mungkin begitu jika di tempatnya.

Bersyukurlah jika kita masih ada ibu bapa. Bersyukurlah mereka masih sudi dan mampu menjaga kita.  Bersyukurlah jika ibu bapa telah memberikan kasih segunung. Bersyukurlah makan minum pakaian pelajaran kita ada yang ambil kisah sepenuh perhatian.

Masih ramai yang dahagakan kasih sayang keluarga; ibu, ayah, kakak, abang. Masih ramai yang memerlukan perhatian kita. 



Auni B 
Pelajar Psikologi Tahun 1
Yang ingin tahu lebih daripada sekadar teori
21 April 2017
10.15 pm

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg. 1)

Bismillah. Tujuan saya tulis ini adalah supaya bakal pelajar DQ atau sesiapa yang minat nak tahu, bagaimana keadaan belajar di DQ. *dulu saya yang stress sebelum nak masuk DQ, sebab tak jumpa catatan bekas pelajar DQ untuk rujukan. Saya merupakan  bekas pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIA 2014/15 dan kini menyambung pelajaran di UIA. Batch saya ialah batch ke-15 yang menyertai program ini. RINGKAS MENGENAI PROGRAM Program Persijilan Tahfiz DQ-UIA ini ialah program kolaborasi antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Para pelajar akan memperuntukkan masa selama 18 bulan atau setahun setengah untuk menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Kemudian, pelajar tersebut boleh melanjutkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus tamat pengajian di DQ. PERMOHONAN Untuk permohonan, pelajar perlu rujuk laman sesawang DQ untuk tahu mengenai syarat kelayakan, tarikh buka permohonan dan sebagainya. Secara umumnya, untuk program Persijilan, keputu...

Layakkah aku digelar HAFIZAH ALQURAN?

Orang kata : Indah khabar dari rupa.. Tapi Masjid ini, indah segala-galanya ..19 JANUARI 2015.. Suatu ketika dahulu, tarikh itu amat bersejarah buat diri ini. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Pada tarikh itu... Aku berjaya tamat tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran buat kali pertama. Walaupun dua kali tarikh target terlepas, rupa-rupanya Allah nak izinkan jatuh pada tarikh ini, tarikh yang sama dengan tarikh kelahiranku.. Beberapa bulan selepas itu (menghampiri setahun), Allah mengizinkan aku ingin singgah di masjid Darul Quran, kebetulan pula ada rehearsel majlis khatam Al-Quran untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya habis tasmik hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Suasana yang amat tenang dan syahdu. Satu persatu surah pendek dari Juz 30 diselesaikan bacaannya.. akhirnya menitis air mata jernih di pipiku.. Sebak, terharu, gembira dan syahdu, segalanya bersatu. Entah bagaimana lagi seharusnya aku bersyukur kepada Allah. Walaupun aku rasa terlalu mustahil buat diri ini mengkhatam...

Pengalaman Belajar di Darul Quran JAKIM (Bhg.2)

​   KEHIDUPAN BERPERSATUAN Pelajar Persijilan Tahfiz DQ-UIAM mempunyai persatuannya sendiri yang diberi nama Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.R.a.C). Sebutannya bukan "Iqra'" tapi ai-qiu-rek. Haha k.  Ada pelbagai biro di bawah IQRaC seperti persatuan lain seperti; Biro Akademik, Tugas-Tugas Khas, Tarbiah & Kerohanian, Ekonomi, Perhubungan Luar, Penerbitan & Informasi dsb.  Boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan program-program untuk pembangunan diri ahlinya. Antaranya: - SYABAB- Orientasi untuk pelajar-pelajar baru. Lebih kepada cabaran untuk fizikal, mental dan rohani. - INTROFAZ- Pengenalan untuk pelajar baru kepada dunia huffaz (cara hafazan dsb). Lebih berbentuk akademik.  - OBIQ- Program pengenalan usrah dan macam ice-breaking untuk ahli-ahli usrah.  - INSIDE- Karnival mengenai multimedia dan dakwah.  - SUKRAC- Sukan untuk ahli IQRaC.  - NEWA- Program rekreasi (explorace dsb) untuk pemant...